Memandangkan masa check-in adalah 3 jam sebelum waktu penerbangan (Flight Qatar Airways) pada 3.30am, maka kita mempunyai sekurang-kurangnya 1jam untuk mengadakan sesi soal-jawab bersama kedua-dua ulama tersebut, maka kitapun menghala ke arah surau.
Alhamdulillah, sesi-soal jawab berjalan lancar dan banyak kemusykilan-kemusykilan agama yang diutarakan, kebanyakannya tentang ilmu hadith dan menuntut ilmu.
Salah satu nasihat mereka adalah agar kita berdakwah dengan tadarruj (langkah demi langkah). Katanya, keadaan di Jordan sudah banyak perubahan dan penerimaan ke arah manhaj salah. Yang pentingnya, kena lakukan cara lembut dan step-by-step. Shaikh Ali menyebut hadith:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الدِّينَ مَتِينٌ فَأَوْغِلُوا فِيهِ بِرِفْقٍ
Sabda nabi: “Sesungguhnya agama ini kuat, maka masuklah ke dalamnya dengan lembut.”
[Musnad Ahmad dari Anas – Shu’aib al-Arna’ut: Hasan lighaihi, dan Al-Albani: Hasan]
Antara nasihat mereka juga, agar penuntut-penuntut ilmu yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan agar tidak memadai dengan pembelajaran di universiti sahaja, tetapi jadikanlah waktu terluang selepas waktu yang digunakan untuk pengajian di universiti sebagai permulaan pengajian sampingan bersama ulama-ulama di merata dunia. Contohnya: sekiranya setiap hari seorang penuntut bertanyakan satu soalan kepada seorang alim, dalam setahun dia sudah mempelajari sekurang-kurangnya 300 masalah agama, dan begitulah seterusnya.
Saya berharap rakaman soal-jawab itu dapat dimuatnaik ke dalam internet, oleh saudara Abu Fatimah, dalam masa terdekat, agar membolehkan sesiapapun mengambil manfaat daripadanya.
[http://www.4shared.com/account/file/142949847/8bd7121d/Sh_Mashoor_Hassan__Sh_Ali_Halabi_QA_MIC-2009-10-20_00h57m38s.html]
Shaikh Ali adalah salah seorang anak murid Shaikh al-Albani, ulama hadith terkenal dari Syam, orang yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab Marzuq Al-Bana, “Shaikh Al-Albani adalah Ibn Taimiyah zaman ini, dan muridnya Shaikh Ali Hasan, Ibn al-Qayyim zaman ini”. Alhamdulillah, saya pernah berguru dengan beliau di kelas-kelas ilmu di rumahnya ketika saya di Jordan. Ketika itu kami mempelajari sebuah kitab ‘Aqidah Sharh as-Sunnah oleh Imam al-Barbahari. Rumahnya mempunyai sebuah ruang maktabah yang dikellingi oleh rak-rak buku yang tinggi yang penuh dengan kitab! Sebelum atau selepas kelas bermula, biasanya beliau asyik membaca sambil menjawab soalan-soalan para penuntut ilmu yang mengelilingi beliau.
Shaikh Masyhur juga adalah salah seorang anak murid Shaikh Al-Albani. Alhamdulillah, saya pernah hadir salah satu daripada kelasnya di sebuah masjid di Jordan. Kelasnya amat menakjubkan kerana beliau memberikan perbahasan-perbahasan mengenai Fiqh dengan panjang lebar lengkap dengan nukilan daripada tokoh-tokoh ilmu dan sumber-sumbernya sekali, tanpa ada buku atau nota di depannya! Salah seorang sahabat saya di Jordan memberitahu saya bahawa maktabah Shaikh Masyhur lebih besar daripada maktabah Shaikh Ali, dan bila ditanya adakah beliau sudah membaca semua kitab-kitab di dalam maktabahnya, beliau menjawab bahawa beliau sesudah membaca semuanya dengan ingatan yang kuat! Dan perkara ini jelas dapat dilihat ketika sesi soal-jawab ini di mana beliau seolah-olah mempunyai banyak maklumat yang ingin disampaikan, lengkap dengan nukilan serta sumber-sumbernya mahu disebutkan! Ustaz Azhari juga perasan perkara ini.
Akhirkata, segala pujian bagi Allah yang telah memberikan tawfiq kepada usaha untuk berjumpa dengan kedua-dua ulama besar ini. Semoga Allah memberkati usaha mereka dalam menyebarkan dakwah manhaj salaf, dan menunaikan hajat kesemua yang hadir ketika itu dan memuatkan ini semua dalam amalan-amalan soleh ikhlas untukNya.
No comments:
Post a Comment