Hadith Encyclopedia



بحث عن

Tuesday, May 31, 2011

SIRI MEMAHAMI DAN TADABBUR AL-QURAN - Surah al-Fatihah (3)

Setiap kali kita membaca al-Fatihah, kita mesti membaca basmalah atau “بِسْمِ اللهِ الرَحْمنِ الرَّحِيمِ”.

Soalan: Adakah membaca basmalah ini wajib atau sunat ketika solat?
Jawapan: Para ulama berbeza pendapat tentang ini, kerana ianya bergantung kepada kedudukan basmalah di dalam surah al-Fatihah. Di antara ulama, ada yang mengatakan basmalah bukan sebahagian daripada surah al-Fatihah, maka mereka berpendapat basmalah tidak perlu dibaca, cuma sunat. Ulama lain pula, termasuk Imam Shafie mengatakan basmalah adalah salah satu daripada ayat-ayat di dalam surah al-Fatihah, maka wajiblah dibaca. Ini, insyaAllah, adalah pendapat yang lebih kuat.

Hikmah dijadikan basmalah pembukaan kepada surah al-Fatihah:
1. Untuk keberkatan memulakan sesuatu dengan nama Allah
2. Untuk meminta pertolongan dengan nama Allah agar dibantu dalam memahami al-Quran dan tidak menyeleweng, dan juga dibantu Allah untuk beramal dengan isi kandungan al-Quran dan Islam secara keseluruhan.
3. Ianya disyariatkan sebagai adab yang dipegang kuat oleh seorang muslim yang beriman dengan Allah. Diriwayatkan bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam): “Setiap perkara yang penting yang tidak dimulakan dengan nama Allah maka ianya cacat.” Walaupun hadith ini lemah menurut para ulama hadith tetapi maknanya diterima dan betul.

Sekiranya kita melihat kepada amalan masing-masing, adakah kita memulakan semua atau kebanyakan urusan dunia atau akhirat dengan nama Allah, samada basmalah atau zikir yang diajar khusus oleh nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam)? Sekiranya ada, adakah kita lakukan dengan niat meminta keberkatan serta ganjaran dan meminta pertolongan Allah dalam melakukan amalan kebajikan, ibadat, mahupun urusan dunia?

Al-Quran adalah panduan kita hidup di dunia daripada Allah, Tuhan yang menjadikan alam dan semua di dalamnya. Sekiranya kita menerima surat daripada sahabat kita, kita buka dan baca kandungannya, dan lakukan apa yang diminta. Inikan pula mesej daripada Allah, yang sampai kepada kita selepas junjungan kita Nabi Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam) berusaha sedaya upaya, bermati-matian untuk menyampaikannya kepada kita!

Wednesday, May 25, 2011

Keadaan Islam di akhir zaman...

Dari Huzhaifah bin Al-Yaman (ra) berkata, “Manusia biasa bertanya pada Rasulullah saw. tentang kebaikan, sedang aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan, kerana khuatir akan mengenaiku.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, kami dahulu di masa Jahiliyah dan penuh kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (Islam). Apakah setelah kebaikan ini ada lagi keburukan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya.”

Saya bertanya: “Apakah setelah keburukan itu ada kebaikan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya, tetapi ada dukhan.”

Saya bertanya: “Apa dukhan itu?”
Rasul saw. menjawab, ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari.”

Saya bertanya, ”Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya, tetapi ada para penyeru ke neraka jahanam; barangsiapa yang menyambut mereka ke neraka, maka mereka melemparkannya ke dalam neraka.”

Saya bertanya, ”Ya Rasulullah, terangkan ciri mereka pada kami?”
Rasul saw. menjawab, ”(Kulit) mereka sama dengan kulit kita, berbicara sesuai bahasa kita.

Saya bertanya, ”Apa yang engkau perintahkan padaku jika aku menjumpai hal itu?”
Rasul saw. bersabda, ”Komitmen dengan jamaah muslimin dan imamnya.”

Saya bertanya, ”Jika tidak ada pada mereka jamaah dan imam?”
Rasul saw. menjawab, ”Tinggalkan semua firqah itu, walaupun engkau harus menggigit akar pohon sampai menjumpai kematian dan engkau tetap dalam keadaan tersebut.”
(Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada Sharh (penerangan) Imam an-Nawawi dan lain-lain kepada hadith di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan ringkas seperti berikut:



  1. Keadaan Jahiliyah sebelum Islam penuh dengan kejahatan dan keburukan. Oleh itu nabi (saw) sentiasa mengelak perbuatan-perbuatan Jahiliyah.

  2. Islam di zaman Rasulullah (saw) adalah Islam yang murni dan tulen, sekaligus ianya pujian ke atas sahabat-sahabat Rasulullah (Saw) yang diajar oleh Rasul dan beramal Islam seperti ianya diturunkan.

  3. Zaman Ali (ra) selepas pembunuhan Othman(ra) adalah zaman keburukan yang dicemari perpecahan di kalangan umat Islam.

  4. Zaman Muawiyah adalah zaman kebaikan di mana umat Islam telah bersatu semula.

  5. Zaman Muawiyah dan seterusnya dicemari oleh dukhan (asap), di mana Islam bercampur dengan perkara-perkara bukan Islam, Sunnah bercampur dengan bid’ah. Inilah maksud: ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari.” Di dalam riwayat lain disebutkan: “Imam-Imam yang tidak mengikut petunjukku, dan tidak mengikut sunnahku.”

  6. Selepas zaman Muawiyah, keadaan Islam makan bertambah teruk sehinggakan muncul Syaitan bertopengkan Islam memanggil ke jalan Neraka. Mereka muncul daripada kaum itu sendiri, tetapi mendakwah kepada kesesatan dan kekufuran.

  7. Nasihat Rasulullah (saw) kepada umat akhir zaman agar terus berpegang kepada kerajaan Islam yang ada, dan Imamnya. Ini seperti riwayat Abu al-Aswad: “Dengar dan taat, walaupun dia sebat belakang kamu, atau merampas harta kamu!” Imam an-Nawawi menukilkan kata-kata Ibn Battal: “Di dalamnya adalah hujjah bagi semua Fuqaha tentang wajibnya berpegang kepada Jama’at al-Muslimin (kerajaan) dan meninggalkan pemberontakan terhadap para pemerintah.”

  8. Sekiranya tiada kerajaan, maka tinggallah semua kelompok–kelompok yang tidak mengikut al-Quran dan Sunnah dan bersabar.

  9. Dicela sesiapa sahaja yang menjadikan sebagai agama sesuatu yang bertentang dengan al-Kitab dan Sunnah

  10. Wajib membantah kebatilan yang bertentangan dengan petunjuk nabi, walau siapapun orang yang mengajak kepadanya.

Oleh itu, janganlah kita terkejut sekiranya ada di antara amalan-amalan, atau kepercayaan-kepercayaan yang kita sudah lama pegang dan amalkan di masyarakat-masyarakat orang Islam, tetapi pada hakikatnya, bukan menurut petunjuk nabi Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam). Inilah juga salah satu sebab yang sangat penting umat Islam berada di dalam kehinaan dan lemah.

Thursday, May 5, 2011

Hadith tentang suara kuat malam Jumaat pertengahan Ramadan

Untuk makluman semua, hadith yang disebarkan ini, seperti yang di bawah ini adalah hadith sangat lemah di sisi ulama hadith dan kebarangkalian palsu.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Saya ada mengumpulkan tiga jawapan ulama yang ditanya tentang hadith ini dalam berbagai lafaznya, dan mereka adalah:
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi (rahimahullah)
2. Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin (http://www.yasaloonak.net/)
3. Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-‘Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah

Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. Oleh kerana jawapan-jawapan mereka panjang-panjang belaka dan penuh dengan hujjah dan keterangan menurut ilmu hadith, maka saya rasa wajar untuk menterjemahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan mereka untuk pengetahuan semua.

Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan:
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -




فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه

“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.”

2. Shaikh Husam ‘Affanah: -




رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن بسند ضعيف فيه محمد بن ثابت البناني قال فيه الحافظ بن حجر ضعيف وفيه ايضاً الحارث بن عبد الله الأعور الهمداني، قال فيه الحافظ ايضاً: كذبه الشعبي في رأيه ورمي بالرفض وفي حديثه ضعف.
وهذا الحديث ذكره صاحب كنز العمال وأشار إلى أن الحديث رواه نعيم وهذا الحديث على كل حال ضعيف ولا تقوم الحجة به.
وقد وردت روايات أخرى ضعيفة كرواية أبي أمامة عن الصيحة التي تكون في النصف من رمضان.. ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال بعد أن ساقها بإسناده " هذا حديث لا يصح.. قال العقيلي وهو متروك الحديث - يعني أحد رواته - وقال ابن حبان كان يسرق الحديث ولايحل الاحتجاج به وقال الدارقطني منكر الحديث.. الخ ".
وأما رواية الحاكم التي أشرت إليها فقد قال الذهبي عنها (ذا موضوع - أي مكذوب- ومسلمة ساقط متروك) وذكره ابن الجوزي في الموضوعات أيضاً.
وبهذا يظهر لنا أن الأحاديث لا تثبت عن الرسول صلى الله عليه وسلم وعلى الناس أن يحذروا من نشر الأحاديث الساقطة وإنما عليهم الرجرع إلى ما صح عن الرسول صلى الله عليه وسلم.
“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.”

Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-‘Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.

Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-‘Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’... [dan seterusnya]”

Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).”

3. Dr. Hatim al-‘Awni: -



لهذا الحديث ألفاظٌ متعدّدة، وروايات عِدّة، وكلّها لا يصحّ منها شيء.
“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.”

Itulah sahaja yang sempat saya terjemahkan. Semoga kita dapat menyebarkan pembetulan ini dan lebih berhati-hati dalam menyebarkan apa sahaja yang dikatakan “SABDA RASULULLAH”.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):



مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
“Sesiapa yang menceritakan hadith yang dilihat sebagai dusta, maka dia termasuk salah satu di antara dua orang yang berdusta.”
[Sahih Muslim]

Maksudnya, pendusta pertama adalah orang yang mencipta hadith ini, dan pendusta kedua adalah sesiapa yang menyebarkannya.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):



مَن كَذَب عليّ مُتعمِّدًا فليتبوَّأْ مَقْعَدَهُ من النار
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka.”
[Sahih Muslim]

Oleh kerana itu, sahabat-sahabat nabi sangat berhati-hati dalam menyebutkan sesuatu itu daripada nabi Muhammad (sallallahu ‘ayahi wasallam).

Adapun tentang 2012 yang banyak diperkatakan, ini adalah soal lain, dan perlu dikaji lebih mendalam, berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih, dan peristiwa-peristiwa dunia yang sudah, sedang dan akan berlaku. Allahu a’lam.

Wednesday, May 4, 2011

Takhrij Hadith tentang Pemerintah

Assalaamu`alaykum,

Agak2nya boleh tolong ana takhrij kan hadith ini tak? Allaahul musta`an

Jazaakumullaahu khayr,
abu [...]
---------------------------

Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan umatnya tentang urusan pemerintahan. Antaranya sabda Baginda yang bermaksud:

Akan wujud kemudian nanti pemerintah yang menjalankan tugas dengan penuh pengetahuan dan melakukan perkara-perkara yang ditugaskan. Di samping itu, akan wujud juga nanti pemerintah yang menjalankan tugas tanpa pengetahuan dan melakukan perkara-perkara yang tidak ditugaskan. Sesiapa yang membetulkan pemerintah sedemikian, bermakna dia telah menjalankan tugasnya dan sesiapa yang menyekat pemerintahan sedemikian, ia akan selamat”.
(Maksud Hadis Riwayat Abu Ya’la)

------------------------------
Jawapan:

Hadithnya di Musnad Abi Ya'la:


حدثنا أبو بكر بن زنجويه حدثنا أبو المغيرة : عبد القدوس بن الحجاج حدثنا الأوزاعي حدثني الزهري عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال : قال رسول الله - صلى الله عليه و سلم - : سيكون بعدي خلفاء يعملون بما يعلمون ويفعلون ما يؤمرون وسيكون بعدي خلفاء يعملون بما لا يعلمون ويفعلون بما لا يؤمرون فمن أنكر عليهم بريء ومن أمسك يده سلم ولكن من رضي وتابع !! قال حسين سليم أسد : إسناده صحيح

أقول: والحديث في مسند أبي يعلى وأورده الهيثمي في مجمع الزوائد "7/270" وقال رواه أبو يعلى ورجاله رجال الصحيح غير أبي بكر محمد بن عبد الملك بن زنجويه وهو ثقة


Terjemahannya: "Akan datang selepasku khulafa (pemerintah2) yang menjalankan tugas dengan penuh pengetahuan dan melakukan perkara-perkara yang ditugaskan. Dan akan datang selepasku khulafa (pemerintah2) yang menjalankan tugas tanpa pengetahuan dan melakukan perkara-perkara yang tidak ditugaskan. Sesiapa yang mengingkari (di dalam hati)pemerintah sedemikian, bermakna dia telah lepas daripada tanggungjawabnya dan sesiapa menahan tangannya (mencegah kemungkaran sekadar upaya), ia akan selamat, tetapi (yang tidak selamat) adalah sesiapa yang redha dan ikut”.
[Musnad Abi Ya'la (no. 5902). Al-Haythami menyebut di dalam Majma' az-Zawa'id (7/270): Diriwayatkan oleh Abu Ya'la, dan perawi2nya Sahih kecuali Abu Bakr Muhammad bin Abd al-Malik bin Zinjawih, seorang yang boleh dipercayai]

Hadith serupa ini boleh dijumpai di dalam Sahih Ibn Hibban, dengan dua isnad bersambung kepada al-Walid daripada al-Awza'i, daripada az-Zuhri, daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah, dan kedua-duanya disahihkan oleh Shu'aib al-Arna'ut:


أخبرنا عبد الله بن محمد بن سلم قال : حدثنا عبد الرحمن بن ابراهيم قال حدثنا الوليد قال : حدثنا الأوزاعي عن الزهري عن أبي سلمة : عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ( سيكون من بعدي خلفاء يعملون بما يعلمون ويفعلون ما يؤمرون وسيكون من بعدهم خلفاء يعملون ما لا يعلمون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن أنكر برئ ومن أمسك سلم ولكن من رضي وتابع )

قال شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح


أخبرنا عبد الله بن محمد الأزدي قال : حدثنا إسحاق بن إبراهيم قال : أخبرنا الوليد قال : حدثني الأوزاعي قال : حدثني الزهري عن أبي سلمة : عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ( سيكون بعدي خلفاء يعملون بما يعلمون ويفعلون ما يؤمرون ثم يكون من بعدهم خلفاء يعملون بما لا يعلمون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن أنكر عليهم فقد برئ ولكن من رضي وتابع )

قال شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين

[الحديثان في صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان]


Hadith serupa ini juga boleh dijumpai di dalam as-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Bayhaqi, dengan sanad yang lain, juga bertemu dengan sanad-sanad di atas pada al-Walid:



أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ : إِسْحَاقُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ السُّوسِىُّ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ : مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ أَخْبَرَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْوَلِيدِ بْنِ مَزْيَدٍ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِىُّ حَدَّثَنِى الزُّهْرِىُّ عَنْ أَبِى سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- :« سَيَكُونُ بَعْدِى خُلَفَاءُ يَعْمَلُونَ بِمَا يَعْلَمُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ وَسَيَكُونُ بَعْدَهُمْ خُلَفَاءُ يَعْمَلُونَ بِمَا لاَ يَعْلَمُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لاَ يُؤْمَرُونَ فَمَنْ أَنْكَرَ عَلَيْهِمْ بَرِئَ وَمَنْ أَمْسَكَ يَدَهُ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِىَ وَتَابَعَ ».

[السنن الكبرى للبيهقي]