Monday, April 25, 2011

SIRI TADABBUR QURAN - Surah al-Fatihah (2)

Sebelum kita membaca al-Fatihah, kita dituntut untuk membaca “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.”


Ini dilakukan sebagai mematuhi perintah Allah:
“Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.” [an-Nahl :98]

Aneh? Kenapa Allah perintah kita meminta perlindungan daripada Syaitan untuk membaca Quran sedangkan al-Quran adalah petunjuk!?

Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa perlunya kita semua kepada perlindungan daripada Allah, dalam semua perkara, termasuk:
1) Perlaksanaan ibadat dan kebaikan – agar tidak diganggu bisikan syaitan dan was-was
2) Muamalat sesama manusia – agar tiada fitnah dan penipuan
3) Mempelajari agama – agar tidak memahami Islam menurut kefahaman yang tidak dimaksudkan oleh Allah dan Rasulnya
4) Menjauhi perkara-perkara yang dilarang – agar yang tidak baik tidak disangka baik
5) Menghadapi ujian-ujian Allah – agar tidak kufur

Ujian-ujian yang ada di dunia sekarang, seperti TV, internet dan berbagai lagi media maksiat yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan menguji keimanan. Kita diperlihatkan dengan berbagai kemungkaran sehingga ianya menjadi suatu kebiasaan dan tidak lagi dibenci sebagai sesuatu kemungkaran.

Sebagai contoh, TV dan internet dipenuhi dengan tayangan golongan wanita yang tidak bertudung, malah berpakaian singkat atau ketat, dan lain-lain yang tidak menepati kehendak syara’. Tetapi kemungkaran ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehinggakan yang melihat perkara ini tidak merasa ianya suatu kemungkaran, dan tidak memohon ampun daripada Allah kerana telah melakukan dosa melihat aurat wanita, ataupun wanita itu tidak memohon ampun atas kemungkaran yang dia lakukan terus menerus.

Inilah yang dinamakan di dalam Islam sebagai fitnah, iaitu ujian keimanan! Dan ujian ini semakin berat dari masa ke semasa.

Ramai umat Islam masih tidak betul-betul sedar tentang zaman sekarang ini, sebab kita dilekakan oleh bermacam-macam hiburan, di mana sahaja kita berada, sehinggakan tiada masa untuk Allah, bertafakkur, dan lain-lain! Paling kuat pun, kita solat 5 kali sehari TANPA KHUSYUK, dan kita rasa ianya sudah memadai! Inilah hasil bisikan syaitan!

Oleh itu, bila kita membaca “أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”, bacalah dengan hati yang sedar dan insaf serta penuh harapan kepada Allah kerana Allahlah jua yang berkuasa untuk menyelamatkan kita di akhir zaman ini, dan Dialah tempat kita berlindung, daripada syaitan dan bisik bisikannya.

Saturday, April 23, 2011

SIRI TADABBUR QURAN - Surah al-Fatihah (1)

Sekiranya disebut Surah al-Fatihah, maka kebanyakan umat Islam akan berkata: “Ini Surah biasa! Semua orang hafal dan tahu!”

Benarkah ianya surah biasa?

Abu Sa’id bin al-Mu’alla (ra) menceritakan pada suatu hari nabi memanggilnya dan menjanjikan bahawa akan mengajarkan kepadanya Surah yang paling agung di dalam al-Quran seperti baginda keluar dari masjid. Kemudian nabi bersabda: “(Ianya adalah) Al-hamdulillah rabb il-‘alamin (iaitu surah al-Fatihah), itulah as-Sab’ ul-Mathani dan al-Quran al-Adzim yang telah aku diberikan.”

Surah yang kita baca tanpa sedari kehebatannya, mempunyai banyak nama. Seperti seseorang yang hebat atau berkedudukan tinggi mempunyai banyak gelaran, seperti “Datuk”, “Tan Sri”, Datuk Sri”, “Panglima”, dan sebagainya, Surah al-Fatihah ini juga mempunyai banyak nama atau ‘gelaran’. Dan ‘gelaran’ untuk surah yang agung ini bukan gelaran yang tidak bermakna, tetapi setiap nama atau ‘gelaran’ menunjukkan kehebatannya.

Di antara ‘gelaran-gelaran’ bagi surah al-Fatihah adalah:
1. Al-Fatihah, atau Fatihat ul-Kitab (Pembukaan Kitab) – Menunjukkan keistimewaan Surah al-Fatihah sebagai Muqaddimah untuk seluruh al-Quran. Dan Muqaddimah ini merangkumi semua isi penting di dalam seluruh al-Quran. Inilah kehebatan al-Fatihah.
2. As-Solat – Menunjukkan betapa pentingnya Surah ini, sehinggakan ianya dijadikan satu-satunya bacaan yang fardu di setiap raka’at solat, samaada fardu mahupun sunat.
3. Ar-Ruqyah (Jampi) – Kehebatan Surah ini bukan hanya pada makna yang terkandung, tetapi pada kesan yang dijadikan Allah sebagai sebab kesembuhan penyakit jika seseorang dijampi dengan Surah ini.

Inilah sedikit gambaran keagungan Surah al-Fatihah. InsyaAllah keagungan ini akan bertambah jelas dengan melihat makna ayat-ayat di dalam Surah al-Fatihah.

Monday, April 18, 2011

Tanda Kiamat Besar di masa terdekat, Jepun dan Amerika?

Video ini telah mengingatkan saya tentang hadith nabi tentang kejadian di akhir zaman. Saya mengikuti rapat kejadian gempabumi di Jepun serta ramalan bahawa negara Jepun (yang berada di TIMUR) akan "tenggelam" tidak lama lagi, DAN juga ramalan gempabumi di Amerika yang akan menyebabkan sebahagian Amerika (yang berada di BARAT) "tenggelam".

Dan di dalam kitab Sahih Muslim, Nabi (Sallallahu' 'alayhi wasallam) bersabda:
"Hari Kiamat tidak akan datang sehinggalah anda melihat SEPULUH TANDA:
(1) Asap
(2) Dajjal
(3) Binatang
(4) Terbit matahari dari barat
(5) Turunnya Isa bin Maryam
(6) Ya'juj wa Ma'juj
Tiga khusuf (tanah tenggelam)
(7) Sekali di Timur
(8) Sekali di Barat
(9) Yang Ketiga di Semanjung Arab
(10) Yang akan menyebabkan api keluar dari arah Yemen yang akan menghalau manusia kepada tempat berkumpul mereka."
[Sahih Muslim]

Manakala interpretasinya tentang "matahati timbul di Barat" tidak saya setujui.

Is Japan Sinking Endtimes Prophecy of Islam?

This video has reminded me of the prophecy. I have been following the earthquake events in Japan, and the predicted "sinking" of Japan (the East) AND the predicted earthquake in America soon which will cause massive landslide and sinking of a large portion of US (the West). And in Sahih Muslim, the prophet (Sallallahu 'alayhi wasallam) said: "The Hour (Last Day) will not come until you see ten signs: (1) The smoke (2) The Dajjal (3) The Beast (4) The sun rising from the West (5) The Descent of Jesus son of Mary (6) God and Magog THREE LANDSLIDES - (7) one in the EAST, (8) one in the WEST, (9) one in ARABIA (10) At the end of which fire will burst from the direction of Aden (Yemen) and drive people to the place of their final assembly." [Sahih Muslim] But I doubt the interpretation of "the sun rising from the West" which is in the video.

America's Risk New Madrid Fault Lines Quake Divide the U.S. May 4-17, 2011