Hadith Encyclopedia



بحث عن

Saturday, January 30, 2010

اعتقالات في ماليزيا لمشتبه بهم مرتبطة بداعية سوري

Thu Jan 28, 2010 1:31pm GMT

1 / 1كوالالمبور (رويترز) - قال شاهد يوم الخميس إن عشرة من المشتبه بهم في جرائم ارهاب والمحتجزين في ماليزيا كان ألقي القبض عليهم فيما يتعلق بصلاتهم بداعية سوري.

ولم يتسن تأكيد تقرير في صحيفة نيو ستريتس تايمز يوم الخميس والذي يربط بين المشتبه بهم العشرة وعمر الفاروق عبد المطلب الراكب النيجيري الذي حاول تفجير طائرة ركاب أمريكية يوم 25 ديسمبر كانون الاول.

وأضاف الشاهد على الاعتقالات أن الداعية هو السوري ايمن الدقاق وهو مدرس دين يعمل بالقطعة عمره 50 عاما ويعيش في ماليزيا منذ عام 2003 .

وأعلن وزير الداخلية الماليزي يوم الاربعاء القاء القبض على ماليزي وتسعة أجانب بموجب قانون الامن الداخلي وذلك للاشتباه في صلتهم بجماعات متشددة دولية لكنه لم يذكر المزيد من التفاصيل.

وتلجأ ماليزيا التي تسكنها أغلبية مسلمة في بعض الاحيان الى استغلال قانون الامن الداخلي الذي يتيح الاحتجاز لاجل غير مسمى دون محاكمات لاعتقال المتشددين الاسلاميين ومنهم أعضاء في الجماعة الاسلامية التي لها صلة بالقاعدة والتي تسعى الى اقامة دولة الخلافة الاسلامية في أنحاء جنوب شرق اسيا.

 وكان الماليزي نور الدين توب أحد كبار زعماء الجماعة الاسلامية قتل في حملة للشرطة العام الماضي في اندونيسيا.

وقال الشاهد على عملية الاعتقال التي تمت في الاسبوع الماضي وهو الماليزي محمد يونس زين العابدين انه كان ضمن مجموعة تتألف من نحو 50 رجلا كانوا يحضرون دروسا دينية للداعية السوري في منزله في قرية على مشارف كوالالمبور يوم 21 يناير كانون الثاني عندما داهمت الشرطة المنزل.

وأغلب الخمسين من الطلبة الاجانب الذين تتراوح أعمارهم بين 20 و40 عاما وهم من ماليزيا ونيجيريا واريتريا وسوريا والاردن وواحد من السعودية وواحد من الولايات المتحدة.

وقال يونس ان أفراد الشرطة الذين كانوا يرتدون سترات واقية من الرصاص ومسلحين ببنادق الية اصطحبوا كل الرجال الى مركز تدريب للشرطة في كوالالمبور.

وأضاف يونس أنهم سئلوا بعد ذلك عما اذا كان أحد منهم من اليمن أو روسيا أو باكستان قبل فصلهم الى مجموعات تبعا لجنسياتهم.

وذكر أنه تم الافراج عنهم جميعا الساعة الثالثة صباحا تقريبا بالتوقيت المحلي يوم الجمعة بعد استجوابهم عدا 12 شخصا منهم أيمن الذي نفى يونس أن تكون له أي صلة بالمتشددين.

وقدم يونس اسماء وجنسيات تسعة من المحتجزين ومنهم ماليزي واربعة سوريين ونيجيريين ويمني واردني.

وقال سيد ابراهيم سيد نوح رئيس حركة مناهضة قانون الامن الداخلي انه لا يمكنه التحقق من العدد الفعلي للذين تحتجزهم الشرطة بموجب هذا القانون.

واضاف "قد تكون الاعتقالات استجابة للضغط الدولي بشأن التهديدات الارهابية في ماليزيا... لكن لا يمكن تأكيد شيء." ودعا الحكومة اما لتوجيه الاتهام للرجال في المحكمة أو اطلاق سراحهم.

ولم يذكر تقرير نيو ستريتس تايمز المرتبطة بالحكومة مصدرا لتقريرها الذي يربط بين المشتبه بهم العشرة وعبد المطلب (23 عاما) الذي حاول تفجير الطائرة وهي في طريقها الى ديترويت قادمة من امستردام يوم عيد الميلاد.

أقول (أبو خديجة): والله ، إني لا أعلم عن فضيلة الشيخ أيمن الدقاق إلا خيرًا!! وهو من أحب الناس إليّ، وليس الإرهاب من منهجه البتة، ولن يرضى به ،  والله المستعان

Friday, January 22, 2010

A bed of Roses - Collection of brilliant lectures on Youtube

I found a collection of lectures from our Shaikh Adnan Abdul-Qadir, Kuwait, and they are brilliant!! Furthermore, they were translated to english spontaneously.


The collection contains the following lectures:

1) Bringing up children

2) How to change the angry spouse to be beloved

3) The ettiquette of Conversation

4) Love of Allah

5) How to win the heart of your spouse

Link: http://www.youtube.com/watch?v=ZKnNdPpVqOc&feature=PlayList&p=C3575FD238F491B1&index=0&playnext=1
 
May Allah grant us tawfiq in practising that which is beneficial to us in this World and the Hereafter.

Thursday, January 21, 2010

HADITH: Tadabbur hadith tentang "Kefahaman Agama".

عن مُعَاوِيَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: ( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ) [متفق عليه]؛

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]

Faedah-faedah daripada hadith di atas:
1) Sesiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, kefahaman agama akan diberikan kepadanya - Allah membuka jalan baginya untuk memahami agama dan beramal dengannya, dan penghujungnya ganjaran Allah di Akhirat, iaitu Syurga.

2) Sesiapa yang mempunyai kefahaman agama, itu tandanya Allah mahukan kebaikan baginya - Tanda bahawa Allah mahukan kebaikan, dan sayang kepada seseorang itu adalah dia mempunyai kefahaman agama yang benar.

3) Darjat seseorang di sisi Allah berbeza-beza - Semakin tinggi kefahaman agama atau ilmu seseorang itu, semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah.

4) Sifat Iradat (berkehendak) adalah salah satu sifat Allah yang sabit kepadaNya - Sekiranya tidak, maka apa yang diucapkan Rasulullah tidak bermakna langsung.

5) Kefahaman agama adalah pemberian Allah - Kefahaman agama bukannya diperolehi disebabkan kecerdikan mahupun hasil usaha manusia, tetapi ianya pemberian daripada Allah, serta taufiq daripadaNya. Namun kita mesti tetap berusaha dengan gigih untuk mempelajari ilmu agama, tetapi jangan lupa bahawa kejayaan di Tangan Allah dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberikan ilmu yang bermanfaat.

6) Fiqh (kefahaman) yang sebenar adalah kefahaman yang disertai amal yang diterima Allah - Memang ramai orang-orang yang fasiq dan kafir mempunyai ilmu di dalam agama Islam, namun mereka tetap fasiq atau kafir kerana tidak beramal dengan ilmu yang mereka telah perolehi.

7) Kelebihan atau Fadilat ilmu dan kefahaman tentang agama dalam Islam - Sekiranya ganjaran mereka yang berhak menerima kebaikan daripada Allah adalah kefahaman agama, ini menunjukkan kelebihan ilmu dan kefahaman agama di sisi agama.
 
8) Kehendak Allah tidak boleh dipersoalkan - Firman Allah: "Dia (Allah) tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, tetapi mereka yang akan dipersoalkan." [al-Anbiya: 23]
 
9) Kehendak Allah berdasarkan kebijaksanaannya - Ganjaran orang yang berhak menerima kebaikan, iaitu kefahaman agama, menunjukkan kebijaksaan Allah. Bayangkan sekiranya oleh berikan kekayaan, tanpa kefahaman agama, sudah tentu semakin rosak hamba Allah itu, kerana dia tidak tahu halal haram, maka semakin jauh daripada Allah. Tetapi pemberian kefahaman agama akan membuahkan amalan yang betul, dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana amalannya. Firman Allah: "Masuklah syurga dengan sebab amlanan-amalan kamu." [an-Nahl: 32]
 
10) Pemberian Allah Hanya kepada sesiapa yang berhak menerimanya - Kita tidak perlu persoal pemberian Allah, kehendak Allah, kerana kita beriman bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. PemberianNya, HANYA diberikan kepada sesiapa yang berhak menerimanya, menurut Pengetahuan dan Kebijaksaan Allah. FirmanNya: "Sesiapa yang mengikut dan beramal dengan petunjuk, Allah akan tambahkan petunjuk baginya dan berikan kepadanya Taqwa." [Muhammad: 17]
 
11) Kefahaman tentang Islam boleh terbahagi kepada dua: Kefahaman betul dan kefahaman salah - Setiap manusia di atas mukabumi ini yang tahu tentang kewujudan agama Islam, mempunyai kefahaman tertentu mengenainya, samada betul atau salah, banyak atau sedikit. Dan penting kita iktiraf wujudnya kefahaman Islam yang betul dan kefahaman Islam yang salah agar kita mencari yang betul dan tinggalkan yang salah.
 
12) Sahabat-sahabat nabi adalah generasi yang paling betul dan lurus kefahamannya tentang Islam - Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) pernah bersabda : "Sebaik-baik manusia (selepas para nabi) adalah generasiku, kemudian (generasi) selepasnya, dan kemudian (generasi) selepasnya." [Bukhari dan Muslim] Sekiranya mereka adalah sebaik-baik manusia, maka kefahaman mereka tentang Islam adalah sebaik-baik kefahaman agama. Ini tidak syak lagi kerana mereka telah ditunjukajar dan dididik oleh sebaik-baik nabi dan Rasul, Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam).

Thursday, January 7, 2010

Isu Kalimah "Allah" - Jalan Penyelesaian Terbaik

Kecoh sekarang tentang persoalan penggunaan kalimah "Allah" oleh orang-orang kristian sebagai ganti perkataan "Tuhan". Sehinggakan ada yang mengatakan ianya boleh membawa kepada kekufuran bagi sesiapa yang menyokong kalimah "Allah" digunakan oleh orang bukan Islam.

Saya rasa perkara ini perlu dilihat secara berperingkat-peringkat, atau dilihat daripada beberapa penjuru:
1) Ianya adalah persoalan yang perlukan Ijtihad, dan maka kaedah yang biasa digunakan dalam hal ijtihad: "Sesiapa yang benar di dalam ijtihadnya mendapat dua pahala, dan sesiapa yang salah di dalam ijtihadnya mendapat satu pahala." Dalam hal seperti ini, janganlah kita kafir mengkafir antara satu sama lain. Seperti juga persoalan: "Orang yang meninggalkan Solat kerana malas, adakah dia kafir atau tidak?" Para ulama berbeza pendapat berdasarkan ijtihad mereka. Walaubagaimanapun, mereka yang bermazhab Hanbali tidak mengkafirkan mereka yang bermazhab Shafie kerana mazhab Hanbali mengatakan: "Orang yang meninggalkan solat kerana malas maka jatuh kafir," dan mazhab Shafie pula mengatakan tidak!

2) Tolong bezakan hukum asal dengan hukum semasa, kerana keadaan semasa boleh menukarkan hukum asal sesuatu persoalan. Apakah hukum asal dalam penggunaan kalimah "Allah" bagi orang-orang bukan Islam untuk merujuk kepada Tuhan?  Semua orang bersetuju bahawa golongan musyrikin arab di zaman nabi memang menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan.

Terlalu banyak contohnya di dalam al-Quran dan Hadith, seperti firman Allah: “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).


Dalam masa yang sama, mereka mempunyai nama-nama lain, seperti al-Laat, al-'Uzza, dan lain-lain untuk tuhan-tuhan mereka yang disembah selain Allah.

Nabi tidak pernah pula melarang orang-orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah "Allah", walaupun sekian lama berkuasa di Madinah, dan kemudian di Mekah, yang didiami orang-orang bukan Islam.

3) Keadaan semasa di Malaysia tidak sama dengan di negeri Arab. Ramai yang tidak tahu bahasa arab, dan tidak juga tahu tentang dalil-dalil hukum asal, seperti yang disebutkan di atas. Buktinya, apa yang berlaku sekarang, di mana ramai orang Islam bangkit menentang penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam. Perkara ini telah menimbulkan ketegangan di kalangan orang-orang Islam, dan ianya suatu perkembangan yang tidak sihat. Alasan mereka yang melarang juga munasabah, iaitu kerana kelemahan umat Islam dalam memahami persoalan ini menurut hukum asal, seperti yang disebut, secara ringkas, di atas.

Maka adakah wajar kita larang penggunaan kalimah "Allah" oleh orang-orang bukan Islam?

Hakikat yang diakui kedua-dua belah pihak ialah kelemahan umat Islam untuk memahami persoalan ini menurut hukum asal. Maka, untuk menjaga perpaduan dan menjaga umat Islam daripada tertipu oleh mubaligh-mubaligh kristian yang akan mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam sendiri, mereka yang menegah penggunaan kalimah "Allah" bagi orang-orang bukan Islam mempunyai alasan yang kuat juga!

قَالَ عَلِيٌّ حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ أَتُحِبُّونَ أَنْ يُكَذَّبَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
Kata 'Ali bin Abi Talib: "Cakaplah kepada orangramai dengan apa yang mereka fahami, adakah kamu suka Allah dan RasulNya didustakan." [Sahih al-Bukhari]

4) Jalan penyelesaian terbaik, adalah dengan merujuk kepada asal perkataan "Allah". Seperti dalam kalimah

"Laa ilaaha ill-Allah"

yang boleh diterjemahkan kepada

"Tiada tuhan melainkan Allah".

Kalimah "Allah" adalah nama yang digunakan untuk merujuk kepada zat yang sedia wujud, yang mencipta dan mentadbir semua dan berkuasa penuh di sekalian alam semesta. Zat yang Maha Agung, yang Maha Esa, yang Maha Pemberi Rezeki.

Kalimah "ilaah" pula bermaksud "sesuatu yang disembah", samada ianya berhak disembah atau tidak. Maka terjemahannya menjadi:

"Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah (Tuhan yang mencipta sekalian alam, berkuasa penuh dan yang memberi rezeki)"

Maka, pada pendapat saya, adalah lebih tepat sekiranya dibenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk merujuk kepada Tuhan yang bersifat seperti di atas SAHAJA, dan bukan tuhan yang bermaksud "sesuatu yang disembah" yang mereka fikir berhak selain daripada Tuhan yang Satu, yang bersifat seperti di atas. Bagi tuhan yang bukan bersifat di atas, dikategorikan sebagai "ilaah", dan disebut "ilaah" sebagai tanda tuhan yang tidak bersifat seperti di atas.

Contohnya:
Orang-orang kristian mempunyai kepercayaan "trinity" iaiti Tuhan tiga dalam satu, terbahagi kepada:
a. Tuhan Bapa (Tuhan Utama yang telah mencipta semua alam, yang Satu)
b. Tuhan Roh Kudus (tuhan sekunder yang juga disembah, tetapi bukan Tuhan Utama)
c. Tuhan Jesus (tuhan sekunder yang juga disembah, tetapi bukan Tuhan Utama)

Maka mereka dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" untuk yang pertama, tetapi disyaratkan meletakkan kalimah ilaah atau Ilah sebelum disebutkan Roh Kudus, contohnya: Ilah Roh Kudus, atau Ilah Jesus. Begitu juga sekiranya perkataan god atau tuhan yang tidak merujuk kepada Tuhan yang utama yang bersifat seperti di atas, maka perkataan "Ilah" digunakan, bukannya "Allah".

Dengan cara ini, orang-orang Islam tidak akan tertipu kerana tidak semua tuhan adalah Allah, dan wujud tuhan (Ilah) yang disembah selain Allah, dan inilah hakikat Syirik! Dalam masa yang sama, orang-orang bukan Islam juga akan terbuka mata, bahawa mereka menyembah tuhan yang sekunder, sedangkan Tuhan yang Utama dan berhak disembah kerana Tuhan Utama lah yang menciptakan sekalian alam, berkuasa penuh, mentadbir dan memberi rezeki, sementara tuhan-tuhan (Ilah) yang lain tidak sedemikian!

AKHIRKATA

Sepakat umat Islam bahawa kita lemah untuk memahami konsep ketuhanan yang sebenar, seperti orang arab di zaman nabi. Hukum asal sudah tidak diketahui lagi.

Ini menunjukkan pentingnya umat Islam diajar dan memahami Tauhid dengan konsep Tauhid Tiga Serangkai, di mana Tauhid terbahagi kepada tiga:
1) Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta.
2) Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta.
3) Tauhid Asma was-Sifat - Mengesakan Nama-Nama dan Sifat-sifat Ketuhanan yang sempurna, kamil dan mutlak HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian semesta alam.

Alangkah peliknya ada yang mempertikaikan konsep Tauhid Tiga Serangkai ini yang amat diperlukan untuk menangani masalah yang kita hadapi di zaman ini. Tauhid Sifat 20, sudah tidak relevan kerana jelas umat Islam Malaysia yang dididik dengan Tauhid Sifat 20 adalah lemah untuk memahami hukum asal yang disebut di atas.

Allahu a'lam.

HADITH: Hadith Fatrah serta penjelasannya

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai konteks atau sabab wurudnya hadith fatrah yang terdapat di dalam posting saya tempoh hari:

http://abukhadeejah.blogspot.com/2009/12/hadith-sederhana-dalam-mengikut-sunnah.html

Hadith tersebut, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya:


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو: أَنَّهُ تَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنْ قُرَيْشٍ، فَكَانَ لَا يَأْتِيهَا، كَانَ يَشْغَلُهُ الصَّوْمُ وَالصَّلَاةُ، فَذُكِرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " صُمْ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، فَمَا زَالَ بِهِ حَتَّى قَالَ لَهُ: " صُمْ يَوْمًا، وَأَفْطِرْ يَوْمًا "

وَقَالَ لَهُ: " اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ خَمْسَ عَشْرَةَ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ سَبْعٍ "، حَتَّى قَالَ: " اقْرَأْ فِي كُلِّ ثَلَاثٍ "

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي، فَقَدْ أَفْلَحَ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَقَدْ هَلَكَ "

Diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang wanita daripada Quraisy, dan beliau tidak pernah melakukan hubungan dengannya, kerana dia sibuk dengan puasa dan solat. Perkara ini disebutkan kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), lalu nabi bersabda: “Puasalah tiga hari setiap bulan.” Katanya: “Aku boleh lakukan lebih daripada itu.” Dan ini berterusan sehinggalah nabi bersabda kepadanya: “Puasalah sehari dan berbuka satu hari.”

Sabdanya lagi kepada Abdullah: “Bacalah (sehingga khatam) dalam masa sebulan.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 15 hari.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 7 hari.” Sehinggalah disabdakan: “Bacalah dalam masa 3 hari.”



Nabi bersabda lagi: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada waktu shirrah, dan setiap shirrah ada waktu fatrah. Sesiapa yang fatrahnya di dalam sunnahku, maka dia telah berjaya, dan sesiapa fatrahnya (menjurus) kepada selain itu, maka dia akan binasa.”
[Musnad Ahmad no. 6764 – disahihkan oleh Ahmad Shakir dan Shu’ayb al-Arna’ut]

Keterangan mengenai perkataan digunakan

shirrah” bermaksud “الحرص على الشيء والنشاط فيه والرغبة” (ingin sangat kepada sesuatu, dan kecergasan di dalamnya, dan kegemaran) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]

fatrah” (dengan huruf ‘ت’, bukan fitrah dengan huruf ‘ط’) bermaksud “وهن وضعف” (lemah dan tidak upaya) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]

"Fatrah" juga bermaksud zaman/period, seperti yang dikatakan Muhibbin, tapi dalam konteks yang lain.

Pengajaran Hadith

Bersederhana dalam amalan.

sederhana” bermaksud tidaklah terlalu banyak sehinggakan kita akan ‘haus’ seperti tayar yang digunakan secara ekstrim akan ‘haus’ dengan cepat, lalu meletup atau menjadi tidak efektif, yakni menyebabkan amalan itu terhenti terus. Dan amalan tidak pula terlalu sedikit sehinggakan amalan yang biasanya dapat dilakukan ketika ‘fatrah’ (lemah atau malas) pun tidak diamalkan.

amalan” di sini adalah amalan yang kita lakukan secara berterusan, kerana Allah sukakan amalan yang berterusan walaupun sedikit, seperti dalam hadith nabi.

Dalam hadith ini, Abdullah bin ‘Amr telah mengikut kecergasan beliau yang masih muda ketika itu untuk membuat amalan-amalan yang terlalu banyak, sehinggakan hak isterinya terabai. Maka nabi memberi nasihat kepada beliau agar mengurangkan amalan itu agar berpada-pada.

Namun cadangan nabi dibantah secara halus dengan mengatakan beliau mampu lebih daripada itu. Lalu dinaikkan sedikit demi sedikit sehinggalah ke tahap maksima, iaitu puasa nabi Daud (puasa selang sehari). Nabi mensyorkan kepadanya amalan yang beliau mampu lakukan dalam keadaan cergas mahupun malas, kerana yang pentingnya, berterusan.

Oleh itu:

1. Sekiranya Abdullah teruskan dengan berpuasa setiap hari dalam keadaan cergas, beliau telah menyalahi Sunnah dengan melepasi batas yang nabi letakkan.

2. Sekiranya Abdullah meneruskan amalan puasa nabi Daud, dikhuatiri beliau tidak dapat meneruskannya. Dan terbukti bahawa diriwayatkan kata-kata beliau menyesal tidak mengambil keringanan yang nabi syorkan, kerana setelah beliau tua, beliau tidak dapat meneruskan amalannya yang banyak itu.

3. Sekiranya Abdullah mengambil amalan yang sederhana, beliau akan dapat meneruskan amalan itu sehingga maut, dan itulah amalan yang paling disukai Allah.

4. Sekiranya Abdullah tidak berpuasa sunat langsung, tetapi puasa Ramadhan ditunaikan, perkara ini masih di dalam sunnah nabi (syariat nabi) dan ianya harus, tetapi beliau mampu melakukan amalan puasa sunat, sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan (seperti disyorkan nabi) maka beliau akan rugi kerana tidak melakukan amalan sunat yang mampu dilakukan.

5. Sekiranya Abdullah tidak menunaikan puasa wajib (Ramadan), samada seluruhnya atau sebahagiannya, maka beliau telah terkeluar batasan Islam, walaupun puasa sunat dilakukan secara berterusan!

6. Sekiranya Abdullah berpuasa hanya pada 15 Sha’ban sahaja, dikhususkan kerana dipercayai ada fadhilat padanya, walaupun tiada dalil, ataupun mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa, maka beliau sudah melakukan bid’ah!

Persoalan yang bangkit: Sekiranya elok beramal secara berterusan, maka kita memilih amalan yang sederhana, adakah ini melarang kita beramal dengan sunnah nabi yang lebih daripada kadar amalan sederhana?

Jawapannya: Tiada halangan untuk mengamalkan sunnah-sunnah yang lebih daripada kadar sederhana, untuk masa-masa cergas, atau bila banyak masa terluang, atau pada masa-masa yang digalakkan kita beramal lebih, tetapi tidak untuk dijadikan amalan berterusan (dawam) yang akan menyebabkan dia terhenti daripada beramal kerana sudah menjadi beban ke atasnya, semakin hari makin sukar menghadapinya lalu tersungkur di pintu syurga.

Contohnya: mengkhatam al-Quran setiap bulan sekali, adalah amalan yang dilakukan berterusan. Tetapi datang bulan Ramadan, maka digiatkan lagi bacaan al-Quran untuk bulan tersebut, lalu dikhatamkan setiap 3 hari sekali. Atau datang sepuluh 10 pertama Zulhijjah, maka digiatkan bacaan al-Quran, lalu dikhatamkan dalam masa 10 hari. Selepas itu, dia kembali mengamalkan amalan biasanya.

Allahu a'lam