Hadith Encyclopedia



بحث عن

Friday, March 26, 2010

HADITH: Kesan Wudu'

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ". أخرجه مالك (1/32 ، رقم 61) ، والدارمى (1/197 ، رقم 718) ، ومسلم (1/215 ، رقم 244) ، والترمذى (1/6 ، رقم 2) وقال : حسن صحيح . وابن حبان (3/315 ، رقم 1040) . وأخرجه أيضًا : ابن خزيمة (1/5 ، رقم 4) ، وأبو عوانة (1/207 ، رقم 669) ، والبيهقى (1/81 ، رقم 386) . وعزاه البيهقى فى المعرفة (1/307 رقم 735) للشافعي

Daripada Abu Hurairah (radiyallahu ‘anhu) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin ingin mengambil wudu’ lalu membasuh mukanya keluarlah (gugurlah) dari mukanya setiap dosa yang dilihat dengan kedua matanya bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu. Apabila dia membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang tangan-tangan itu lakukan bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu. Apabila dia membasuh kedua kakinya, keluarlah daripada kedua kakinya setiap dosa yang kaki-kaki itu lakukan bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu, sehinggalah dia keluar (selesai daripada mengambil wudu’ ) bersih daripada dosa.”
[Diriwayatkan oleh Malik 1/32, no. 61), dan ad-Darimi (1/197, no 718), Muslim (1/215, no 244), at-Tirmizhi (1/6, no. 2) dan mengatakan : (hadith ini) Hasan Sahih, Ibn Hibban (3/315, no. 1040). Juga diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (1/5, no. 4), Abu ‘Uwanah (1/207, no. 669), al-Bayhaqi (1/81, no. 386), dan al-Bayhaqi meriwayatkan di al-Ma’rifah (1/307, no. 735) dengan sanad melalui asy-Syafi’e.]

Keterangan ringkas:

Aktiviti mengambil wudu’ adalah merupakan amalan yang diajar oleh Rasulullah (sallalalahu ‘alayhi wasallam) untuk membersihkan tubuh badan sebelum mendirikan salat. Tetapi aspek yang lebih penting dan patut diberikan penekanan adalah peranannya dalam penyediaan hamba Allah itu untuk mendirikan salat. Sesungguhnya Allah itu at-Tayyib (Maha Suci), dan hanya menerima yang suci bersih. Oleh itu, Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) mengajar kita untuk mengambil wudu’ untuk membersihkan kita daripada dosa-dosa, disamping membersihkan anggota badan!

Maka, adalah disyorkan agar kita sentiasa sedar dan tahu bahawa ketika kita mengambil wudu’, kita sedang membersihkan diri kita daripada hadas kecil (yang menghalang kita salat), khabath (iaitu kotoran dan najis) dan khataya (dosa-dosa), agar kita dapat menghadap Allah, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci, dalam keadaan bersih dan suci sebenar-benarnya!

قال الإمام النووي في "شرح صحيح مسلم": وَالْمُرَاد بِالْخَطَايَا : الصَّغَائِر دُون الْكَبَائِر, وَكَمَا فِي الْحَدِيث الْآخَر : "مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِر"

Imam an-Nawawi (rahimahullah) di dalam Sharh Sahih Muslim berkata: “Yang dimaksudkan dengan dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil tidak termasuk dosa-dosa besar, sepertimana di dalam hadith lain: “selagimana tidak melakukan dosa-dosa besar.”

Maka, tinggalkan dosa-dosa besar!

Sunday, March 7, 2010

Tauhid Tiga Serangkai - Tauhid Wahabi? Mufti Kelantan juga Wahabi?

Tauhid Tiga Serangkai dikatakan Tauhid Wahabi. Kalau begitu Mufti Kelantan juga Wahabi! Lihat:



Bicara Mufti –Syirik
oleh S.S. Dato Hj. Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan

Lokasi: Kota Bharu, Kelantan


HAKIKATNYA: Sesiapa yang mengatakan Tauhid Tiga Serangkai adalah Tauhid Wahabi dan sesat, maka dialah yang tersilap! Komponen-komponen Tauhid Tiga Serangkai memang banyak disebut di dalam tulisan-tulisan ulama silam, sebelum Shaikh Muhammad Abdul-Wahhab (yang dikatakan pengasas Wahabi) dan Shaikh al-Islam Ibn Taymiyah.

TAUHID TIGA SERANGKAI:

1) Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang mencipta (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan Syirik dalam Rububiyah.

2) Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa mengalihkan tumpuan apa-apa bentuk ibadat kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Uluhiyah.

3) Tauhid Asma was-Sifat - Mengesakan Nama-Nama dan Sifat-sifat Ketuhanan yang sempurna, kamil dan mutlak HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian semesta alam. Oleh itu, sesiapa yang memberikan walaupun satu sahaja daripada nama atau sifat Allah yang sempurna kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Asma was-Sifat.

Lafaz-lafaz Syirik

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا شَاءَ اللَّهُ وَشِئْتَ, قَالَ: "أَجَعَلْتَنِي مَعَ اللهِ نِدًّا؟ لَا بَلْ مَا شَاءَ اللَّهُ وَحْدَهُ". أخرجه الطبراني (12/244 ، رقم 13005) ، وأخرجه أيضًا : البخاري فى الأدب المفرد (1/274 ، رقم 783) ، وأبو نعيم (4/99) ، وصححه الألباني في "السلسلة الصحيحة" ( 1 / 216


Daripada Ibn Abbas (ra) berkata: Seorang lelaki berkata kepada nabi (saw): “Apa yang Allah kehendaki dan engkau (saw) kehendaki.” Nabi bersabda: “Adakah kamu jadi saya nidd (sekutu) dengan Allah? Jangan! Malah, (kata sahaja): Apa yang Allah kehendaki sahaja!”

Hadith ini diriwayatkan oleh at-Tabarani (12/244), no. 13005, dan diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1/274), no. 783, dan Abu Nu’aim (4/99), dan disahihkan oleh al-Albaani di dalam as-Silsilah as-Sahihah (1/216).

Nidd, bermaksud sekutu. Allamah Muhammad Nasiruddin al-Albaani berkata: “Di dalam hadith-hadith ini bahawa kata-kata lelaki ini kepada orang lain: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau (saw) kehendaki,” dianggap syirik di sisi Allah, dan ia merupakan syirik lafaz kerana ia memberi bayangan bahawa kehendak seorang hamba (Allah) adalah pada darjat yang sama dengan kehendak Allah. Seperti ini juga, kata-kata orang awam: “Aku tidak ada sesiapapun melainkan Allah dan engkau!” atau “Aku bertawakkal (berserah dan berharap) kepada Allah dan Engkau!” Begitu juga kata-kata penceramah: “Dengan nama Allah dan tanahair!” atau “Dengan nama Allah dan bangsa!” dan lafaz-lafaz syirik yang lain yang wajib dihentikan penggunaannya dan bertaubat daripadanya, beradab dengan Allah!”

Malangnya, di antara lafaz-lafaz yang berleluasa sekarang ini adalah: “Kalau tidak kerana Allah dan si polan”, dan “Perkara baru (??) bagi Allah dan engkau!” dan “Allah bagiku di langit dan engkau bagiku di dunia.”