Hadith Encyclopedia



بحث عن

Friday, April 16, 2010

Wahhabi dan Bid'ah... penerangan daripada Maulana Asri Yusoff

Video di bawah adalah petikan daripada keterangan Maulana Asri ketika menerangkan hadith al-Bara' yang berbunyi seperti berikut:

حديث الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ ثُمَّ قُلِ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ، فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِقَالَ، فَرَدَدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا بَلَغْتُ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ قُلْتُ: وَرَسُولِكَ قَالَ: لاَ وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Daripada al-Bara bin 'Aazib: Nabi (SAW) bersabda: "Apabila kamu hendak tidur, ambillah wudu' seperti untuk salat, kemudian baringlah di atas sisi sebelah kanan kemudian katalah:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Terjemahan: "Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku kepadaMu, dan serahkan urusanku kepadaMu. Aku bertawakkal kepadaMu, dengan harapan dan takut kepadaMu. Tiada tempat berlindung mahupun tempat menyelamatkan diri kecuali kembali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan dengan nabiMu yang Engkau utuskan."Sekiranya kamu mati di malam kamu itu, kamu dalam keadaan fitrah (bersih tanpa dosa) dan jadikanlah ia (doa tersebut) kata-kata akhirmu."

Al-Bara berkata: Maka aku pun mengulang doa itu kepada nabi (SAW), dan ketika aku sampai:

اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ

"Wahai Allah! Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan."

Aku berkata:

وَرَسُولِكَ

"... dan RasulMu.."

Nabi (SAW) pun berkata: "Bukan! وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "Dan nabiMu yang Engkau telah utuskan!" [Muttafaq 'alayhi]

video

Wednesday, April 14, 2010

Hadith Lemah tentang al-Quran

Hari ini saya menerima sebuah email yang menyebut 2 hadith tentang al-Quran, dan email itu menyarankan agar disebarkan.

Malangnya, kedua-dua hadith yang disebutkan adalah hadith lemah. Hadith-hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Diriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi'

Hadith di atas adalah sebuah hadith yang panjang, lebih panjang daripada yang sebutkan di dalam artikel tersebut.

Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti menyebutkan hadith ini di dalam kitab al-Ali al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah (jilid 1 ms. 219), iaitu sebuah kitab yang dikumpulkan di dalamnya hadith-hadith palsu.
Begitu juga al-Imam Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan hadith ini hadith palsu, seperti di dalam kitab Da’ef at-Targhib wat –Tarhib (no. 367).

2) Diriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda: 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Imam Tajuddin as-Subki menyebut hadith ini di dalam kitabnya Ahadith al-Ihya alazhi la asla laha (Hadith-hadith Ihya yang tiada asalnya) jilid 6 ms. 301 di mana dikumpulkan hadith-hadith di dalam Ihya Ulum ud-Din (Imam al-Ghazali) yang beliau tidak jumpa isnadnya.
Kata al-Imam as-Sakhawi di dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah fi bayan kathir min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala sl-Alsinah (Tujuan baik dalam menerangkan banyak hadith-hadith yang masyhur pada lidah) jilid 1 ms. 42, kumpulan hadith yang masyhur tetapi hadithnya lemah atau palsu, beliau menyebut hadith ini hadith mursal, iaitu hadith lemah.
Imam al-‘Ajluni dalam kitabnya Kasyf ul-Khafaa’ wa Muzil al-Ilbas ‘amma isytahara min al-Ahadith ala Alsinat an-Nas (Menyingkap rahsia dan menyingkir keraguan tentang hadith-hadith yang masyhur pada lidah orang ramai) jilid 1 ms. 21,yang bertujuan yang sama seperti kitab Imam as-Sakhawi juga menyebutkan bahawa hadith ini lemah, seperti yang dikatakan oleh al-Hafizh al-‘Iraqi.

Demikian kata-kata ulama hadith tentang hadith tersebut. Namun, keterangan ini tidak mengurangkan darjat al-Quran, Cuma ianya langkah berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Sekiranya ianya betul sabda Rasulullah (SAW) maka pahala bagi mereka yang menyampaikannya, tetapi sekiranya hadith itu palsu atau lemah sekalipun, maka menurut kaedah ulama hadith, kita tidak boleh mengatakan bahawa ianya hadith daripada Rasulullah (SAW), dan sesiapa yang degil telah melakukan dosa yang besar!

Sunday, April 11, 2010

Q&A: Tambahan pada selawat dan salam.


Soalan:


1. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD......

2. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKHATU
Mohon pencernaan tentang perkataan SAYYIDINA dan TAALA?

Jawapan:
Kedua-dua soalan di atas perlu dilihat dari segi lafaz-lafaznya yang diajar nabi (SAW) secara khusus, dan bukan pada maknanya samada benar atau tidak. Inilah pengajaran yang kita dapat daripada teguran nabi (SAW) sendiri kepada sahabatnya, al-Baraa' bin 'Aazib.


حديث الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ ثُمَّ قُلِ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ، فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِقَالَ، فَرَدَدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا بَلَغْتُ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ قُلْتُ: وَرَسُولِكَ قَالَ: لاَ وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ


Daripada al-Bara bin 'Aazib: Nabi (SAW) bersabda: "Apabila kamu hendak tidur, ambillah wudu' seperti untuk salat, kemudian baringlah di atas sisi sebelah kanan kemudian katalah:


اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Terjemahan: "Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku kepadaMu, dan serahkan urusanku kepadaMu. Aku bertawakkal kepadaMu, dengan harapan dan takut kepadaMu. Tiada tempat berlindung mahupun tempat menyelamatkan diri kecuali kembali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan dengan nabiMu yang Engkau utuskan."Sekiranya kamu mati di malam kamu itu, kamu dalam keadaan fitrah (bersih tanpa dosa) dan jadikanlah ia (doa tersebut) kata-kata akhirmu."

Al-Bara berkata: Maka aku pun mengulang doa itu kepada nabi (SAW), dan ketika aku sampai:

اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ
"Wahai Allah! Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan."

Aku kata: وَرَسُولِكَ "... dan RasulMu.."

Nabi (SAW) pun berkata: "Bukan! وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "Dan nabiMu yang Engkau telah utuskan!"
[Muttafaq 'alayhi]

Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah (Saudi):

الأصل في الأذكار المقيدة وسائر العبادات التوقيف عند ما ورد من عباراتها وكيفياتها في كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم

"Asal dalam zikir-zikir khusus dan lain-lain ibadat adalah at-Tauqif (berhenti setakat) sebutan dan cara yang terdapat di dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya." [kemudian disebutkan hadith al-Baraa' di atas sebagai dalil.]

Terdapat juga jawapan di dalam website Islam QA tentang uslub doa ketika solat. Sila baca di: http://www.islam-qa.com/ar/ref/7646

Oleh kerana ianya agak panjang untuk diterjemah ke bahasa malaysia, saya terjemahkan sahaja bahagian yang relevan dengan soalan di atas:

Soalan: Adakah wujud cara tertentu untuk berdoa ketika solat?
Jawapan: "Alhamdulillah. Mungkin penyoal bermaksud dengan soalannya itu tentang doa di dalam solat. Oleh itu, ketahuilah, wahai saudaraku, bahawa sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (SAW), maka sebaik-baik doa adalah apa sahaja yang tepat dengan sunnah nabi (SAW). Sepatutnya, seseorang muslim itu menjaga dan mempertahankan lafaz nabawi tanpa menambah atau mengurang atau mengubah. [Kemudian hadith al-Baraa' di atas disebut sebagai dalil]

Pengarang Tuhfat ul-Ahwazi (sharh Sunan at-Tirmizhi) menulis:
"Mereka menyebut berbagai pendapat tentang teguran nabi ini... Berkata al-Haafiz (Ibn Hajr al-'Asqalani): 'Sebaik-baik hikmah yang disebut tentang teguran nabi itu ke atas orang yang menyebut 'Rasul' berbanding dengan 'Nabi' adalah lafaz-lafaz zikir adalah tauqifiyah dan ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan rahsia-rahsia yang tidak dapat dikiaskan, dan wajib mempertahan lafaz yang datang (daripada nas-nas).

Inilah pilihan al-Maziri, katanya: "Maka hendaklah memadai dengan lafaz yang datang (daripada nas-nas) dengan huruf-hurufnya, dan kemungkinannya ganjarannya berkaitan dengan huruf-huruf itu dan barangkali ianya diwahyukan kepada dengan perkataan-perkataan itu maka mestilah menyebutnya dengan huruf-hurufnya.'"

Tuesday, April 6, 2010

HADITH: Sharh Hadith Safwan bin 'Assal

عن زِرِّ بن حُبَيْشٍ ، قَالَ : أَتَيْتُ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ - رضي الله عنه - أسْألُهُ عَن الْمَسْحِ عَلَى الخُفَّيْنِ ، فَقالَ : ما جاءَ بكَ يَا زِرُّ ؟ فقُلْتُ : ابتِغَاء العِلْمِ ، فقالَ : إنَّ المَلائكَةَ تَضَعُ أجْنِحَتَهَا لطَالبِ العِلْمِ رِضىً بِمَا يطْلُبُ . فقلتُ : إنَّهُ قَدْ حَكَّ في صَدْري المَسْحُ عَلَى الخُفَّينِ بَعْدَ الغَائِطِ والبَولِ ، وكُنْتَ امْرَءاً مِنْ أَصْحَابِ النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - فَجئتُ أَسْأَلُكَ هَلْ سَمِعْتَهُ يَذكُرُ في ذلِكَ شَيئاً ؟ قَالَ : نَعَمْ ، كَانَ يَأْمُرُنا إِذَا كُنَّا سَفراً - أَوْ مُسَافِرينَ - أنْ لا نَنْزعَ خِفَافَنَا ثَلاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيالِيهنَّ إلاَّ مِنْ جَنَابَةٍ ، لكنْ مِنْ غَائطٍ وَبَولٍ ونَوْمٍ . فقُلْتُ : هَلْ سَمِعْتَهُ يَذْكرُ في الهَوَى شَيئاً ؟ قَالَ : نَعَمْ ، كُنّا مَعَ رسولِ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - في سَفَرٍ ، فبَيْنَا نَحْنُ عِندَهُ إِذْ نَادَاه أَعرابيٌّ بصَوْتٍ لَهُ جَهْوَرِيٍّ : يَا مُحَمَّدُ ، فأجابهُ رسولُ الله - صلى الله عليه وسلم - نَحْواً مِنْ صَوْتِه : (( هَاؤُمْ)) فقُلْتُ لَهُ : وَيْحَكَ  ! اغْضُضْ مِنْ صَوتِكَ فَإِنَّكَ عِنْدَ النَّبي - صلى الله عليه وسلم - ، وَقَدْ نُهِيتَ عَنْ هذَا ! فقالَ : والله لاَ أغْضُضُ . قَالَ الأعرَابيُّ : المَرْءُ يُحبُّ القَوْمَ وَلَمَّا يلْحَقْ بِهِمْ ؟ قَالَ النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - : (( المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ يَومَ القِيَامَةِ )) . فَمَا زَالَ يُحَدِّثُنَا حَتَّى ذَكَرَ بَاباً مِنَ المَغْرِبِ مَسيرَةُ عَرْضِهِ أَوْ يَسِيرُ الرَّاكبُ في عَرْضِهِ أرْبَعينَ أَوْ سَبعينَ عاماً - قَالَ سُفْيانُ أَحدُ الرُّواةِ : قِبَلَ الشَّامِ - خَلَقَهُ الله تَعَالَى يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاواتِ والأَرْضَ مَفْتوحاً للتَّوْبَةِ لا يُغْلَقُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْهُ. رواه الترمذي وغيره، وَقالَ: حديث حسن صحيح

Dari Zirr bin Hubaish, dia berkata : “Saya berjumpa Safwan bin `Assal ra. untuk bertanyakan tentang menyapu ke atas kedua khuf, kemudian dia bertanya kepadaku: “Wahai Zirr, mengapa engkau kemari?” . Saya menjawab : "Untuk mencari ilmu!"  Dia pun berkata : “Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayap mereka bagi orang yang mencari ilmu, kerana redha dengan apa yang dicarinya.” Kemudian aku bertanya lagi: “Sesungguhnya saya masih belum jelas tentang cara menyapu kedua khuf sesudah membuang air besar dan kecil, sedangkan engkau adalah salah seorang sahabat Nabi SAW, maka saya datang ke sini untuk bertanya kepadamu, adakah engkau pernah mendengar baginda menjelaskan masalah itu?” Dia menjawab : “Ya, baginda menyuruh kami bila dalam perjalanan agar tidak menanggalkan khuf selama tiga hari tiga malam kecuali (sebab) hadas besar, tetapi hanya untuk buang air besar, kecil, atau tidur.” Saya bertanya lagi: "Adakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW, menyebut tentang cinta?” Ia menjawab : “Ya, ketika kami sedang musafir bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang Badwi memanggil Rasulullah SAW dengan suara keras: “Wahai Muhammad,” maka Rasulullah pun menjawab “Mari!” dengan suara sedemikian. Kemudian saya berkata kepada orang Badwi itu : “Celakalah kamu! Rendahkanlah suaramu, kerana engkau berhadapan dengan Nabi SAW dan kamu dilarang berkata seperti itu.” Dan orang Badwi itu berkata lagi: “Demi Allah, aku tidak akan rendahkan suaraku!” Orang Badwi itu meneruskan: “Bagaimana dengan seseorang yang mencintai segolongan manusia, tetapi dia tidak sampai kepada mereka (dari segi amalan)?” Nabi SAW menjawab: “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di Hari Kiamat.” Beliau terus bercerita kepada kami, sampai akhirnya beliau menceritakan tentang sebuah pintu yang berada di sebelah barat, pintu itu sebesar 40 atau 70 tahun perjalanan.” Menurut Sufyan, salah seorang perawi: Di arah Syam. "Allah Ta`ala menciptakan pintu itu ketika Ia menciptakan langit dan bumi; pintu itu sentiasa terbuka untuk menerima taubat dan tidak akan ditutup sebelum matahari terbit dari arah barat. "


Tentang perawi

a. Zirr bin Hubaish bin Hubashah bin Aus al-Asadi (w. 81, 82 atau 83H)
- Dikenali dengan kunyah Abu Maryam dan Abu Mutarrif
- Berasal dari Kufah
- Seorang tabi’i, walaupun beliau pernah hidup di zaman Jahiliyah tetapi tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah.
- Seorang qari yang berilmu tentang al-Quran, dan pernah membentangkan bacaannya kepada Ibn Mas’ud dan ‘Ali.
- Banyak meriwayatkan hadith, khususnya daripada Umar ibn al-Khattab, Ubay bin Ka’ab, Uthman, Ali, Abdullah, Ammar, al-Abbas, Abdur-Rahman bin Auf, Huzhaifah bin al-Yaman, Safwan bin ‘Assal dan lain-lain.
- Berilmu dalam bahasa arab, sehinggakan Ibn Mas’ud biasa bertanya kepadanya tentang bahasa.
- Hidup selama 120 tahun

b. Safwan bin ‘Assal al-Muradi
- Berasal daripada Kufah
- Berperang bersama Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wassalam) dalam 12 peperangan.
- Ibn Mas’ud dan ramai daripada golongan tabi’in meriwayatkan hadith daripadanya.
- Ibn al-Jauzi berkata: Diriwayatkan melaluinya daripada nabi sebanyak 21 hadith.

Fiqh Hadith

Zirr bin Hubaish telah pergi ke Madinah untuk belajar ilmu Quran dan Hadith daripada para sahabat Rasulullah. Beliau berjumpa Safwan lalu bertanyakan dua soalan, lalu Safwan memujinya dengan menyebut sebuah hadith tentang penghormatan para Malaikat (malaikat rahmat sahaja ataupun semua malaikat yang di persekitaran) terhadap penuntut ilmu.

Malaikat merendahkan sayap-sayap mereka boleh diertikan sebagai:

1. Para Malaikat yang berterbangan menghentikan penerbangan mereka untuk mendengar ilmu

2. Kiasan yang bermaksud tawadhu’ (rendah diri) terhadap penuntut ilmu, seperti firman Allah:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman.” [asy-Syu’ara: 215]

Dua soalan yang ditanyakan:

1. Tentang menyapu di atas khuf ketika mengambil wudu’ – lalu Safwan menjawab dengan hadith tentang menyapu khuf tanpa menanggalkan khuf untuk hadas-hadas kecil sahaja, selama sehari semalam bagi seorang yang bermukim, dan selama tiga hari dan tiga malam bagi seorang yang bermusafir.

2. Tentang cinta - Lalu Safwan menjawab dengan cerita seorang Badwi yang bertanya tentang cinta segolongan manusia yang soleh tetapi amalannya tidak sebaik mereka, lalu diberikan berita gembira bahawa seseorang itu akan bersama orang yang dicintanya di Hari Akhirat.

Lalu Safwan terus meriwayatkan sehingga menyebut tentang sebuah pintu di arah barat yang sentiasa terbuka untuk menerima taubat sesiapapun sehinggalah hari terbitnya matahari di sebelah barat.

Faedah-faedah hadith

i. Jawapan Zirr “mencari ilmu” menunjukkan kelebihan ilmu.

ii. Kelebihan menjawab soalan dengan nas, samada al-Quran ataupun hadith.

iii. Para Malaikat yang berterbangan menghentikan penerbangan mereka untuk mendengar ilmu dengan penuh tawadhu’ kerana redha dengan tujuan penuntut ilmu.

iv. Fadhilat ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadith merupakan fadhilat ilmu syariat Islam, sementara ilmu selainnya mempunyai kelebihan bergantung kepada manfaat atau mudaratnya kepada umat.

v. Galakan agar bertanya tentang perkara yang diragu-ragukan atau sesuatu permasalahan tentang agamanya.

vi. Penyoal meminta dalil daripada seorang alim tentang jawapannya, samada ianya daripada nas al-Quran dan Sunnah, atau ijtihadnya, sementara alim itu tidak merasa tersinggung dengan permintaan tersebut.

vii. Harus menyapu kedua-dua khuf selama 3 hari 3 malam bagi yang musafir, dan sehari semalam bagi yang mukim. Begitu juga harus menyapu ke atas stokin (kain), sandal dan pemanas kaki, hukumnya seperti khuf kerana ada hadith-hadith yang menunjukkan keharusannya. Lihat Risalah al-Masah 'ala al-jawrabain tulisan Shaikh Jamaluddin al-Qasimi yang ditahqiq oleh Shaikh Ahmad Syakir bersama tahqiq dan takhrij hadithnya oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Rahimahumullah jami'an.

viii. Mengambil wudhu dengan menyapu di atas khuf hanya dibenarkan untuk hadas kecil dan bukan hadas besar.

ix. Tuntutan beradab bersama ulama serta merendahkan suara.

x. Mengajar orang yang jahil tentang peradaban dan akhlak baik.

xi. Kelebihan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan mencintai mereka, kerana seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai Hari Kiamat. Sekiranya orang itu soleh, maka syurgalah tempat mereka bersama, dan sekiranya orang itu fasiq, maka nerakalah tempat mereka, na’udzubillah min dzalik.

xii. Luasnya rahmat Allah dan Dia menerima taubat hamba-hambanya selagi pintu taubat terbuka.

xiii. Sentiasa menhisab diri dan segera bertaubat sebelum tiba Hari yang tiada gunanya penyesalan.

xiv. Wajib beriman dengan perkara ghaib yang dikhabarkan oleh Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).

xv. Wajib meminta dan bertaubat kepada Allah dengan ikhlas, tanpa menyekutukan apa-apapun. Allahlah yang menjadikan seluruh alam semesta, dan Dia jugalah yang mencipta Pintu Taubat, maka wajarlah kepada Dia sahaja kita meminta dan bertaubat.

Thursday, April 1, 2010

Wuquf (berhenti) bacaan pada setiap hujung ayat al-Quran

Soalan: Shaikh-shaikh kami memberitahu kami bahawa Rasulullah (saw) biasa wuquf (berhenti) bacaan ayat al-Quran pada hujung setiap ayat. Oleh kerana bagindalah yang paling arif tentang al-Quran al-Karim, maka wajib setiap muslim mengikut petunjuk baginda dalam bacaan al-Quran, agar dia boleh memperolehi dua pahala, insyaAllah, (iaitu) pahala bacaan dan pahala mengikut sunnah. Tetapi saya lihat  para Imam dan Shaikh solat dengan bacaan yang tidak wuquf pada setiap hujung ayat. Apakah yang betul?

Jawapan Shaikh Bin Baz: Yang lebih afdal adalah tartil dan wuquf pada penghujung setiap ayat. Inilah yang afdal, dan inilah yang diketahui daripada bacaan baginda (saw) sepertimana yang diriwayatkan oleh Umm Salamah, bahawa baginda membaca dengan tartil dan wuquf pada setiap hujung ayat. [Riwayat Abu Daud, Tirmizhi dll] 

Inilah yang afdal dan lebih bermanfaat kepada qari dan yang mendengar. Inilah lebih afdal. Tetapi sesiapa yang membaca tanpa wuquf pada setiap hujung ayat maka tidak mengapa, tetapi wuqufnya pada setiap penghujung ayat adalah lebih afdal dan lebih difahami qari dan para pendengar.