KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Kegembiraan 11 remaja lelaki bercuti hujung minggu di Sungai Hutan Lipur Lata Payung, Langkap di Setiu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas selepas dihanyut arus deras petang Jumaat. Mayat Zulfikar Azam, 12, dan Amirul Alif Musa, 13, ditemui pada kira-kira pukul 5.30 petang, dua jam selepas kejadian itu berlaku. Ketua Polis Daerah Setiu DSP Shaik Othman Abdul Hamid berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika empat daripada 11 remaja berumur antara 12 dan 15 tahun itu sedang mandi di sungai itu. "Ketika mereka mandi, arus deras datang secara tiba-tiba dan menghanyutkan mereka, dua daripadanya bernasib baik kerana ditolak arus deras itu ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata empat lagi rakan mereka yang sedang duduk di atas batu, terperangkap di situ manakala tiga yang lain berada di tebing sungai. Beliau berkata kejadian berpunca daripada limpahan air hulu sungai ekoran hujan lebat di kawasan itu.
-- BERNAMA إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, (kehilangan) jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[al-Baqarah: 155 – 157]
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali”
Inilah adab ketika berlakunya sesuatu musibah. Ungkapan yang diucap penuh dengan makna keinsafan, yang mesti lahir daripada lubuk hati setiap seorang muslim ketika ditimpa sesuatu musibah, kerana musibah-musibah ini semuanya ujian daripada Allah dalam bentuk yang disebutkan di dalam ayat di atas.
Walaupun apa jua yang diperkatakan orang ramai, seorang muslim mestilah melihat kepada dirinya sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri, kerana Allah tidak menimpakan sesuatu musibah kecuali disebabkan dosa-dosa:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
“Dan apa jua musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
[asy-Syura: 30]
Imam at-Tabari di dalam tafsirnya menyebut:
فإنما يصيبكم ذلك عقوبة من الله لكم بما اجترمتم من الآثام فيما بينكم وبين ربكم ويعفو لكم ربكم عن كثير من إجرامكم، فلا يعاقبكم بها.
“Hanyalah kamu ditimpa musibah itu sebagai seksaan daripada Allah terhadap kamu disebabkan dosa-dosa antara kamu dengan Tuhan kamu, sedangkan yang Tuhan kamu telah ampunkan banyak jenayah-jenayah kamu maka kamu tidak diseksa disebabkannya.”
[Tafsir at-Tabari]
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
[ar-Rum : 41]
Shaikh Abu Bakr al-Jazaa’iri di dalam tafsirnya:
تقدم في السياق الكريم إبطال الشرك بالدليل العقلي إلا أن المشركين مصرون على الشرك وبذلك سيحصل فساد في الأرض لا محالة فأخبر تعالى عنه بقوله في هذه الآية الكريمة ( 41 ) فقال { ظهر الفساد في البر والبحر } أي انتشرت المعاصي في البر والبحر وفي الجو اليوم فعُبد غير الله واستبيحت محارمه وأوذي الناس في أموالهم وأبدانهم وأعراضهم وذلك نتيجة الإِعراض عن دين الله وإهمال شرائعه وعدم تنفيذ أحكامه . وقوله { بما كسبت أيدي الناس } أي بظلمهم وكفرهم وفسقهم وفجورهم . وقوله : { ليذيقهم بعض الذي عملوا } أي فما يصيبهم من جدب وقحط وغلاء وحروب وفتن إنما اصابهم الله به { ليذيقهم بعض الذي عملوا } من الشرك والمعاصي لا بكل ما فعلوا إذ لو أصابهم بكل ذنوبهم لأنهى حياتهم وقضى على وجودهم ، ولكنه الرحمن الرحيم بعباده اللطيف بهم
“Didahului konteks (ayat) ini mengenai pembatalan Syirik dengan menggunakan dalil aqli tetapi orang-orang musyrikin tetap degil dengan melakukan syirik, oleh itu akan berlaku kerosakan di atas dunia - tidak dapat dielakkan lagi – Maka, Allah memberitahu mengenainya dengan firmanNya di dalam ayat yang mulia ini: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut" iaitu tersebar kemaksiatan di darat, di laut dan pada cuaca hari ini, (kelihatan) peribadatan kepada selain daripada Allah, dihalalkan perkara-perkara yang haram, dan orang ramai ditimpa kemudaratan dari segi harta, tubuhbadan dan kehormatan. Itu semua hasil yang disebabkan oleh perbuatan berpaling daripada agama Allah, mengabaikan shariatNya dan tidak menjalankan hukum-hakamNya.
Dan firmanNya: “disebabkan perbuatan tangan manusia” iaitu disebabkan kezaliman, kekufuran, kefasikan dan kelucahan mereka.
Dan firmanNya: “supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka” iaitu segala ketandusan, kemarau, kenaikan harga (barangan), peperangan, dan berbagai jenis fitnah (perbalahan, godaan, dll.) yang menimpa mereka hanyalah kerana Allah yang menimpakannya atas mereka. “supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka” iaitu sebahagian daripada syirik dan dosa-dosa, bukan setiap kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya mereka ditimpa (balasan) bagi setiap dosa mereka sudah tentu ditamatkan riwayat hidup mereka dan dibasmikan kewujudan mereka, tetapi Allah adalah Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya, dan Maha Lembut dengan mereka.”
[Aysar at-Tafasir]
Apa tujuan semua musibah ini?
Jawab Allah di akhir ayat di atas: “…agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Sekiranya kita bersyukur kepada Allah akan limpah kurniaNya kepada kita, sudah pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat yang diberikan. Tetapi jika limpah kurnia Allah dibalas dengan dosa, kekufuran dan syirik, sudah pasti azab Allah akan tiba bila-bila masa!
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengkufuri (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."”
Semoga Allah melapangkan dada kita semua untuk menerima ketentuanNya dan merenungi hikmah di sebalik setiap ketentuanNya, bukan dengan rasa marah, tetapi dengan sikap ingin tahu, insaf dan ingin melakukan perubahan (islah).
Dan segala puji bagi Allah.
No comments:
Post a Comment