Hadith Encyclopedia



بحث عن

Sunday, February 28, 2010

Sirah Nabi Muhammad 3 - Sebelum kerasulan

Riwayat-riwayat yang sabit berkenaan kehidupan baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) sebelum diutuskan sebagai Rasul menunjukkan kepada kita beberapa hakikat berikut:

1. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Daripada al-Abbas (radhiyallahu ‘anhu), baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka”.
[Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih]

Oleh kerana keturunan baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam).

2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu baginda mengandungkan baginda dua bulan. Apabila baginda berusia 6 tahun, ibu baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibubapa. Selepas itu, baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib. Ketika berumur 8 tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Dengan itu baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara baginda, Abu Talib sehingga baginda besar dan dewasa. Keyatiman baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan?
[Ad-Dhuha: 6]

3. Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, di bawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

4. Keunggulan baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada wajahnya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat baginda. Apabila Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam) datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika baginda duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttalib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.

5. Pada awal remaja, baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam), bahawa baginda bersabda:

مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْ رَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله قَالَ : وَأنَا) وفي رواية : وَأَنَا رَعَيْتُهَا لأ هْل مَكَّتً عَلىَ قَرَاريطَ)

“Semua nabi pernah mengembala kambing.” Mereka bertanya: “Kamu juga, wahai Rasulullah?” baginda menjawab: “Aku juga begitu.”
Dalam riwayat lain, baginda menjawab: “Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat.”

Kemudian, apabila umur baginda mencapai 25 tahun, baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

6. Baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan baginda tertidur dan terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

7. Sejak baginda mula mumayyiz, baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya sehinggakan mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam). Apabila mereka melihat baginda, mereka berkata: “Ini al-Amin, kami rela dengan keputusannya. Lalu baginda menyelesaikan masalah itu dengan membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah.

8. Semasa remaja, baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya sendiri. Apabila baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar baginda. baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak baginda sebelum kenabian yang beliau ungkapkan ketika menenangkan baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak."

9. Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara baginda, Abu Talib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.

10. Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam), untuk pergi ke Gua Hira. Baginda berkhalwat di dalamnya selama sebulan untuk memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada baginda.

Wednesday, February 24, 2010

Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Artikel baik daripada: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=184

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang


Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya.

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan sains.

Disamping itu, sekiranya diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum), ia akan menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungannya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah).

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144).

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.” Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” (Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w. pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:

· Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H

· Dalam bulan Rabiul Awwal

· Antara 1hb. Hingga 12hb.

· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52)

· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).

· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut:

o Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.

o Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Jumlah hari bagi bulan Tarikh Hari Isnin dalam bulan Rabiul Awwal

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29) 1 8 15

Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29) 1 8 15


Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30) 1 8 15

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30) 7 14 21


Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29) 7 14 21


Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30) 7 14 21


Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya. Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya. Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama hadis.

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad, Abu Nua’im Fadhal bin Dukain dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” jilid 7, hal. 579). Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit pindaan)

Sunday, February 21, 2010

THE MOST INFLUENTIAL PERSON IN HISTORY - Michael H. Hart wrote...

If God was to send the Last Message to the World, as a Guidance till the end of time, who do you think He would have chosen for this very important message? The most influential person, with the best guidance Book, surely!

Who could that be? Let's listen to a neutral researcher. The following is from Michael Hart's book and lists Prophet Muhammad as the most influential man in History. A Citadel Press Book, published by Carol Publishing Group Ranking of the twenty from the list of 100:

1. Prophet Muhammad
2. Isaac Newton
3. Jesus Christ
4. Buddha
5. Confucius
6. St. Paul
7. Ts'ai Lun
8. Johann Gutenberg
9. Christopher Columbus
10.Albert Einstein
11.Karl Marx
12.Louis Pasteur
13.Galileo Galilei
14.Aristotle
15.Lenin
16.Moses
17.Charles Darwin
18.Shih Huang Ti
19.Augustus Caesar
20.Mao Tse-tung

MUHAMMAD, No. 1
The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History, by Michael H. Hart. He wrote :

"My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive.

The majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilization, highly cultured or politically pivotal nations. Muhammad, however, was born in the year 570, in the city of Mecca, in southern Arabia, at that time a backward area of the world, far from the centers of trade, art, and learning. Orphaned at age six, he was reared in modest surroundings. Islamic tradition tells us that he was illiterate. His economic position improved when, at age twenty-five, he married a wealthy widow. Nevertheless, as he approached forty, there was little outward indication that he was a remarkable person.

Most Arabs at that time were pagans, who believed in many gods. There were, however, in Mecca, a small number of Jews and Christians; it was from them no doubt that Muhammad first learned of a single, omnipotent God who ruled the entire universe. When he was forty years old, Muhammad became convinced that this one true God (Allah) was speaking to him, and had chosen him to spread the true faith.

For three years, Muhammad preached only to close friends and associates. Then, about 613, he began preaching in public. As he slowly gained converts, the Meccan authorities came to consider him a dangerous nuisance. In 622, fearing for his safety, Muhammad fled to Medina (a city some 200 miles north of Mecca), where he had been offered a position of considerable political power.

This flight, called the Hegira, was the turning point of the Prophet's life. In Mecca, he had had few followers. In Medina, he had many more, and he soon acquired an influence that made him a virtual dictator. During the next few years, while Muhammad's following grew rapidly, a series of battles were fought between Medina and Mecca. This was ended in 630 with Muhammad's triumphant return to Mecca as conqueror. The remaining two and one-half years of his life witnessed the rapid conversion of the Arab tribes to the new religion. When Muhammad died, in 632, he was the effective ruler of all of southern Arabia.

The Bedouin tribesmen of Arabia had a reputation as fierce warriors. But their number was small; and plagued by disunity and internecine warfare, they had been no match for the larger armies of the kingdoms in the settled agricultural areas to the north. However, unified by Muhammad for the first time in history, and inspired by their fervent belief in the one true God, these small Arab armies now embarked upon one of the most astonishing series of conquests in human history. To the northeast of Arabia lay the large Neo-Persian Empire of the Sassanids; to the northwest lay the Byzantine, or Eastern Roman Empire, centered in Constantinople. Numerically, the Arabs were no match for their opponents. On the field of battle, though, the inspired Arabs rapidly conquered all of Mesopotamia, Syria, and Palestine. By 642, Egypt had been wrested from the Byzantine Empire, while the Persian armies had been crushed at the key battles of Qadisiya in 637, and Nehavend in 642.

But even these enormous conquests, which were made under the leadership of Muhammad's close friends and immediate successors, Ali, Abu Bakr and 'Umar ibn al-Khattab, did not mark the end of the Arab advance. By 711, the Arab armies had swept completely across North Africa to the Atlantic Ocean There they turned north and, crossing the Strait of Gibraltar, overwhelmed the Visigothic kingdom in Spain.

For a while, it must have seemed that the Moslems would overwhelm all of Christian Europe. However, in 732, at the famous Battle of Tours, a Moslem army, which had advanced into the center of France, was at last defeated by the Franks. Nevertheless, in a scant century of fighting, these Bedouin tribesmen, inspired by the word of the Prophet, had carved out an empire stretching from the borders of India to the Atlantic Ocean-the largest empire that the world had yet seen. And everywhere that the armies conquered, large-scale conversion to the new faith eventually followed.

Now, not all of these conquests proved permanent. The Persians, though they have remained faithful to the religion of the Prophet, have since regained their independence from the Arabs. And in Spain, more than seven centuries of warfare, finally resulted in the Christians reconquering the entire peninsula. However, Mesopotamia and Egypt, the two cradles of ancient civilization, have remained Moslem, as has the entire coast of North Africa. The new religion, of course, continued to spread, in the intervening centuries, far beyond the borders of the original Moslem conquests. Currently it has tens of millions of adherents in Africa and Central Asia and even more in Pakistan and northern India, and in Indonesia. In Indonesia, the new faith has been a unifying factor. In the Indian subcontinent, however, the conflict between Moslems and Hindus is still a major obstacle to unity.

How, then, is one to assess the overall impact of Muhammad on human history? Like all religions, Islam exerts an enormous influence upon the lives of its followers. It is for this reason that the founders of the world's great religions all figure prominently in this book. Since there are roughly twice as many Christians as Moslems in the world, it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus. There are two principal reasons for that decision. First, Muhammad played a far more important role in the development of Islam than Jesus did in the development of Christianity. Although Jesus was responsible for the main ethical and moral precepts of Christianity (insofar as these differed from Judaism), St. Paul was the main developer of Christian theology, its principal proselytizer, and the author of a large portion of the New Testament.

Muhammad, however, was responsible for both the theology of Islam and its main ethical and moral principles. In addition, he played the key role in proselytizing the new faith, and in establishing the religious practices of Islam. Moreover, he is the author of the Moslem holy scriptures, the Koran, a collection of certain of Muhammad's insights that he believed had been directly revealed to him by Allah. Most of these utterances were copied more or less faithfully during Muhammad's lifetime and were collected together in authoritative form not long after his death. The Koran therefore, closely represents Muhammad's ideas and teachings and to a considerable extent his exact words. No such detailed compilation of the teachings of Christ has survived. Since the Koran is at least as important to Moslems as the Bible is to Christians, the influence of Muhammad through the medium of the Koran has been enormous. It is probable that the relative influence of Muhammad on Islam has been larger than the combined influence of Jesus Christ and St. Paul on Christianity. On the purely religious level, then, it seems likely that Muhammad has been as influential in human history as Jesus.

Furthermore, Muhammad (unlike Jesus) was a secular as well as a religious leader. In fact, as the driving force behind the Arab conquests, he may well rank as the most influential political leader of all time.

Of many important historical events, one might say that they were inevitable and would have occurred even without the particular political leader who guided them. For example, the South American colonies would probably have won their independence from Spain even if Simon Bolivar had never lived. But this cannot be said of the Arab conquests. Nothing similar had occurred before Muhammad, and there is no reason to believe that the conquests would have been achieved without him. The only comparable conquests in human history are those of the Mongols in the thirteenth century, which were primarily due to the influence of Genghis Khan. These conquests, however, though more extensive than those of the Arabs, did not prove permanent, and today the only areas occupied by the Mongols are those that they held prior to the time of Genghis Khan.

It is far different with the conquests of the Arabs. From Iraq to Morocco, there extends a whole chain of Moslem nations united not merely by their faith in Islam, but also by their Arabic language, history, and culture. The centrality of the Koran in the Moslem religion and the fact that it is written in Arabic have probably prevented the Arab language from breaking up into mutually unintelligible dialects, which might otherwise have occurred in the intervening thirteen centuries. Differences and divisions between these Arab states exist, of course, and they are considerable, but the partial disunity should not blind us to the important elements of unity that have continued to exist. For instance, neither Iran nor Indonesia, both oil-producing states and both Islamic in religion joined in the oil embargo of the winter of 1973-74. It is no coincidence that all of the Arab states, and only the Arab states, participated in the embargo.

We see, then, that the Arab conquests of the seventh century have continued to play an important role in human history, down to the present day. It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history."

Thursday, February 18, 2010

Sirah Nabi Muhammad 2 - Sumber rujukan

Hanya terdapat empat sumber rujukan utama Sirah Nabi s.a.w yang diperakui:

1. Al-Quran al-Karim

Al-Quran merupakan sumber rujukan asasi yang kita cedok daripadanya Sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam). Al-Quran al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) semasa kecil; memaparkan akhlak baginda yang mulia dan terpuji; membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) di jalan dakwah; menyebut tentang beberapa gelaran yang diberikan oleh orang musyrik kepada baginda demi menyekat agama Allah ‘Azza wa Jalla daripada tersebar, seperti ahli sihir dan orang gila; memaparkan hijrah Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam); membentangkan pertempuran-pertempuran penting yang baginda lalui selepas Hijrah; memperkatakan tentang sesetengah mukjizat baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj; dan lain-lain. Oleh kerana al-Quran merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya terfikir untuk meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya. Namun dapat diperhatikan bahawa al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas. Ia sekadar membincangkan pengajaran dan pedoman yang boleh diambil. Demikianlah sikap al-Quran dalam setiap kisah berkenaan para nabi dan umat terdahulu.

2. Sunnah yang Sahih

Sunnah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah: Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Begitu juga kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini, terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan,
dipercayai dan pembuktiannya. Sementara kitab-kitab lain mengandungi hadis-hadis sahih dan hasan, dan juga hadis daif. Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), peristiwa, peperangan dan amalan baginda terkandung dalam kitab-kitab ini. Daripadanya, kita dapat membentuk pemikiran yang menyeluruh berkenaan Sirah Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam) (sekalipun ia kadang-kadang tidak saling melengkapi). Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung hingga kepada para sahabat (radhiyallahu ‘anhu). Merekalah yang bergaul dengan Rasulullah dan sentiasa bersama baginda. Allah juga telah memenangkan agamaNya melului mereka, Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) sendiri yang mendidik mereka. Oleh itu mereka adalah generasi paling sempurna dalam sejarah. Sama ada dari segi keluhuran akhlak, kekuatan iman, kejujuran percakapan, ketinggian roh dan kesempurnaan akal. Maka, riwayat dengan sanad yang sahih dan bersambung adalah wajib diterima sebagai satu hakikat sejarah tanpa ragu lagi. Para orientalis pula, yang juga disokong oleh orang Islam yang terpengaruh dan berpegangan agama yang rapuh, mempunyai misi tersembunyi untuk meragukan kesahihan kitab-kitab sunan yang berada di hadapan kita ini. Tujuan mereka semua ialah meruntuhkan Syariah dan menimbulkan keraguan terhadap peristiwa dalam Sirah. Namun Allah yang bertanggungjawab memelihara agamaNya, telah menyediakan golongan yang menolak kebatilan dan tipu daya tersebut sehingga menjerut batang leher mereka sendiri.

3. Syair Arab pada Zaman Kerasulan

Tidak diragui bahawa orang musyrik telah menyerang Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan dakwah baginda melalui lidah para penyair mereka. Ini memaksa orang Islam menjawabnya melalui lidah para penyair mereka pula seperti Hasan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan lain-lain lagi. Buku-buku sastera dan sirah yang ditulis selepas zaman itu mengandungi banyak syair-syair sebegini. Melalui syair-syair ini, kita dapat membuat kesimpulan tentang fakta-fakta berkaitan suasana persekitaran (sallallahu ‘alayhi wasallam) hidup dan dakwah Islam mula lahir.

4. Kitab-kitab Sirah

Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) hanya merupakan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat (radhiyallahu ‘anhu) kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan perinciannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu Bakar al-Ansari (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri (50-124H), juga 'Asim bin 'Umar bin Qatadah al-Ansari (meninggal dunia 129H). Kemudian, generasi selepas mereka telah menulis sirah dalam penulisan yang khusus. Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H), yang disepakati thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair, yang dianggap sebagai persengketaan peribadi antara mereka oleh kebanyakan ulama muhaqqiqin. Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Dukacitanya, kitab ini tidak sampai kepada kita. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara di dalam kitab Sirah Ibnu Hisyam.

Sirah Ibnu Hisyam

Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H. Kitabnya as-Sirah an-Nabawiyah mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya, selain Ibnu Ishaq. Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus: as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H).

Tobaqot Ibnu Saad

Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad). Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul (‘alayhis-salam) dengan menyebut nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.

Tarikh at-Tobari

Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah, tidak terbatas kepada Sirah Rasul (‘alayhis-salam), bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah baginda (‘alayhis-salam), seterusnya menyambung perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia. Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walaubagaimanapun, banyak riwayat daif atau batil yang beliau sebut, yang beliau sandarkan riwayatnya kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.

Perkembangan penulisan Sirah

Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis secara khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian) oleh al-Asbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad) oleh at-Tirmizi, Zadul-Ma'ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, as-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi 'Iyadh dan al-Mawahib al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada tahun 1122H. Di antara kitab paling terkenal pada zaman moden kita ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh Muhammad al-Khudhori rahimahullah.

Wednesday, February 17, 2010

Syirik dalam doa...

Dahulu, saya pernah menulis tentang 'datuk' yang disembah di sebuah kilang.
[Lihat: http://abukhadeejah.blogspot.com/2009/07/shirk-syirik-polytheism-datuk-named.html]

Di sini saya sertakan contoh kesyirikan yang dilakukan oleh mereka yang menyembah 'datuk' itu, yang terdiri daripada beberapa orang India dan Cina:

------------------------ Start of quote

ASSALAMUILAKUM, DATUK SERI IZAM.

HARI INI 12/2/2010,


CUCU MEWAKILI (**delete**) PLANT (*) MENGADAKAN SEMBAHYANG UTK


TUTUP KILANG PADA HARI ESOK 5:40 PM.


CUCU SEDIAKAN BUAH LIMAU, BUAH PISANG DAN JUGA MINUMAN UTK DATUK.


CUCU MINTA DATUK BERI SEMUA PEKERJA (**delete**) SIHAT DAN SELAMAT BALIK KAMPUNG.


KAMI AKAN BUKA KILANG ISNIN DEPAN DAN ADAKAN SEMBAHYANG.


AKHIR SEKALI, CUCU MINTA DATUK MELINDUNGI KILANG INI DARI KEBURUKAN.


SEKIAN, TERIMA-KASIH. WALA!!!


-------------------------------------- End of quote

Firman Allah:


 إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa saja yang dikehendakiNya”.
[ An Nisa’: 48 ]

Firman Allah:

قل أفرأيتم ما تدعون من دون الله إن أرادني الله بضر هل هن كاشفات ضره أو أرادني برحمة هل هن ممسكات رحمته قل حسبي الله عليه يتوكل المتوكلون

“Katakanlah (hai Muhammad kepada orang-orang musyrik) : Terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah mereka (sembahan-sembahan) itu dapat menghilangkan kemudaratan itu ? Atau jika Allah menghendaki untuk melimpahkan suatu rahmat kepadaku apakah mereka mampu menahan rahmatNya ? Katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, hanya kepadaNyalah orang orang yang berserah diri bertawakkal.”
[Az zumar: 38]

إن الذين تعبدون من دون الله لا يملكون لكم رزقا فابتغوا عند الله الرزق واعبدوه واشكروا له إليه ترجعون

“Sesungguhnya mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu, maka mintalah rezeki itu pada Allah dan sembahlah Dia (saja) serta bersyurkurlah kepadaNya. Hanya kepada-Nya lah kamu sekalian dikembalikan.”
[ Al Ankabut: 17]

 ومن أضل ممن يدعو من دون الله من لا يستجيب له إلى يوم القيامة وهم عن دعائهم غافلون وإذا حشر الناس كانوا لهم أعداء وكانوا بعبادتهم كافرون

“Dan tiada yang lebih sesat daripada orang yang memohon kepada sembahan-sembahan selain Allah, yang tiada dapat mengkabulkan permohonannya sampai hari kiamat dan sembahan sembahan itu tidak tahu-menahupun tentang permohonan mereka. Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari ibadat (doa) mereka.”
[ Al Ankabut, 5-6 ]

 أيشركون ما لا يخلق شيئا وهم يخلقون ولا يستطيعون لهم نصرا ولا أنفسهم ينصرون

“Apakah mereka mempersekutukan (Allah) dengan (sembahan-sembahan) yang tidak menciptakan apa-apapun, sedangkan mereka itu sendiri adalah makhluk ciptaan (Allah)? Dan mereka tidak mampu untuk memberi pertolongan kepada penyembah-penyembahnya, mahupun menolong diri mereka sendiri.”
[Al A’raf: 191-192]

Syirik ada dua jenis :

Pertama : syirik akbar ( besar ) iaitu menyekutukan sesuatu selain Allah dengan Allah, dalam hal hal yang merupakan hak khusus bagiNya.
Kedua : syirik asghar (kecil), iaitu : perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur’an dan Hadith sebagai suatu syirik, tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar.

Perbezaan diantara keduanya :

a-Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedang syirik kecil hanya menghapuskan amalan yang disertainya saja.
b-Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik kecil tidak sampai demikian.
c-Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik kecil tidak menyebabkan keluar dari Islam

Semoga Allah menjauhi kita daripada syirik seperti ini dan memberikan hidayah kepada mereka.

Tuesday, February 16, 2010

Sirah Nabi Muhammad 1 - Keistimewaannya...

Sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Keistimewaannya secara ringkas:


Pertama: Sirah Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti, yang tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Dengan ini, mudah kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang, seperti Buddha dan Confucious.

Kedua: Kehidupan Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih terperinci, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam). Ini menjadikan sirah Baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) jelas dan terang seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: "Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam) adalah satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari." Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang terdahulu.

Ketiga: Sirah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita bandingkan hal ini dengan cerita-cerita yang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup Isa (‘alayhis-salam), penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Baginda (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan sirah mereka. Maka, Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam) akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya.

Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat.”
[Al-Ahzab: 21]

Keempat: Sirah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam) selaku pemuda yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalah-Nya. Sirah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) meliputi semua aspek kemanusiaan dalam masyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah, panglima, bapa, suami, teman sejati, jiran, pendidik, ahli politik, ketua negara dan demikianlah seterusnya.Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatan sejarah berkenaan sirah rasul terdahulu, pengasas agama dan falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Satu-satunya manusia dalam sejarah yang boleh menjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai bakat dan semua manusia ialah Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam).

Kelima: Sirah Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam) adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersama dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwa-peristiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata dengan cara yang normal. Ketika hampir wafat, dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang, dalam tempoh masa yang terlalu singkat iaitu 25 tahun. Semua ini memberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah. Allah tidak akan mendokong sesiapa yang mendustakan-Nya.

Mukjizat yang berlaku bukanlah faktor utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana mukjizat tersebut. Mereka beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat’ie dan masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepada rasul-rasul tersebut, tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkan manusia, al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadap kebesaran ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf, sekaligus membuktikan kebenaran risalah Baginda.

Allah Taala berfirman: "Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman."
[Al-Ankabut: 50-51]

Firman Allah lagi: “Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?"
[Al-Isra': 90-93]

Monday, February 15, 2010

Muhammad - Rasul Allah

Siapakah nabi yang telah diutuskan kepadamu?

Soalan kubur yang kita semua pasti ditanya, namun dapatkan kita menjawabnya?
Adakah rahsia menjawab soal kubur ini pada menghafal?
Atau ianya ketetapan hati yang dikurniakan Allah bagi dia yang layak menerimanya?
Apakah syarat-syarat kelayakan?

Syarat-syarat kelayakan:
1) Mentaati nabi Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam) dalam setiap perkara yang beliau perintahkan

Firman Allah: "Katakanlah (wahai Muhammad!): Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mencintaimu." [Ali 'Imran: 31]

2) Mempercayai apa yang nabi Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam) sampaikan

Firman Allah: "Dia tidak berbicara dari hawa nafsunya. Hanyalah ia wahyu yang diwahyukan (oleh Allah)." [an-Najm: 3-4]

3) Menjauhi apa yang nabi Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam) larang

Firman Allah: "Segala apa yang (nabi Muhammad) larang maka berhenti (dari melakukannya)." [al-Hashr: 7]

4) Tidak beribadah kepada Allah kecuali sesuai dengan apa yang telah disyariatkan melalui ucapan nabiNya (sallallahu 'alayhi wassalam).

Sabda nabi: "Barangsiapa beramal dengan amalan yang tidak kami perintahkan, maka ianya tertolak." [Sahih Muslim]

Tuesday, February 9, 2010

Pilihlah... yang mana satu?!

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا ، وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا ، كُلًّا نُمِدُّ هَؤُلَاءِ وَهَؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا ، انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلْآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا

Firman Allah (mafhumnya): "Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. "

Sabarlah... jangan dikejar dunia sekaligus dilupakan Akhirat!
Kamu akan dapat rezeki, kemewahan, pangkat... yang di dunia, hanya sekadar apa yang Allah telah takdirkan sahaja.... Itupun untuk kehidupan dunia yang amat singkat!
Janganlah rabun jauh!

Akhiratmu bermula dengan MAUT!!







Firman Allah (mafhumnya): "Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."

Usahalah di dunia untuk Akhiratmu... Dalam keadaan beriman...
Adakah kamu rasa berbaloi untuk melupakan ganjaran yang dijanjikan di Akhirat?!
Penuhilah syarat-syarat... Allah tunaikan janjiNya!!
Syaratnya:
(1) Berusaha sungguh-sungguh untuk Akhirat
(2) Beriman dengan Islam seluruhnya

Firman Allah (mafhumnya): "Kepada masing-masing, baik golongan ini maupun golongan itu, Kami berikan rezeki dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi. Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan Akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya."
[Al-Isra: 18-21]

Tidakkah kamu lihat, yang beriman pun dapat rezeki dari Allah, dan yang tidak beriman pun dapat!?

Perbezaannya di mana??

AKHIRAT!!!

Sunday, February 7, 2010

Contoh Teladan baik

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (ganjaran) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [al-Ahzab:29]

Nabi Muhammad sebagai Contoh Teladan

Pada rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) ada contoh teladan bagi seluruh umat Islam, dalam semua perkara, termasuk solat, puasa, haji, adab-adab makan & minum, adab-adab tandas, jual beli, dan lain-lain. Inilah tujuan seorang Rasul dilantik daripada kalangan manusia, agar seluruh umat dapat jadikan beliau contoh ikutan.

Siapakah pengikut Rasul yang sejati?

Pengikut Rasul yang sejati, yang benar-benar akan memanfaatkan contoh teladan nabi, adalah dia yang mempunyai 3 ciri-ciri berikut:

a. Mengharap kepada Allah, termasuk ikhlas kepadaNya.
b. Mengharapkan rahmat Allah dan ganjaran baik apabila datangnya Hari Kiamat, termasuk nikmat melihat Allah, dan Syurga.
c. Banyak mengingati Allah

Namun, hakikatnya, betapa ramai umat Islam mengikut contoh orang-orang kafir, yang mereka letak sebagai idola mereka, samada sedar atau tidak sedar.

Bagaimanakah umat Islam boleh bersatu sekiranya:

1. hati mereka tidak berharap kepada tuhan yang satu, iaitu Allah;
2. hati mereka tidak takut dengan Hari Kiamat yang pasti datang;
3. hati mereka cinta kepada selain nabi Muhammad, sehinggakan contoh teladannya diabaikan, malah meniru gerak langkah serta pemikiran orang-orang fasiq atau kafir.
4. hati mereka tidak mengingati Allah, walaupun di dalam Solat mahupun ketika berdoa.

Faedah-faedah daripada ayat:

1. Nabi Muhammad adalah contoh teladan bagi orang-orang yang beriman.

2. Sunnah Nabi adalah contoh yang kita diperintahkan oleh Allah untuk diikuti, dan sekiranya ada perselisihan, maka kembalilah kepada contoh yang ditetapkan oleh Allah, dan bukan amalan yang kita ada-adakan.

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Firman Allah (mafhumnya): “Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” [an-Nisa: 59]

3. Iman kepada Allah dan Hari Kiamat adalah dua rukun yang paling penting di antara rukun-rukun Iman, kerana ianya merangkumi kesemua rukun-rukun Iman, dan itulah sebabnya seringkali hanya kedua rukun ini disebut di dalam al-Quran dan Hadith.

4. Pengikut nabi yang sejati tidak tinggal atau hidup di dunia ini dengan sepenuh hatinya, tetapi hatinya terpaut kuat dengan harapannya di Akhirat, kerana kehidupan sejati yang terdapat di Akhirat, iaitu Syurga.

5. Zikir atau Zikrullah tidak terhad kepada tasbih (zikir ‘subhanallah’), tahmid (zikir ‘alhamdulillah’), tahlil (zikir ‘la ilaha illah’), takbir (zikir ‘Allahu akbar’) dan sebagainya yang merupakan amalan lisan, tetapi ianya merangkumi amalan anggota badan seperti solat, haji, dan lain-lain amalan menurut Sunnah Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).

Imam an-Nawawi (rahimahullah) berkata:

اعلم أن فضيلة الذكر غير منحصرة في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير ونحوها ، بل كل عامل لله تعالى بطاعة فهو ذاكر لله تعالى ، كذا قاله سعيد بن جبير رضي الله عنه وغيره من العلماء.

“Ketahuilah, bahawa kelebihan berzikir tidak terhad kepada Tasbih, Tahlil, Tahmid, Takbir dan sepertinya. Malah setiap orang yang beramal dengan sesuatu amalan ketaatan kepada Allah, maka dia sedang berzikir (mengingati) kepada Allah. Begitulah kata Sa’id ibn Jubair (radiyallahu ‘anhu) dan para ulama selainnya.”
[al-Azkar]

Thursday, February 4, 2010

Interesting Article on recent ISA arrest

The Arrest of Some Nigerians and other Nationals in Malaysia: The Truth of the Matter


By

Olawepo John

On the 19th January, 2010, the Malaysian security arrested some individuals. Those arrested have been described by the flagship of the Malaysian newspaper, New Strait Times, as having links with international terrorist organizations. (New Strait Times, 28 January, 2010). The arrest which was effected in Kampung Sungai Chincin as reported Alang Bendahara of the New Strait Times, was carried out under the provision of the International Security Act (ISA). (New Strait Times, 29 January, 2010).

Bendahara’s report was based on the pronouncement of the Chairman of the Gerekan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh. Syed Ibrahim claimed that 50 people, including some Malaysians, who have been Malaysian dwellers since 2003 were picked up on the 21st January, 2010, under the ISA. (The Malaysian Insider, 28 January, 2010).

Syed Ibrahim further announced that 14 people out the 50 earlier arrested were detained under the ISA. He was able to identify the identity of nine of the fourteen detainees as: Azzahari Murad (Malaysia); Aiman Al Dakkak (Syria); Mohamed Hozifa (Syria); Kutiba Al-Issa (Syria); Khalid Salem (Yemen); Luqman Abdul Salam (Nigeria); Hassan Barudi (Syria); Hussam Khalid (Jordan); and Abdul Alhi Bolajoko Uthman (Nigeria). (The Malaysian Insider, 28 January, 2010).

In his reaction to this matter, Datu Seri Hishammuddin Hussein, the Malaysian Home Affairs Minister, said those arrested were nine foreigners who had just arrived Malaysia when they were caught. (New Strait Times, 28 January, 2010).

Hishammuddin proclaimed, “they would not have had time to do much and establish themselves here. They posed a serious threat to the country and have been detained under the ISA. (New Strait Times, 28 January, 2010).

When Hishammuddin’s account is crossed examined with that of the Chairman of the Gerekan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, evident contradictions would be observed.

The first inconsistency is that unlike Syed Ibrahim, Hishammuddin claimed that it was only foreigners that were arrested. This leaves much to be desired as further analysis would suggest that the Malaysian government may be playing racial and alarmist card.

The second discrepancy is that while Hishammuddin claimed those arrested recently arrive Malaysian, Syed Ibrahim reported that they arrived in 2003. Investigated reports show that Syed Ibrahim got it right to a reasonable extent. Some of them arrived Malaysia as earlier as 2000 and are still legal residents.

Hishammuddin who was somewhat sure of his fact went as far as challenging Syed Ibrahim’s claim. A government controlled newspaper confirmed this by stating that, “he rubbished reports claiming there were 50 people arrested under the ISA last week and that 38 of them were released the following day,” (New Strait Times, 28 January, 2010).

To validate its claim, Hishammuddin was quoted by New Strait Times as saying, “this is not true. We were working with other international anti-terrorism agencies and nabbed the 10 suspects who are on the international wanted list.” (28 January, 2010).

However, independent investigated reports show that some of those arrested and detained arrived Malaysia before 2003. The Syrian teacher, Aiman Al Dakkak, who was conducting the religious classes has just completed his doctorate in hadith, in the prestigious University of Malaya, (UM). It is further learnt that those who were arrested with him were once his colleagues at the International Islamic University Malaysia, (IIUM), where Aiman earlier began his studies.

Following the inability of Aiman to pass the English Language test which the IIUM conducts on its students, he was required to pass through graded English Language class at the University’s centre for English Language enhancement.

Aiman who was to write his doctorate in Arabic language was unable to scale the hurdle at the language centre. Dissatisfied with how his academic life was progressing, Aiman decided to leave the IIUM for UM, where English is not a prerequisite for some of those whose doctorate is research-based and are expected to pen their dissertation in Arabic.

However, Aiman is said to have even been one of those who were conducting weekly devotional talks at the IIUM main mosque. The permission to do this is often issued by the IIUM management. There is no report which linked any of the sessions he conducted to radicalism.

Others who attended Aiman’s talk which he conducted in one of the IIUM muhalla (Hostel) mosque during the recently concluded Ramadan remarked that he preached against terrorism. He was reported to have even prayed against Osama bin Ladden and his group. Aiman is also reported to have been involved in providing some humanitarian services to some local residents who are leaving in Kampung, that is, villagers.

If Aiman and those students have been on the wanted list as claimed Hishammuddin, why is it that they have not been nabbed before now since the man’s activities have been a public thing?

Another begging question is to ask, if the names of those arrested and detained under the ISA were sourced through shared intelligence reports, would it not be proper to name the sources of such reports?

Again, since the acclaimed intelligence reports indicted those detained as threats, why is it that the activities which so make them to be one are not made known to the public?

If this intelligence report is not fabricated, why has Hishammuddin and the Malaysian Government refused to furnish representatives of the countries of those detained with details of these intelligence reports?

One is wonder struck that unlike other news coverage on counter terrorism, the international sources from which Malaysia obtained its intelligence tips are yet to acknowledge that those detained are on their wanted list?

To make their claim to be real, the Malaysian government stated that the intelligence tips also established that those arrested were members of a religious group linked to Umar Farouk Abdulmutallab. The screaming headline under which this was reported-“10 Terror Suspects held: Tip-off Links them to Nigerian Underwear Bomber” is a food for thought. (New Strait Times, 28 January, 2010).

This claim is ridiculous because to have linked those arrested with Umar Farouk Abdulmutallab is a superficial way of earning a false claim measure of authenticity. How are they linked? Is it because Umar Farouk Abdulmutallab is a Nigerian as were two of the detainees? Is it because Aiman is a Syrian or what else could be locus?

However, a keen observer would have asked why not connect the detainees to followers of Noordin, a Malaysian who, before he was recently killed in Indonesia, was coordinating terrorist cells in Southeast Asia. Logic would warrants that it would be easier for those detained to align with the followers of Noordin M. Tap since they are resident in Malaysia.

Since four out of the 50 people that were arrested are Malaysians, (New Strait Times, 29 January, 2009, page 13) the Noordin linkage would have offered a better intellectual appeal.

One would have also expected the Malaysian authority to have used the dummy of a possible linkage with the Malaysians who are in Guantanamo bay prison. Available fact suggests there is no Nigerian among those in Guantanamo. Once more, could it be that Malaysia is playing an alarmist and racial card? Emergent realities would foretell.

At this juncture, there is the need to quote another statement of Syed Ibrahim Syed Noh and juxtapose it with the statements of those leaving in the neighbourhood where the arrest was effected.

While explaining in a conference, the circumstance under which the detainees were arrested, Syed Ibrahim said, “they were attending an informal religious gathering when they were detained”. (New Strait Times, 29 January, 2009).

According to the report of a villager who was interviewed, “the foreigners who rented houses two houses there were quite and peaceful people. They were always clad in jubbah and rarely went out during the day.” Another villager was reported to have said, “I knew something was not right when two weeks ago, two strangers came and stayed at the house. They stood out from the rest as the two wore normal clothes. One of them was in his 60s and had a long, white beard, while the other in his 30s was very unfriendly.” (New Strait Times, 29 January, 2010).

The last part of one of the villagers’ testimony provides the hint on what has been presented as international intelligence tip off. It is possible that the man who observed one of the residents to be unfriendly could have hinted other locals of his observation. Then, to foreigners who are conversant with the Malaysian disposition to perceived threat, police report is the expected next step. This is most probable what was relied upon by the Malaysian authority who later on, began to brag that they have busted the activities of a budding terrorist group.

Investigated reports also have it that the foreigners, especially Nigerians who are residing in the part of Kampung Sungai Chincin where the arrest was effected have been for long, object of racial ridicule. Therefore, if a report is logged, there is the high probability that it would be exaggerated and that some race and nationals would be singled out for stigmatization. A similar development took place sometimes in Malaysia, when a Nigerian was widely reported to have killed a Chinese Malay businesswoman. Upon proper investigation, this was discovered to be false. There was neither a public apology tendered to Nigerians nor was there a sensational coverage of the new discovery.

In yet another pathetic development, when an African foreign student, a Chadian was stabbed to death by some Malaysian youths, Sentul District Police Chief Assistant Commissioner, Zakaria Pagan remarked that, “We believe the youths who attacked the Africans wanted to teach them a lesson…” From the reality on ground, racial hatred cannot be ruled out of the unfolding drama.

This discriminatory stint is not only experienced by African students, but predominantly, by foreign students in Malaysia. Even, it is a common talk among foreign students in Malaysia, that a foreigner has no right in Malaysia. On this basis, whatever wrong done against them are seen as part of the Malaysian experience.

In a follow up report on the matter at hand, particularly as reported in the 29th, 30th and 31st January, 2010 edition of the government-linked New Strait Times, the government is now applying new twist to the same old story. Realising the shallowness of its claim that those arrested are terrorist having links with Umar Farouk Abdulmutallab, they are now playing the Wahabbi card.

The new twist to this story is that those detained are followers of the puritanical Wahabbi preaching. A possible linkage between Wahabbism and Osama’s ideology would then be established. With this, those detained would be prosecuted and indicted based on this thesis.

In a build up of this thesis, Alang Bendahara and Lee Shi-lan provided a news report furnished with details of the police investigation into this matter.

As reported, the investigating police source, said, “according to our investigations, the terror suspects had been taught to live plainly and modestly, without any extravagance. The theology of Wahabbism is similar to that practiced by Osama and al Qaeda.” (New Strait Times, 31 January, 2010).

By claiming that Osama shares similar thought with the Wahabbi’s, the police are simply saying the obvious. However, it is misleading and crooked to have said all those who have Wahabbi orientation are followers or sympathisers of Osama.

Wahabbism is the state ideology in Saudi Arabia. With the Wahabbi-Osama hypothesis of the Malaysian police, then, all Saudi citizens are loyalist of Osama and al Qaeda. Also, this claim means, all Saudi residents in Malaysia as well as others who have previously received religious education in Saudi and are now leaving in Malaysia, are sympathisers of Osama and al Qaeda.

As crooked as this claim is, it is the easiest way through which the Malaysian government can ground its claim a measure of legitimacy.

From the analysis done so far, those detained are victims of something other than terrorism. As the reality suggests, their rights are being unnecessarily violated.

The Nigerian government and the international community must swing into action by launching a high powered investigation into this matter. A special delegation should be dispatched to Malaysia to verify what have been reported.

International community should also assist in their own ways to conduct independent investigations into the abuse that is being perpetrated in the name of busting a terrorist group.

Report also has it that those Nigerians resident in Malaysia are not happy with the lukewarm disposition of the Nigeria High Commissioner to Malaysia.

Until now, His Excellency, Chief Peter J.E. Anegbeh, the Nigeria High Commissioner to Malaysia had been accused of being untoward and inactive in attending to the concerns of Nigerians in Malaysia.

Unconfirmed reports have it that some individuals have requested his re-deployment to another place and that efforts are still on to mobilize more signatures in achieving this goal. Authority should look into this and act swiftly because one would have expected an active diplomat to have done one or two things to address the burning issues affecting the well being of Nigerians before it got to the present stage.

--------------------------------------------------------------------------------

My Comments: His opinions regarding the government of Malaysia is entirely his, and I do not want to speak bad about the government, especially without proof.  But I can confirm what he said about Syaikh Ayman as being true. The Shaikh is, without doubt, against terrorism and he reiterates this point many times. And I recall him saying regarding Usama bin Laden as "Jaahil" (Ignorant).

I pray that Allah opens the hearts of the authorities to see the truth and release him and those arrested with him.