Hadith Encyclopedia



بحث عن

Monday, June 25, 2012

Q&A: Adakah suara wanita aurat?

Soalan:
Ustaz,saya ada beberapa kemuskilan selepas perbincangan antara saya dan suami baru baru ini.


 Suami ada menegur mengenai bacaan Al-Quran saya dgn mengelurkan suara kerana aurat. Pada hal saya hanya membaca di dalam bilik yg hanya di dengari oleh anak dan suami sahaja. Suami saya tidak tahu/pernah membaca Al-Quran (dlm sembahyang haya surah2 pendek sahaja ). Tujuan saya untuk membentuk anak lelaki mengenal Al-Quran.

Saya tahu suara adalah aurat. Tetapi bagaimana pula dgn wanita-wanita yg membaca surah Yassin di dalam majlis kesyukuran atau musabaqah?


Saya berharap ustaz dapat menjelaskan supaya persoalan ini tidak lagi bermain di fikiran saya.
Wassalam…


Jawapan:
Wa’alaikum salam warahmatullah wabarakaatuh,


Pendapat yang lebih sahih adalah suara wanita bukan aurat. Berikut adalah dalil-dalilnya dan terjemahan pendapat-pendapat dalam mazhab Shafie daripada kitab Fekah Mazhab Shafie yang masyhur dan muktabar, iaitu Kitab al-Majmu’, penulisan Imam an-Nawawi (rahimahullah).


 Dalil al-Quran:


1.       Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang berdebat dengan kamu (Rasulullah) tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [al-Mujadalah : 1] – Komen saya: Sekiranya suara wanita aurat, sudah tentu Allah akan menegur nabi tentang soal jawab antara nabi dan wanita yang membuat aduan itu.


2.       Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,” [al-Ahzab: 32] – Komen saya: Sekiranya suara wanita aurat, sudah tentu tidak diberikan pilihan. Yang lebih tepat adalah suara wanita bukan aurat tetapi suara dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah (menaikkan keghairahan lelaki) itulah yang tidak dibenarkan.


 Dalil Hadith:


Banyak terdapat hadith-hadith di mana seorang sahabiyah (sahabat wanita) yang datang berjumpa nabi yang bersamanya sahabat2nya lalu bertanya soalan sehingga didengari oleh para sahabat, malah merekalah yang meriwayatkan hadith-hadith ini. Contoh-contohnya:


1.       Abu Sa’id al-Khudri (ra) meriwayatkan bahawa ada seorang wanita datang kepada nabi dan mengadu bahawa golongan lelaki mempunyai peluang yang lebih daripada wanita untuk belajar ilmu hadith, lalu dia meminta nabi agar mengkhususkan masa untuk mengajar golongan wanita. [Bukhari dan Muslim] – Komen saya: Ternyata kejadian ini disaksikan oleh perawinya, Abu Sa’id al-Khudri.


2.       Abu Hurairah (ra) meriwayatkan tentang seorang wanita yang datang mengadu kepada nabi tentang penyakit gila. Nabi (Sallallahu ‘alayhi wasallam) lalu bersabda: “Sekiranya kamu mahu saya akan doakan dan kamu akan sembuh, tetapi sekiranya kamu mahu maka bersabarlah, dan kamu tidak akan dihisab (di Akhirat).” [Sahih – Ibn Hibban, Ahmad dan lain-lain] – Komen saya: Ternyata kejadian ini juga disaksikan oleh Abu Hurairah.


 Kata-kata Ulama:


Imam an-Nawawi telah menulis:


وأما المرأة فقال أكثر أصحابنا إن كانت تصلى خالية أو بحضرة نساء أو رجال محارم جهرت بالقراءة سواء صلت بنسوة أو منفردة وإن صلت بحضرة اجنبي أسرت وممن صرح بهذا التفصيل المصنف والشيخ أبو حامد والبندنيجي وأبو الطيب في تعليقهما والمحاملى في المجموع والتجريد وآخرون وهو المذهب وأطلق صاحب الحاوى انها تسر سواء صلت منفردة ام امامة وبالغ القاضي حسين فقال هل صوت المرأة عورة فيه وجهان (الاصح) انه ليس بعورة قال فان قلنا عورة فرفعت صوتها في الصلاة بطلت صلاتها والصحيح ما قدمناه عن الاكثرين قال البندنيجي ويكون جهرها اخفض من جهر الرجل قال القاضي أبو الطيب وحكم التكبير في الجهر والاسرار حكم القراءة واما الخنثى فيسر بحضرة النساء والرجال الاجانب ويجهر إن كان خاليا أو بحضرة محارمه فقط واطلق جماعة أنه كالمرأة والصواب ما ذكرته





Manakala wanita pula, kebanyakan sahabat2 kami (dalam mazhab Shafie) berkata: “Sekiranya dia solat seorang diri atau dihadiri wanita2 atau lelaki2 yang mahram, hendaklah dia menguatkan bacaannya samada dia solat (berjemaah) dengan wanita2 atau solat berseorangan. Sekiranya dia solat dihadiri (hampir) dengan seorang lelaki ajnabi (bukan mahram) hendaklah dia merendahkan (suaranya).”




Di antara mereka yang menyatakan perincian sedemikian adalah penulis (ash-Shirazi), Abu Hamid (al-Ghazali), al-Bandaniji, Abu at-Toyyib dalam komentarinya, al-Mahamili dalam kitab al-Majmu’ dan at-Tajrid, dan lain-lain, dan inilah (pendapat muktabar) mazhab. Penulis kitab al-Hawi (iaitu al-Mawardi): “Sesungguhnya dia (wanita) merendahkan suara samada ketika solat berseorangan atau sebagai Imam (kepada jemaah wanita).” Dan al-Qadhi Husain pula lebih jauh lagi (kritikannya terhadap pendapat suara wanita itu aurat), dia berkata: “Adakah suara wanita aurat? Dalam hal ini ada dua wajah pendapat (ulama mazhab Shafie): Yang lebih sahih adalah  ianya (suara wanita) bukan aurat.” Katanya lagi: “Sekiranya kami berpendapat (ianya aurat), lalu dia telah menguatkan suaranya dalam solat maka batallah solatnya! (Pendapat) yang sahih adalah apa yang kami telah utarakan daripada majoriti.”


Al-Bandaniji pula berpendapat: “Menguatkan suaranya (wanita) adalah lebih rendah daripada suara lelaki.”


Abu at-Toyyib pula berpendapat: “Hukum membaca takbir secara kuat atau perlahan adalah (sama seperti) hukum membaca (al-Quran). Manakala khunsa pula hendaklah merendahkan suaranya di kalangan wanita dan lelaki ajnabi, dan hendaklah dia menguatkan (suaranya) sekiranya berseorangan atau di kalangan lelaki mahram sahaja. Sekumpulan (ulama) mengatakan hukumnya (khunsa) seperti wanita, dan (pendapat) yang benar adalah apa yang saya sebutkan.”
[Kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi, Jilid 3, ms. 355-356]

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib asy-Syarbini, seorang ulama Fekqh Mazhab Shafie menyebutkan:

صَوْتُ الْمَرْأَةِ لَيْسَ بِعَوْرَةٍ ، وَيَجُوزُ الْإِصْغَاءُ إلَيْهِ عِنْدَ أَمْنِ الْفِتْنَةِ ، وَنُدِبَ تَشْوِيهُهُ إذَا قُرِعَ بَابُهَا فَلَا تُجِيبُ بِصَوْتٍ رَخِيمٍ ، بَلْ تُغَلِّظُ صَوْتَهَا بِظَهْرِ كَفِّهَا عَلَى الْفَمِ

"Suara wanita bukannya aurat, dan harus mendengar (suara)nya ketika aman daripada fitnah. Disunatkan mengubah suaranya apabila pintu rumahnya diketuk maka dia tidak menjawab dengan suara yang lembut merdu. Malah hendaklah dia mengasarkan suaranya dengan meletakkan belakang tangannya ke mulut."
[Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifat Alfadz al-Minhaj, dalam Kitab an-Nikah]

Oleh yang demikian, tidak salah puan membaca al-Quran di hadapan suami dan anak lelaki, malah ianya sesuatu yang baik, lebih-lebih lagi dengan niat yang baik seperti yang disebutkan.


Cuma tambahan saya tentang bacaan wanita surah Yasin di dalam Majlis kesyukuran dan musabaqah, setelah mendengar kata-kata ulama bila ditanya tentang bacaan wanita yang didengari golongan lelaki yang bukan mahram, maka mereka biasanya menasihatkan agar tidak dilakukan kecuali bila terpaksa. Contohnya, bila guru Quran perempuan tidak dapat diketemui maka harus seorang wanita mempelajari al-Quran dengan guru lelaki, samada cara berdepan, mahupun dengan menalipon ke siaran TV yang mengajar al-Quran. Ini adalah kerana bacaan al-Quran disunatkan dengan suara yang sedap dan berlagu, maka ianya, sekurang-kurangnya, makruh diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Apatah lagi sekiranya suara seorang wanita yang sedang bernyanyi, maka itu tidak syak lagi, haram.



Malah, nabi telah berpesan kepada umatnya, sekiranya sesuatu kesilapan berlaku di dalam solat Jemaah, maka golongan lelaki boleh menegur dengan menyebut "Subhanallah", namun golongan wanita disuruh menepuk tangan mereka. Lihat bagaimana nabi memberikan cara yang betul bagi golongan wanita untuk menegur sesuatu kesilapan di dalam solat Jemaah yang merupakan ibadat yang sangat agung dan Fardu! Apatah lagi dalam musabaqah al-Quran yang paling kuat hukumnya pun sunat, dan golongan wanita sepatutnya menegaskan pendirian mereka agar musabaqah khusus untuk wanita diadakan tanpa kehadiran golongan lelaki.


Allahu a’lam

Saturday, June 16, 2012

Q&A: Bagaimana mandi hadas apabila anggota badan berbalut kerana kecederaan



Soalan: Bagaimanakah pulanya cara bagi saya untuk mandi hadas selepas habis datang bulan (haid).


Maaf kiranya soalan saya ini terlalu 'direct' tapi saya inginkan kepastian kerana ada sebilangan orang yang saya tanyakan memberitahu bahawa saya hanya boleh mandi hadas selepas balutan kaki saya itu dibuka. Jadi jika kaki saya ini berbalut selama lebih sebulan, maka saya terpaksa menanti sehingga ianya dibuka barulah boleh mandi hadas.


Selepas itu saya perlu menggantikan semula solat yang tertinggal.

Jawapan:
Berhubung dengan hadas besar (dan juga hadas kecil), ada empat pendapat ulama:
1.      Perlu mandikan bahagian tubuh yang sihat, dan sapu di atas balutan dengan tangan basah.
2.      Perlu mandikan bahagian tubuh yang sihat sahaja.
3.      Perlu tayammum, kemudian mandikan bahagian tubuh yang sihat, dan sapu di atas balutan dengan tangan basah.
4.      Perlu tayammum sahaja.


Nota: Perkara ini serupa juga untuk wudu’ kecuali ‘mandi’ digantikan dengan membasuh anggota-anggota wudu’.


Pendapat ketiga adalah pendapat Jumhur ulama (majoriti), berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir, namun kesahihan hadith ini dipertikaikan. Pendapat kedua adalah kuat juga, beralasankan ayat Quran: “Allah tidak membebankan seseorang itu lebih daripada kemampuannya.” [2:286], dan ianya pendapat mazhab Dzahiri. Pendapat pertama menambahkan sapuan atas balutan juga atas alasan itulah yang kemampuannya. Pendapat terakhir pula menjadikan tayammum sebagai alternative, seperti ianya alternative untuk wudu ketika tiada air.
Saya cenderung kepada pendapat pertama kerana itulah yang mampu dilakukan, dan sapuan atas balutan telah dilakukan oleh seorang sahabat, iaitu Abdullah Ibn Umar. Dan sapuan atas balutan ini hanya langkah berjaga-jaga, dan kerana amalan Ibn Umar tidak cukup sebagai dalil mewajibkan sapuan atas balutan.


Tetapi sekiranya tidak yakin, maka bolehlah dilakukan seperti pendapat ketiga, iaitu pendapat majoriti ulama.


Dan kata-kata orang tu janganlah diikuti kerana tiada alim di kalangan ulama yang mengatakan sedemikian.


Allahu a’lam

Q&A: Hukum memberikan zakat kepada penuntut ilmu



Soalan: Apakah hukum memberikan zakat kepada penuntut ilmu?


الجواب: طالب العلم المتفرغ لطلب العلم الشرعي وإن كان قادراً على التكسب يجوز أن يعطى من الزكاة، لأن طالب العلم الشرعي نوع من الجهاد في سبيل الله، والله تبارك وتعالى جعل الجهاد في سبيل الله جهة استحقاق في الزكاة فقال: (إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ) .





Jawabnya: Penuntut ilmu yang telah meluangkan masanya untuk menuntut ilmu syar’i, walaupun dia mampu menyara hidup, harus untuk diberikan zakat, kerana seorang penuntut ilmu syar’I adalah salah satu jenis Jihad di jalan Allah, dan Allah tabaraka wata’ala menjadikan Jihad di jalan Allah salah satu sebab berhak menerima zakat, seperti di dalam firmanNya: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [at-Taubah:60]
[Jawapan oleh Shaikh Muhammad bin Saleh al-'Uthaimin]

Q&A: Bagaimana mengqadha' solat Witr?


كيفية قضاء صلاة الوتر وعدم اعتبار صلاة الضحى في قضاء الوتر



السؤال

فضيلة الشيخ! لو أن شخصاً فاتته صلاة الوتر في الليل، وأراد أن يقضيها في النهار في الضحى هل يدخل معها ركعتي الضحى؟ وقراءة (قل هو الله أحد) هل يجعلها في الركعة الأخيرة أو التي قبلها الشفع؟

Soalan: Shaikh yang mulia! Sekiranya seorang individu tertinggal solat Witr di tengah malam, dan dia mahu mengqadhakannya di siang hari pada waktu Dhuha, adakah dikira di dalamnya dua rakaat Dhuha? Adakah bacaan “Qul huwa allahu ahad” dibaca pada rakaat terakhir atau pada rakaat yang sebelum yang terakhir (ditambah untuk menjadikannya) genap?

الجواب

إذا فاتت الإنسان صلاة الوتر فإنه يقضيها في النهار لكن شفعاً، إذا كان من عادته أن يوتر بثلاث يقضي أربعاً، وإن كان من عادته أن يوتر بخمس يقضي ستاً لحديث عائشة رضي الله عنها: ( أن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم كان إذا فاتته صلاة الليل من نومٍ أو وجع صلى من النهار اثنتي عشرة ركعة ).

وأما ما يقرؤه فالأقرب أن يجعل (قل هو الله أحد) في الركعة الأخيرة، وأما هل تغني عن ركعتي الضحى فلا؛ لأن ركعتي الضحى سنة مستقلة، فلابد من فعلها وحدها.

Jawapan: Apabila seorang insane tertinggal solat Witr, maka dia boleh mengqadhakannya di siang hari tetapi (hendaklah) digenapkan. Sekiranya dia biasa melakukan solat Witr sebanyak 3 rakaat, maka dia mengqadhakan 4 rakaat, dan sekiranya dia biasa solat Witr 5 rakaat, maka dia mengqadhakan 6 rakaat, menurut hadith Aishah (ra): “bahawa nabi (saw) biasanya apabila baginda tertinggal solat malam kerana tertidur atau sakit, baginda akan solat (qadha) pada siang hari 12 rakaat.”[Muslim, Abu Daud and an-Nasa’i]



Manakala bacaannya pula, yang lebih dekat dengan kebenaran adalah dia jadikan bacaan “Qul huwa allahu ahad” pada rakaat terakhir. Adapun soalan samada solat Dhuha 2 rakaat telah mencukupi baginya (sebagai ganti solat malam yang tertinggal), maka jawapannya adalah “Tidak!” Kerana 2 rakaat Dhuha adalah solat sunat yang berasingan, maka hendaklah ianya dilakukan dengan sendirinya (iaitu berasingan).

[Perjumpaan terbuka – Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin]

Q&A: Hukum Qadha' Solat Dhuha

السؤال

بالنسبة لصلاة التطوع إذا كان الشخص يصلي لصلاة الضحى أربع ركعات ففاتته يوماً من الأيام هل يقضيها؟

Soalan: Berkenaan dengan solat sunat, sekiranya seorang individu biasa melakukan solat Dhuha 4 rakaat, lalu tertinggal (amalan ini) pada suatu hari, adakah dia perlu mengqadhanya?

الجواب

الظاهر لي أن النوافل غير الرواتب وغير الوتر أنها لا تقضى، يعني: أنه لا يقضى من النوافل إلا ما جاءت به السنة.

وأقل سنة الضحى ركعتان، تبتدئ من حين ترتفع الشمس قيد رمح، وتنتهي بقبيل الزوال، وأفضلها ما كان في آخر الوقت، لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ( صلاة الأوابين حين ترمض الفصال ).

Jawapan: Yang zahir pada saya, solat-solat sunat yang bukan rawatib dan selain solat Witr tidak diqadha, iaitu, dia tidak mengqadhakan solat-solat sunat kecuali yang ada (sabit) di dalam sunnah (nabi). Solat Sunat Dhuha yang paling minimum adalah 2 rakaat, bermula daripada saat matahari terbit setinggi anak panah, dan tamat sedikit sebelum matahari tergelincir. Sebaik-baiknya adalah di akhir waktunya, menurut sabda nabi (saw): “Solat al-Awwabin ketika anak unta merasakan panas (daripada terik matahari).”[Sahih Muslim]

Sunday, June 10, 2012

Q&A: Hukum meletakkan syarat untuk mematuhi suami

Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya saya menetapkan syarat kepada suami saya seperti kalau dia nak suruh saya berhenti kerja saya mintak dia berhenti merokok baru saya boleh berhenti kerja. Minta penjelasan.

Jawapan:

Kalau tanya hukum, susah sikit nak jawab.
Senang cerita, begini:
1. Hukum merokok adalah haram di dalam Islam menurut nas-nas al-Quran dan Sunnah serta kaedah-kaedah Fiqh. Dan ianya sudahpun difatwakan haram oleh ulama2 Islam merata dunia, termasuk ulama2 Malaysia. Sekiranya dilihatkan kepada alasan2 mereka, ianya cukup menakutkan. Secara ringkasnya:
  • Merokok boleh disamakan dengan memakan racun sedikit-sedikit sehingga satu hari akan mati disebabkannya. Ini boleh menjadi hukum "membunuh diri".
  • Merokok bukan hanya merosakkan badan sendiri malah merosakkan badan orang-orang lain yang hampir dengannya. Bayangkan seorang itu berjalan dengan racun di tangannya dan direnjis-renjis kepada orang-orang di sebelahnya. Apakah hukumnya?
  • Merokok adalah satu pembaziran yang sangat besar. Bayangkan seseorang itu mengambil wang RM5 lalu membakarnya setiap hari. Apakah hukumnya?


2. Hukum isteri bekerja adalah harus bagi pekerjaan yang diperlukan wanita menceburinya yang tidak boleh dilakukan oleh lelaki, atau berkhidmat kepada kaum wanita, dengan syarat-syarat seperti keperluan pendapatan lebih yang mendesak, menutup aurat secara betul, tidak melalaikan hak suami dan anak2, tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan tidak melibatkan perjalanan jauh tanpa mahram. Tetapi isteri digalakkan (sunat) untuk tidak bekerja dan menjaga urusan di rumah suami, anak2nya, dan juga melayan suami.


Soalan tentang isteri memberi syarat untuk berhenti:
1. Adalah tidak wajar seorang isteri memberi syarat pada permintaan suami yang baik dan disokong oleh agama.


2. Saya lebih suka sekiranya isteri kata kepada suaminya bahawa dia akan patuh permintaan suami kerana itulah haknya, dan tambah pula kerana sayang kepadanya supaya suami terharu dengan kata-kata isterinya itu. Kemudian, isteri itu pula, menambah dalam suasana itu, dengan berkata bahawa kerana kasih dan sayang kepada suami, isteri ini juga mempunyai permintaan agar si suami berhenti daripada merokok.


Saya takut sekiranya dijadikan syarat untuk mematuhi suami, ianya akan mengundang rasa tidak puas hati dan dendam suami pula, kerana:
1. Pemintaan suami adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam maka kita tidak patut meletakkan syarat untuk mematuhinya.
2. Sekiranya isteri meletakkan syarat maka ianya akan dilihat sebagai tindakbalas (retaliation) daripada isteri, yang menceriminkan ketidakrelaan isteri untuk mematuhi sesuatu permintaan yang baik.
3. Saya khuatir selepas ini apa-apa sahaja yang baik, akan menjadi satu "trend" meletakkan syarat untuk patuh maka ianya akan merosakkan hubungan suami isteri itu.


Masa mula-mula bercinta, kata-kata antara lelaki dan perempuan adalah indah, bersinar, menggambarkan perasaan yang telus dan kasih sayang. Tetapi setelah beberapa lama berkahwin, kata-kata antara suami isteri mula menjadi seperti robot, tanpa perasaan kasih sayang, kecuali intonasi marah dan tidak puas hati sahaja yang ada.




Ubahkan keadaan! Ubahkan cara! Gunakan semula kata-kata kasih sayang dan kelembutan untuk mendapatkan perubahan daripada suami. Si suami mungkin tidak pandai dalam hal ini, oleh itu si isteri hendaklah memainkan peranan dahulu, dan meneruskan cara tersebut. InsyaAllah, hasilnya akan baik.


Nabi pernah bersabda: "Tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia mencantikkannya. Dan tidaklah kelembutan itu hilang daripada sesuatu kecuali ia memburukkannya."
[Sahih Muslim, Ahmad]


Ringkasnya:


Sebutlah kepada suami kerelaan untuk mematuhinya, kerana cinta kepada Allah dan RasulNya, dan juga cinta kepada suami itu. Susunlah perkataan yang baik2 yang menggambarkan kasih sayang yang mendalam, dan sekiranya disertakan dengan air mata itulah lebih baik dan berkesan.


Kemudian, dengan kata2 kasih sayang yang ikhlas, mintalah suami itu untuk berhenti merokok, kerana paa ulama telah menetapkan hukumnya haram. Si isteri mahu bersama suami di dunia dan Akhirat, mala eloklah dia berhenti sebelum terlambat.


Semoga Allah memberkikan Taufiq dan Hidayah dalam semua perkara, dan menyenangkan perbuatan kebaikan bagi suami dan isteri yang berkenaan.

Saturday, June 9, 2012

Q&A: Akibat isteri tidak mematuhi suami

Soalan:
Benarkah, kalau seorang isteri tidak mengikut kata suami maka anaknya juga susah untuk mengikut kata ibunya? Minta penjelasan.

Jawapan:
Sebagai penjelasan ringkas, setiap dosa akan ada kesannya buruknya pada sesuatu. Dan dalam hubungan kekeluargaan, sudah pasti akan mempunyai kesan pada perkembangan keluarga itu.

Dan Allah berfirman, mafhumnya:
“Apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan (dosa) tangan2 mu.” [asy-Syu'ara : 30]

Nabi (sallallahu 'alayhi wasallam) pernah bersabda:
“Tidaklah dua orang saling cinta mencintai lalu dipisahkan antara mereka kerana dosa salah seorang dari mereka.” [Riwayat Ahmad dan Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

Dan di dalam sebuah hadith yang lemah, namun pengajaran juga memberi makna yang baik:
"Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu". [Riwayat at-Tabarani - Hadith Da'if]

Mafhumnya, sesiapa yang tidak berbuat baik kepada ibubapanya, anak2 mereka akan berkelakuan tidak baik dengan mereka. Bayangkan sekiranya ibunya sendiri tidak berbuat baik dan tidak hormat kepada suaminya, bagaimanakah pula anak2nya yang akan pasti ikut contoh orang-orang yang rapat dengan mereka!

Dan bagi ibubapa pula , apakah musibah yang lebih teruk daripada anak2 yang menjadi rosak akhlaknya. Lagipun, seorang anak akan mengikut akhlak ibubapanya. Sekiranya dia nampak ibu tidak ikut kata bapa, dia akan rasa itulah akhlak yang biasa, yang diterima.

Allahu a'lam.