عن ثَوْبَانَ قال قال رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: "يُوشِكُ الأُمَمُ أنْ تُدَاعِيَ عَليْكُم كَمَا تُدَاعِيَ الأكَلَةُ إلَى قَصْعَتِهَا، فقالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثُيرٌ، وَلَكِنّكُم غُنَاءُ كَغُنَاءِ السّيْلِ، وَلَيَنْزِ عَنّ الله مِنْ صُدُورِ عَدُوكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنّ الله في قُلُوبِكُم الَوَهْنَ، فقالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ الله وَمَا الْوَهْنُ؟ قالَ: حُبّ الدّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ المَوْتِ"
Daripada Thawban: Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Tidak lama lagi umat-umat (kafir dan sesat) akan memanggil satu sama lain untuk memerangi kamu sepertimana orang yang memanggil satu sama lain untuk makan di atas dulang.” Kata seorang sahabat: “Adakah kerana sedikit bilangan kita ketika itu?” Sabda beliau: “Tidak! Malah kamu ramai ketika itu, tetapi kamu adalah sampah seperti sampah air bah, dan Allah akan cabut perasaan takut daripada hati-hati musuh kamu dan Allah akan letakkan ke dalam hati-hati kamu al-Wahn” Kata seorang sahabat: “Wahai Rasulullah, apakah itu wahn?” Sabda beliau: “Cintakan dunia dan bencikan maut.”
[Sahih – Abu Daud]
Allahu akbar… Lagi hadith yang menepati keadaan umat Islam waktu ini. Keadaan umat akan jadi seperti berikut:
1. Lemah dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri daripada umat-umat Kafir dan sesat. Amerika Syarikat , Britain, Israel dan lain-lain terus memerangi dan menindas umat-umat Islam, memecah belahkan umat Islam dengan bermacam-macam cara, mekanisme dan nama. Mereka bermaharajalela, dan umat Islam menurut sahaja! Hinanya umat Islam, setelah beberapa lama dihormati dalam zaman khilafah islamiyah! Lihat kepada Palestin, Bosnia, Chechenya, Filipina, China dan lain-lain lagi… Semua orang Islam tahu tentang fakta-fakta ini!
2. Umat Islam ketika ini dibanggakan bilangannya, dan dikatakan sudah melebihi satu bilion orang di seluruh dunia. Namun seperti kata nabi, mereka seperti sampah yang dibawa air bah, dilontar dipukul lalu hancur mengikut arus zaman, banyaknya tidak terkira sehingga menutupi air bah! Tetapi sayang, tidak berkualiti! Malah dipandang hina seperti sampah dibawa air bah termasuk tsunami!
3. Perasaan gerun terhadap umat Islam yang diletakkan oleh Allah di hati-hati musuh Islam, sejak zaman Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam)
عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الأَنْبِيَاءِ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ
Daripada Jabir bin Abdullah: Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada sesiapapun di kalangan para nabi sebelumku: Aku dibantu dengan kegerunan (di hati musuh) perjalanan sebulan…”
[Sahih Bukhari dan Muslim]
Namun perasaan itu akan diangkat oleh Allah, menyebabkan musuh-musuh Islam berani mengusik dan menganggu umat Islam.
Mengapa umat Islam lemah?? Kita ramai!! Di seluruh dunia!! Penganutnya berkembang setiap tahun dengan kadar yang mengkagumkan!!
Sebabnya adalah penyakit hati umat Islam yang berpaut kuat dengan dunia, dan takutkan maut! Takutkan maut adalah gejala atau simptom kelemahan Iman! Takutkan mati adalah kerana kurang kepercayaan terhadap kehidupan di Akhirat! Ataupun, boleh dikatakan takut mati kerana tidak yakin bahawa dia akan menerima ganjaran baik di Akhirat, kerana dia tahu betapa banyak dosa yang dilakukan, dan betapa lemah iman di hati.
Kita dapat melihat kaitan hadith ini dengan hadith yang saya sebutkan dalam artikel sebelum ini:
Sabda nabi (sallalalhahu 'alayhi wasallam):
إذَا تَبَايَعْتُمْ بالْعِينَةِ وَأخَذْتُمْ أذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بالزّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلّطَ الله عَلَيْكُمْ ذُلاّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتّى تَرْجِعُوا إلَى دِينِكُم
"Apabila kamu berurusan jual beli dengan Bai' al-'Inah; berpegang kepada ekor-ekor lembu; berpuas hati dengan bercucuk-tanam; dan meninggalkan Jihad, Allah akan menyebabkan kehinaan mengatasi kamu dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehingga kamu kembali kepada agamamu."
[Sahih -Sunan Abu Daud (no. 3003)]
No comments:
Post a Comment