Wednesday, October 28, 2009

Cintakan Dunia dan Takut Mati

عن ثَوْبَانَ قال قال رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: "يُوشِكُ الأُمَمُ أنْ تُدَاعِيَ عَليْكُم كَمَا تُدَاعِيَ الأكَلَةُ إلَى قَصْعَتِهَا، فقالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثُيرٌ، وَلَكِنّكُم غُنَاءُ كَغُنَاءِ السّيْلِ، وَلَيَنْزِ عَنّ الله مِنْ صُدُورِ عَدُوكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنّ الله في قُلُوبِكُم الَوَهْنَ، فقالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ الله وَمَا الْوَهْنُ؟ قالَ: حُبّ الدّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ المَوْتِ"


Daripada Thawban: Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Tidak lama lagi umat-umat (kafir dan sesat) akan memanggil satu sama lain untuk memerangi kamu sepertimana orang yang memanggil satu sama lain untuk makan di atas dulang.” Kata seorang sahabat: “Adakah kerana sedikit bilangan kita ketika itu?” Sabda beliau: “Tidak! Malah kamu ramai ketika itu, tetapi kamu adalah sampah seperti sampah air bah, dan Allah akan cabut perasaan takut daripada hati-hati musuh kamu dan Allah akan letakkan ke dalam hati-hati kamu al-Wahn” Kata seorang sahabat: “Wahai Rasulullah, apakah itu wahn?” Sabda beliau: “Cintakan dunia dan bencikan maut.”
[Sahih – Abu Daud]


Allahu akbar… Lagi hadith yang menepati keadaan umat Islam waktu ini. Keadaan umat akan jadi seperti berikut:

1. Lemah dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri daripada umat-umat Kafir dan sesat. Amerika Syarikat , Britain, Israel dan lain-lain terus memerangi dan menindas umat-umat Islam, memecah belahkan umat Islam dengan bermacam-macam cara, mekanisme dan nama. Mereka bermaharajalela, dan umat Islam menurut sahaja! Hinanya umat Islam, setelah beberapa lama dihormati dalam zaman khilafah islamiyah! Lihat kepada Palestin, Bosnia, Chechenya, Filipina, China dan lain-lain lagi… Semua orang Islam tahu tentang fakta-fakta ini!

2. Umat Islam ketika ini dibanggakan bilangannya, dan dikatakan sudah melebihi satu bilion orang di seluruh dunia. Namun seperti kata nabi, mereka seperti sampah yang dibawa air bah, dilontar dipukul lalu hancur mengikut arus zaman, banyaknya tidak terkira sehingga menutupi air bah! Tetapi sayang, tidak berkualiti! Malah dipandang hina seperti sampah dibawa air bah termasuk tsunami!

3. Perasaan gerun terhadap umat Islam yang diletakkan oleh Allah di hati-hati musuh Islam, sejak zaman Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam)

عن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الأَنْبِيَاءِ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ

Daripada Jabir bin Abdullah: Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak diberikan kepada sesiapapun di kalangan para nabi sebelumku: Aku dibantu dengan kegerunan (di hati musuh) perjalanan sebulan…”
[Sahih Bukhari dan Muslim]

Namun perasaan itu akan diangkat oleh Allah, menyebabkan musuh-musuh Islam berani mengusik dan menganggu umat Islam.

Mengapa umat Islam lemah?? Kita ramai!! Di seluruh dunia!! Penganutnya berkembang setiap tahun dengan kadar yang mengkagumkan!!

Sebabnya adalah penyakit hati umat Islam yang berpaut kuat dengan dunia, dan takutkan maut! Takutkan maut adalah gejala atau simptom kelemahan Iman! Takutkan mati adalah kerana kurang kepercayaan terhadap kehidupan di Akhirat! Ataupun, boleh dikatakan takut mati kerana tidak yakin bahawa dia akan menerima ganjaran baik di Akhirat, kerana dia tahu betapa banyak dosa yang dilakukan, dan betapa lemah iman di hati.

Kita dapat melihat kaitan hadith ini dengan hadith yang saya sebutkan dalam artikel sebelum ini:

Sabda nabi (sallalalhahu 'alayhi wasallam):

إذَا تَبَايَعْتُمْ بالْعِينَةِ وَأخَذْتُمْ أذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بالزّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلّطَ الله عَلَيْكُمْ ذُلاّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتّى تَرْجِعُوا إلَى دِينِكُم

"Apabila kamu berurusan jual beli dengan Bai' al-'Inah; berpegang kepada ekor-ekor lembu; berpuas hati dengan bercucuk-tanam; dan meninggalkan Jihad, Allah akan menyebabkan kehinaan mengatasi kamu dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehingga kamu kembali kepada agamamu."
[Sahih -Sunan Abu Daud (no. 3003)]

Monday, October 26, 2009

Bilakah pertolongan Allah akan tiba??

Selalu kita lihat kezaliman yang dilakukan ke atas orang-orang Islam di merata-rata tempat, dan apabila perkara ini berlaku, umat Islam seluruh dunia akan berdoa kepada Allah agar orang-orang Islam yang dizalimi itu dibantu oleh Allah. Namun apa yang kita lihat, umat Islam merata dunia terus dizalimi, walaupun kadang-kadang kita lihat kemenangan-kemenangan di medan peperangan, namun seperti kata orang putih: “You win some battles, but you lose the war.” Bilakah Islam akan kembali gagah perkasa seperti zaman kegemilangannya, digeruni dan disegani oleh semua! Bagaimana kita hendak membela maruah agama Islam ini?!


Firman Allah:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [an-Nur:55]

Kita beriman dengan al-Quran, sebagai petunjuk dan Kalam Allah. Allah menjanjikan kekuasaan di muka bumi seperti mana umat terdahulu, namun lihat hakikat umat sekarang ini! Umat Islam yang berpecah belah, terbahagi kepada negara-negara kecil yang mempunyai pemimpin masing-masing! Musuh tidak lagi takut dengan orang Islam, malah mereka mempermain-mainkan lagi umat Islam!

Kemungkinan-kemungkinannya:

1. Adakah Allah telah memungkiri janjiNya? – Jauh sekali!!

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

“Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”
[Ali Imran:9]

2. Adakah Allah tidak berkuasa untuk menunaikan janjinya? – Jauh sekali!

Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.”
[al-Baqarah:20]

3. Adakah umat Islam belum layak untuk menerima janji Allah??

Kembali kepada firman Allah yang disebut di atas, terjemahannya di bawah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [an-Nur:55]

Tadabbur ayat di atas. Allah telah menerangkan kepada kita bahawa janjinya adalah bagi mereka yang disebutkan sebagai:

1. Orang-orang yang beriman

2. Orang yang mengerjakan amal soleh

Dan Allah ulangi lagi sesuatu yang sudah terkandung di dalam sifat Iman dan amal soleh, iaitu, mereka sembah Allah semata-mata, dan tidak menyekutukanNya. Ertikata lain, mereka mempunyai Tauhid yang tinggi sebagai Aqidah mereka dan amalan mereka semuanya ikhlas untuk Allah sahaja!

Inilah jalan penyelesaiannya!! Doa mesti diteruskan sebab itulah salah satu cara kita mendekatkan diri kepada Allah! Namun, jalan penyelesaian, atau jalan untuk mendapatkan kemenangan adalah dengan mendapat pertolongan Allah yang telah dijanjikan! Dan janji Allah adalah untuk orang-rang yang benar-benar beriman dan beramal soleh!

Maka, mari kita semua renungi diri kita sendiri, adakah kita benar-benar orang yang beriman serta beramal soleh? Lihat pada diri sendiri, adakah kita sebabnya umat Islam tidak layak menerima bantuan dan kemenangan daripada Allah?

Sabda nabi (sallalalhahu 'alayhi wasallam):

إذَا تَبَايَعْتُمْ بالْعِينَةِ وَأخَذْتُمْ أذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيتُمْ بالزّرْعِ وَتَرَكْتُمْ الْجِهَادَ، سَلّطَ الله عَلَيْكُمْ ذُلاّ لاَ يَنْزِعُهُ حَتّى تَرْجِعُوا إلَى دِينِكُم

 "Apabila kamu berurusan jual beli dengan Bai' al-'Inah; berpegang kepada ekor-ekor lembu; berpuas hati dengan bercucuk-tanam; dan meninggalkan Jihad, Allah akan menyebabkan kehinaan mengatasi kamu dan tidak akan mencabutnya daripadamu sehingga kamu kembali kepada agamamu."
[Sahih -Sunan Abu Daud (no. 3003)]

Hadith ini menerangkan kepada kita akan tiba suatu masa yang umat Islam bertambah buruk keadaan mereka, dan digambarkan sebagai:

1. Akan mula berurusan dengan Bai' al-'Inah - sejenis jual beli yang diharamkan oleh jumhur ulama, namun kita dapat lihat ianya berleluasa di bank-bank Malaysia.
2. Berpegang kepada ekor-ekor lembu dan berpuas hati dengan bercucuk tanam - gambaran bahawa umat Islam berpaut dengan dunia.
3. Meninggalkan jihad - samada dengan jiwa, harta ataupun ilmu (iaitu da'wah).

4. Berada dalam kehinaan - inilah hakikat keadaan umat Islam sekarang.
5. Tidak mengikut agama sepenuhnya - syarat yang disebutkan oleh nabi untuk mencabut kehinaan daripada umat Islam adalah mereka kembali kepada agama mereka, bermakna mereka tidak mengikut agama Islam sebenar-benarnya!

Ayat di atas dan hadith ini saling melengkapkan satu sama lain. Kita mesti kembali kepada agama Allah, al-Islam. Jangan diambil sebahagian, dan ditinggalkan sebahagian yang lain. Kita mesti belajar tentang Islam, perkemaskan Tauhid, amal dengan ilmu kita, berdakwah kepadanya, dan istiqamah! Dan bukan sebarang Islam, tetapi Islam yang sebenar, menurut kefahaman yang sebenar, berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Sabda nabi:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

"Aku telah tinggalkan di kalanganmu dua perkara, tidak kamu sesat selagi kamu bepegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah dan Sunnah nabiNya."
[Hasan- al-Muwatta' Imam Malik]

Sekiranya itulah kayu ukur, ukurlah diri kita masing-masing, adakah kita sebabnya umat Islam tidak layak menerima bantuan dan kemenangan daripada Allah....

Wednesday, October 21, 2009

Pertemuan dengan dua ulama Jordan

Alhamdulillah, Allah telah menjayakan usaha untuk berjumpa dan mengambil manfaat daripada dua orang ulama daripada Jordan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Jordan hari Isnin malam dari Perlis dan Pulau Pinang di mana mereka telah berceramah selama dua hari. Ramai penuntut-penuntut ilmu menunggu di KLIA untuk berjumpa mereka ketika itu, termasuk Shaikh Abu Huzhaifah Ayman ad-Daqqaq, Shaikh Luqman, ustaz Azhari, ustaz Muhd Fadzil, ustaz Yunus ustaz Husnin dan lain-lain. Shaikh Ali Hasan al-Halabi dan Shaikh Masyhur Hasan Aal Salman telah tiba di KLIA dari Pulau Pinang pada jam 10.30 malam, dan berjumpa dengan kami jam 11.10pm. Alhamdulillah, saya orang yang pertama menyambut Shaikh Masyhur dan Shaikh Ali al-Halabi sebelum mereka bertemu dengan ikhwah yang lain.


Memandangkan masa check-in adalah 3 jam sebelum waktu penerbangan (Flight Qatar Airways) pada 3.30am, maka kita mempunyai sekurang-kurangnya 1jam untuk mengadakan sesi soal-jawab bersama kedua-dua ulama tersebut, maka kitapun menghala ke arah surau.

Alhamdulillah, sesi-soal jawab berjalan lancar dan banyak kemusykilan-kemusykilan agama yang diutarakan, kebanyakannya tentang ilmu hadith dan menuntut ilmu.

Salah satu nasihat mereka adalah agar kita berdakwah dengan tadarruj (langkah demi langkah). Katanya, keadaan di Jordan sudah banyak perubahan dan penerimaan ke arah manhaj salah. Yang pentingnya, kena lakukan cara lembut dan step-by-step. Shaikh Ali menyebut hadith:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الدِّينَ مَتِينٌ فَأَوْغِلُوا فِيهِ بِرِفْقٍ

Sabda nabi: “Sesungguhnya agama ini kuat, maka masuklah ke dalamnya dengan lembut.”
[Musnad Ahmad dari Anas – Shu’aib al-Arna’ut: Hasan lighaihi, dan Al-Albani: Hasan]

Antara nasihat mereka juga, agar penuntut-penuntut ilmu yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan agar tidak memadai dengan pembelajaran di universiti sahaja, tetapi jadikanlah waktu terluang selepas waktu yang digunakan untuk pengajian di universiti sebagai permulaan pengajian sampingan bersama ulama-ulama di merata dunia. Contohnya: sekiranya setiap hari seorang penuntut bertanyakan satu soalan kepada seorang alim, dalam setahun dia sudah mempelajari sekurang-kurangnya 300 masalah agama, dan begitulah seterusnya.

Saya berharap rakaman soal-jawab itu dapat dimuatnaik ke dalam internet, oleh saudara Abu Fatimah, dalam masa terdekat, agar membolehkan sesiapapun mengambil manfaat daripadanya.
[http://www.4shared.com/account/file/142949847/8bd7121d/Sh_Mashoor_Hassan__Sh_Ali_Halabi_QA_MIC-2009-10-20_00h57m38s.html]


Shaikh Ali adalah salah seorang anak murid Shaikh al-Albani, ulama hadith terkenal dari Syam, orang yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab Marzuq Al-Bana, “Shaikh Al-Albani adalah Ibn Taimiyah zaman ini, dan muridnya Shaikh Ali Hasan, Ibn al-Qayyim zaman ini”. Alhamdulillah, saya pernah berguru dengan beliau di kelas-kelas ilmu di rumahnya ketika saya di Jordan. Ketika itu kami mempelajari sebuah kitab ‘Aqidah Sharh as-Sunnah oleh Imam al-Barbahari. Rumahnya mempunyai sebuah ruang maktabah yang dikellingi oleh rak-rak buku yang tinggi yang penuh dengan kitab! Sebelum atau selepas kelas bermula, biasanya beliau asyik membaca sambil menjawab soalan-soalan para penuntut ilmu yang mengelilingi beliau.


Shaikh Masyhur juga adalah salah seorang anak murid Shaikh Al-Albani. Alhamdulillah, saya pernah hadir salah satu daripada kelasnya di sebuah masjid di Jordan. Kelasnya amat menakjubkan kerana beliau memberikan perbahasan-perbahasan mengenai Fiqh dengan panjang lebar lengkap dengan nukilan daripada tokoh-tokoh ilmu dan sumber-sumbernya sekali, tanpa ada buku atau nota di depannya! Salah seorang sahabat saya di Jordan memberitahu saya bahawa maktabah Shaikh Masyhur lebih besar daripada maktabah Shaikh Ali, dan bila ditanya adakah beliau sudah membaca semua kitab-kitab di dalam maktabahnya, beliau menjawab bahawa beliau sesudah membaca semuanya dengan ingatan yang kuat! Dan perkara ini jelas dapat dilihat ketika sesi soal-jawab ini di mana beliau seolah-olah mempunyai banyak maklumat yang ingin disampaikan, lengkap dengan nukilan serta sumber-sumbernya mahu disebutkan! Ustaz Azhari juga perasan perkara ini.

Akhirkata, segala pujian bagi Allah yang telah memberikan tawfiq kepada usaha untuk berjumpa dengan kedua-dua ulama besar ini. Semoga Allah memberkati usaha mereka dalam menyebarkan dakwah manhaj salaf, dan menunaikan hajat kesemua yang hadir ketika itu dan memuatkan ini semua dalam amalan-amalan soleh ikhlas untukNya.

Monday, October 19, 2009

DOA DAN ZIKIR AGAR DIKURNIAKAN ZURIAT


Berikut doa-doa yang datang daripada ayat-ayat al-Quran:


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar semua doa.”
[Ali ‘Imran : 38]

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa pewaris) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik”
[al-Anbiya: 89]

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.”
[as-Saffat : 100]

Adapun doa dan zikir daripada sunnah:·

Doa nabi Yunus (alayhi as-salam) ketika beliau berada di dalam perut ikan, yang mana nabi telah bersabda bahawa sesiapa yang berdoa dengannya nescaya dikabulkan doanya oleh Allah:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.”
[Tirmizi, an-Nasa’I – Sahih]

Perbanyakkan beristighfar (memohon ampun):

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” [Nuh: 10 – 12]

Syarat dan Adab Berdoa:

§ Ikhlas - Niatkanlah anak yang soleh. Tiada perantaraan antara kita dengan Allah! Jangan diseru wali-wali, atau melalui bomoh. Firman Allah: ”Dan apabila hambaKu bertanya mengenaiKu, (terus Allah menjawab) Aku dekat, Aku menjawab permintaan orang yang meminta apabila dia berdoa kepadaKu.” [al-Baqarah: 186]

§ Mencari waktu-waktu mulia/maqbul - seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jum'at, sepertiga akhir malam, waktu sujud, ketika berpuasa, musafir, waktu sakit, ketika minum air zam-zam dan sebagainya.

§ Menghadap kiblat - seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam doa istisqa' (minta hujan) yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

§ Mengangkat kedua tangan - Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Rabbmu itu Mahapemalu dan Mahamulia, malu dari hambaNya jika ia mengangkat kedua tangannya (memohon) kepadaNya kemudian menariknya kembali dalam keadaan hampa kedua tangan-nya."
(HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dan Al-Albani).

§ Memulai dengan tahmid (pujian bagi Allah) dan salawat - Sabda baginda: "Jika salah seorang di antara kamu berdoa, hendaknya memulai dengan memuji dan menyanjung Tuhannya, dan bersalawat kepada Nabi, kemudian berdoa apa yang dia kehendaki."
(HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ahmad, di-shahih-kan oleh Al-Albani).

§ Dengan suara samar, tidak keras, merendahkan diri di hadapanNya dengan bersungguh-sungguh - Allah berfirman: "Janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya." (Al-Isra': 105).

§ Tidak tergesa-gesa - Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan dikabulkan bagi seseorang di antara kamu selagi tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata, 'Saya telah berdoa tetapi tidak dikabulkan'."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

§ Yakin akan dikabulkan doanya dan memahami serta menghayati sebenar-benarnya dalam berdoa - Rasulullah salallahu'alahi wassalam bersabda: "Mohonlah kepada Allah sedang kamu sangat yakin untuk dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan bermain-main."
(HR. At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Mundziri dan Al-Albani).

§ Makan dan minum serta pakaian orang yang berdoa harus halal dan bersih - Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Ada seseorang yang sudah lama dalam safar (perjalanan) dengan rambut kusut dan (tubuh) penuh debu, ia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata, 'Ya Rabb, ya Rabb...', sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram, bagaimana mungkin (doanya) dikabulkan?"
(HR. Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi).

§ Berikhtiar demi terkabulnya doa dan menjauhi sebab-sebab tertolaknya - Seperti cari ubat bagi menyuburkan suami isteri, dan tidak berbuat maksiat, meninggalkan kewajiban-kewajiban syariat, terutama amar ma'ruf nahi mungkar. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya kalian memerintahkan yang ma'ruf dan melarang yang mungkar, atau Allah akan mengirimkan seksaNya kepada kamu, lalu kamu berdoa kepadaNya, tetapi tidak dikabulkan."
(HR. At-Tirmidzi dan dihasankannya).

Sunday, October 18, 2009

Dua Remaja Lemas Dihanyut Arus Di Lata Payung

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Kegembiraan 11 remaja lelaki bercuti hujung minggu di Sungai Hutan Lipur Lata Payung, Langkap di Setiu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas selepas dihanyut arus deras petang Jumaat. Mayat Zulfikar Azam, 12, dan Amirul Alif Musa, 13, ditemui pada kira-kira pukul 5.30 petang, dua jam selepas kejadian itu berlaku. Ketua Polis Daerah Setiu DSP Shaik Othman Abdul Hamid berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika empat daripada 11 remaja berumur antara 12 dan 15 tahun itu sedang mandi di sungai itu. "Ketika mereka mandi, arus deras datang secara tiba-tiba dan menghanyutkan mereka, dua daripadanya bernasib baik kerana ditolak arus deras itu ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata empat lagi rakan mereka yang sedang duduk di atas batu, terperangkap di situ manakala tiga yang lain berada di tebing sungai. Beliau berkata kejadian berpunca daripada limpahan air hulu sungai ekoran hujan lebat di kawasan itu.
-- BERNAMA

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ۝ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ۝ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, (kehilangan) jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[al-Baqarah: 155 – 157]

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali”

Inilah adab ketika berlakunya sesuatu musibah. Ungkapan yang diucap penuh dengan makna keinsafan, yang mesti lahir daripada lubuk hati setiap seorang muslim ketika ditimpa sesuatu musibah, kerana musibah-musibah ini semuanya ujian daripada Allah dalam bentuk yang disebutkan di dalam ayat di atas.

Walaupun apa jua yang diperkatakan orang ramai, seorang muslim mestilah melihat kepada dirinya sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri, kerana Allah tidak menimpakan sesuatu musibah kecuali disebabkan dosa-dosa:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

“Dan apa jua musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
[asy-Syura: 30]

Imam at-Tabari di dalam tafsirnya menyebut:

فإنما يصيبكم ذلك عقوبة من الله لكم بما اجترمتم من الآثام فيما بينكم وبين ربكم ويعفو لكم ربكم عن كثير من إجرامكم، فلا يعاقبكم بها.

“Hanyalah kamu ditimpa musibah itu sebagai seksaan daripada Allah terhadap kamu disebabkan dosa-dosa antara kamu dengan Tuhan kamu, sedangkan yang Tuhan kamu telah ampunkan banyak jenayah-jenayah kamu maka kamu tidak diseksa disebabkannya.”
[Tafsir at-Tabari]


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ


“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
[ar-Rum : 41]

Shaikh Abu Bakr al-Jazaa’iri di dalam tafsirnya:

تقدم في السياق الكريم إبطال الشرك بالدليل العقلي إلا أن المشركين مصرون على الشرك وبذلك سيحصل فساد في الأرض لا محالة فأخبر تعالى عنه بقوله في هذه الآية الكريمة ( 41 ) فقال { ظهر الفساد في البر والبحر } أي انتشرت المعاصي في البر والبحر وفي الجو اليوم فعُبد غير الله واستبيحت محارمه وأوذي الناس في أموالهم وأبدانهم وأعراضهم وذلك نتيجة الإِعراض عن دين الله وإهمال شرائعه وعدم تنفيذ أحكامه . وقوله { بما كسبت أيدي الناس } أي بظلمهم وكفرهم وفسقهم وفجورهم . وقوله : { ليذيقهم بعض الذي عملوا } أي فما يصيبهم من جدب وقحط وغلاء وحروب وفتن إنما اصابهم الله به { ليذيقهم بعض الذي عملوا } من الشرك والمعاصي لا بكل ما فعلوا إذ لو أصابهم بكل ذنوبهم لأنهى حياتهم وقضى على وجودهم ، ولكنه الرحمن الرحيم بعباده اللطيف بهم

“Didahului konteks (ayat) ini mengenai pembatalan Syirik dengan menggunakan dalil aqli tetapi orang-orang musyrikin tetap degil dengan melakukan syirik, oleh itu akan berlaku kerosakan di atas dunia - tidak dapat dielakkan lagi – Maka, Allah memberitahu mengenainya dengan firmanNya di dalam ayat yang mulia ini: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut" iaitu tersebar kemaksiatan di darat, di laut dan pada cuaca hari ini, (kelihatan) peribadatan kepada selain daripada Allah, dihalalkan perkara-perkara yang haram, dan orang ramai ditimpa kemudaratan dari segi harta, tubuhbadan dan kehormatan. Itu semua hasil yang disebabkan oleh perbuatan berpaling daripada agama Allah, mengabaikan shariatNya dan tidak menjalankan hukum-hakamNya.

Dan firmanNya: “disebabkan perbuatan tangan manusia” iaitu disebabkan kezaliman, kekufuran, kefasikan dan kelucahan mereka.

Dan firmanNya: “supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka” iaitu segala ketandusan, kemarau, kenaikan harga (barangan), peperangan, dan berbagai jenis fitnah (perbalahan, godaan, dll.) yang menimpa mereka hanyalah kerana Allah yang menimpakannya atas mereka. “supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka” iaitu sebahagian daripada syirik dan dosa-dosa, bukan setiap kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya mereka ditimpa (balasan) bagi setiap dosa mereka sudah tentu ditamatkan riwayat hidup mereka dan dibasmikan kewujudan mereka, tetapi Allah adalah Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya, dan Maha Lembut dengan mereka.”
[Aysar at-Tafasir]


Apa tujuan semua musibah ini?

Jawab Allah di akhir ayat di atas: “…agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Sekiranya kita bersyukur kepada Allah akan limpah kurniaNya kepada kita, sudah pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat yang diberikan. Tetapi jika limpah kurnia Allah dibalas dengan dosa, kekufuran dan syirik, sudah pasti azab Allah akan tiba bila-bila masa!

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengkufuri (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."”

Semoga Allah melapangkan dada kita semua untuk menerima ketentuanNya dan merenungi hikmah di sebalik setiap ketentuanNya, bukan dengan rasa marah, tetapi dengan sikap ingin tahu, insaf dan ingin melakukan perubahan (islah).

Dan segala puji bagi Allah.

SALAT: Bolehkah Mendahului Imam dalam solat?

Soalan: Kami melihat ramai orang yang mendahului Imam ketika ruku’, qiyam, sujud dan pergerakan mereka bersama pergerakan imam, atau mendahuluinya. Adakah solat mereka ini harus atau tidak?


Jawapan: Makmum wajib mengikut imamnya di dalam ruku’, sujud, qiyam dan bangun daripada ruku’ dan sujud, maka dia tidak boleh ruku’, sujud, dan bangun daripada ruku’ dan sujud kecuali selepas imamnya. Kerana perintah nabi (صلى الله عليه وسلم) dan larangan baginda terhadap mendahului imam atau seiringan dengan imam dalam apa sahaja pun di dalam solat.

Sabda nabi (صلى الله عليه وسلم):

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا
Maksudnya: “Hanyalah imam itu diadakan untuk diikuti, maka jangan mendahuluinya. Maka apabila dia menyebut takbir maka takbirlah, apabila dia ruku’ maka ruku’lah, dan apabila dia berkata ‘Sami’a Allahu liman hamidah’ katalah ‘Rabbana walaka al-hamdu’, dan apabila dia sujud maka sujudlah.” [1]

Maka (di dalam hadith ini) nabi memerintah makmum melakukan pergerakan-pergerakan itu selepas imam melakukannya kerana huruf ‘Fa’ (ف) memberi maksud ‘tertib’.

Dan sabda baginda lagi:

أَمَا يَخْشَى الَّذِي يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يُحَوِّلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ

Maksudnya: “Tidakkah takut dia yang mengangkat kepalanya sebelum imam bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi kepala keldai. [2]

Maka, sesiapa ruku’ atau sujud atau bangun daripada keduanya sebelum imam atau bersamanya, maka dia telah menyalahi Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) dan mendedahkan dirinya kepada balasan buruk dan tidak diberi pahala, dan sekiranya dia tahu hukumnya maka batallah solatnya dan wajib mengulangnya, seperti yang diriwayatkan daripada Ibn Umar (رضي الله عنهما). Dan Imam Ahmad ibn Hambal juga berpendapat sedemikian. Sekiranya dia mendahului imam dalam keadaan lupa atau dia jahil tentang hukumnya, solatnya sah. Yang jahil perlu diberitahu (hukumnya) dan yang terlupa perlu kembali mengikut imamnya ketika dia teringat.

Dan taufiq daripada Allah, dan selawat dan salam ke atas nabi Muhammad dan para sahabatnya.

Imam Ibrahim ibn Muhammad Aal Shaikh – Ketua
Shaikh Abd ar-Razzaq ‘Afifi – Naib Ketua
Shaikh Abdullah ibn Ghudayyan – Ahli
[Jawatankuasa Tetap bagi Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa]

Tambahan penterjemah:

Terdapat dua pendapat tentang maksud nabi bahawa kepala atau rupa yang ditukar menjadi seperti keldai:

1. Pendapat ma’nawi: Kepala keldai yang dimaksudkan adalah kebodohan keldai, bukannya bertukar secara fizikal.

2. Pendapat zahiri: Pertukaran kepada kepala keldai secara fizikal.

Imam Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri berkata:
Pendapat yang lebih tepat adalah memahami hadis ini secara zahir, dan tidak perlu kepada takwil (menukarkan maksud kepada yang tersirat) walaupun selepas apa yang diperkatakan oleh al-Hafizh (Ibn Hajr). Pendapat ini disokong oleh cerita yang disampaikan seorang ulama hadis bahawa dia telah menempuh perjalanan ke Damshiq untuk mempelajari hadis ini daripada seorang guru yang masyhur dalam ilmu hadis. Maka dia telah membaca kesemuanya tetapi guru tersebut telah meletakkan tirai antaranya dan dia tidak melihat wajah guru itu. Setelah lama mendampinginya, dan guru itu melihat kesungguhannya dalam mempelajari hadis, beliau pun membuka tirai tersebut maka dia pun melihat wajah gurunya itu berwajah keldai. Guru itupun berkata kepadanya: ‘Hati-hatilah, wahai anakku, jangan mendahului imam. Sesungguhnya ketika saya menjumpai hadis ini, saya tidak percaya ianya akan berlaku, maka saya pun mendahului imam, dan wajahku pun bertukar seperti yang kamu lihat ini.’
[Tuhfat al-Ahwazi (تُحْفَةِ الْأَحْوَذِيِّ) – Penerangan kepada kitab Jami’ at-Tirmizi, hadis no. 531]

Hadis yang berkaitan daripada al-Baraa’:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لَمْ يَحْنِ أَحَدٌ مِنَّا ظَهْرَهُ حَتَّى يَقَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدًا ثُمَّ نَقَعُ سُجُودًا بَعْدَهُ

Maksudnya: Biasanya selepas Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) berkata: ‘Sami’a Allahu liman hamidah’, tiada seorangpun daripada kami yang mula membengkokkan belakangnya (iaitu memulakan pergerakan sujud) sehingga nabi (صلى الله عليه وسلم)telah turun (sepenuhnya) dalam keadaan sujud, kemudian barulah kami bersujud selepasnya.

Hadis di atas memberikan kita cara yang betul dalam mengikuti Imam di dalam solat Jemaah. Para sahabat akan memulakan pergerakan mereka selepas Rasulullah (SAW) sampai ke pergerakan seterusnya. Contohnya, apabila beliau (صلى الله عليه وسلم) mula untuk ke posisi sujud, para sahabat tidak bergerak sehinggalah Rasulullah sudah berada di posisi sujud.

--------------------------------------------------------------------------------
Notakaki:

[1] Ahmad (2/230), al-Bukhari (1/174,177), at-Tirmizi (2/194), an-Nasaa’ii (2/83), Abu Daud (1/141), Ibn Majah (1/276)[2] Ahmad (2/260), al-Bukhari (1/168), Muslim (1/221), Abu Daud (1/145), at-Tirmizi (2/476), an-Nasaa’ii (2/96), Ibn Majah (1/308)

[2] Surah Fatir: 28

Friday, October 16, 2009

Zalimnya kita...

Di waktu tengahari tadi selepas Solat Jumaat, sedang saya membaca Surah al-Kahf [1], saya perasan sepotong ayat di dalamnya yang sangat baik sekiranya saya utarakan kepada semua.


Firman Allah azza wajalla: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sekiranya kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.”
[al-Kahf:57]

Tidak terkira banyaknya peringatan-peringatan telah diberikan. Ceramah agama kian berleluasa, tapi kita tidak mahu melangkah ke arahnya. Ceramah di TV pun banyak tetapi drama, wayang, malah iklan pun lebih menarik daripada ceramah! Kejadian-kejadian alam yang merosakkan dan membinasakan pun tidak diambil iktibar! Gempa bumi di Indonesia, kerana dosa mereka… Tapi itu peringatan bahawa dosa yang kita telah lakukan masih menunggu azab dari Allah! Betapa banyak kita berpaling daripada peringatan dan ayat-ayat (tanda-tanda kebesaran) Allah, dan lupa dosa-dosa yang kita lakukan! Kita tahu! Tetapi kedengaran hati kita berbisik: Ini dosa-dosa kecil sahaja…! Berapa banyak kenikmatan yang telah Allah berikan, namun bersyukur kepadaNya jauh sekali! Sekali-sekala ungkapan Alhamdulillah keluar di bibir, tetapi hati kita lupa dan leka tentang Yang Maha Memberi!

Sudah tiba masanya kita sedar dosa-dosa kita, dan merendahkan diri kita di hadapan Allah! Jangan kita lihat kecilnya dosa-dosa kita, tetapi lihatlah kebesaran Tuhan yang kita ingkari! Doa agar Allah tidak tutup hati-hati kita sehingga kita tidak berupaya untuk memahami peringatan daripadaNya. Betapa kita amat memerlukan petunjuk daripadaNya! Wahai Allah! Bukakan hatiku agar beriman kepada Mu. Tambahlah ilmuku agar dapat diamalkan mengharapkan ganjaran SyurgaMu. Dan jauhilah daripadaku azabMu yang tidak upaya ditanggung olehku. Ya Allah, cucuri rahmatMu kepadaku dan keluargaku!

Firman Allah azza wajalla: “Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung dari padanya.”
[al-Kahf:58]
____________________________
Notakaki:

[1] Untuk pengetahuan, saya membaca Surah al-Kahf kerana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’eed bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, cahaya akan meneranginya antara dua Jumaat.”
[Sahih- al-Bayhaqi]
Hadith lain pula, juga diriwayatkan oleh Abu Sa’eed, sabda Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam): “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, cahaya akan menerangi antara dia dan Kaabah.”
[Sahih- al-Bayhaqi di dalam Shu’ab al-Iman]

Penebus Rasa Bersalah

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... . .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47......" kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana " dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di
akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi, "Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

[Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda kepada penulis artikel di atas yang saya terima melalui email]

Thursday, October 15, 2009

Ujian Allah

Firman Allah: Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
[Surah al-Mulk:1]

Hidup dan mati kita adalah suatu ujian, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya. Adakah kita sedar hakikat ini? Sekiranya ujian yang kita hadapi adalah seperti peperiksaan PMR atau UPSR, kita berpeluang menarik diri, kita berpeluang untuk mengambil atau mengulang peperiksaan sekiranya gagal. Namun apakah ertinya hidup ini sekiranya kita gagal dalam ujian yang paling besar di dalam hidup setiap orang muslim.

Bagaimana hendak lulus ujian Allah?

Firman Allah: Tunjuklah kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Kau (wahai Allah) telah berikan kenikmatan, dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.”
[Surah al-Fatihah: 6-7]

Tafsir nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) terhadap ayat-ayat di atas: “Yang dimurkai” adalah orang-orang Yahudi, dan “Yang sesat” adalah orang-orang Kristian.
[Musnad Ahmad no. 18572, Sahih Ibn Hibban no. 7206]

Apakah kesilapan mereka? Kata ulama: ”Orang-orang Yahudi mengenali kebenaran tetapi tidak mengikutnya, sedangkan orang-orang kristian pula meninggalkan kebenaran dalam keadaan jahil.” [Tafsir as-Sa’di] Ertikata lain, orang yahudi ada ilmu tetapi tidak beramal, dan orang kristian beramal tanpa ilmu.

Pelajarilah agama Islam ini dan beramallah! Itulah jalan yang ditengah-tengah, antara dua kesesatan yang kita selalu minta jauhkan, sekiranya kita bersolat 5 kali sehari.


Maka apakah nasib orang yang tidak bersolat, sekiranya dia tidak meluangkan masa berdoa (dengan al-Fatihah) untuk petunjuk Allah dalam solat, tidak lain dan tidak bukan, tersasarlah dia dari jalan tengah (jalan sederhana atau lurus), dan terjerumuslah dia di kancah kebinasaan, samada mengikut mereka “yang dimurkai” atau “yang sesat”.

Ikutlah kata-kata Umar ibn al-Khattab: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan (di Hari Akhirat).” [Tirmizi (no. 2383)]

Monday, October 12, 2009

Ulama Mesir dakwa amalan bukan kehendak Islam... Keliru?


KAHERAH: Imam al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi, bercadang mengharamkan penuntut wanita memakai purdah ketika berada di dalam kampus dengan memberikan alasan keselamatan. Akhbar al-Masry al-Youm melaporkan, cadangan Muhammad tercetus ketika dia melawat sebuah sekolah menengah awal minggu ini. Melawat sekolah itu pada permulaan sesi akademik bagi mengekang penularan selesema babi, dia berang melihat pelajar berpurdah dan mengarahkan ia dibuka. “Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya. Muhammad kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan melarang penuntut wanita memasuki Universiti al-Azhar jika mengenakan purdah. “Purdah bukan ajaran Islam. Saya lebih tahu mengenai agama berbanding ibu bapa kamu,” katanya. Sementara itu, sumber berkata, polis menerima arahan lisan melarang pelajar wanita memasuki al-Azhar, selain menguatkuasakan arahan sama di sekolah menengah dan beberapa dormitori universiti di Kaherah. Arahan itu dilihat sebahagian daripada kempen kerajaan membanteras pengaruh golongan konservatif tegar di Mesir. Seorang ulama, Abdel Moati Bayoumi, berkata ulama al-Azhar akan menyokong Muhammad jika dia mengeluarkan perintah itu. “Kami sependapat purdah bukan kehendak agama. “Taliban memaksa wanita memakai purdah dan fenomena itu semakin menular. “Kini sampai masanya ia dibanteras,” katanya. - AP

Berita gempar ini telah menjadi perbincangan ramai ahli-ahli agama. Sebahagian menyokong sementara sebahagian pula membantah.
 
Saya tidak bertujuan berhujjah di sini dengan dalil-dalil, kerana perbincangan tentang niqab dalam agama sedia maklum dan kita boleh mendapati perbincangannya dalam kitab-kitab agama. Ertikata lain, niqab diperselisihi para ulama dahulu dan sekarang.
 
Saya tertarik dengan kata-kata guru kami, Shaikh Ayman ad-Daqqaq, hafizahullah. Walaupun beliau berpendapat niqab atau purdah tidak wajib, namun beliau tetap mempertahankannya.
 
Katanya: "Mereka mewajibkan 'niqab' dalam masalah penyakit selsema babi, termasuk untuk lelaki , tetapi melarang muslimah daripada memakai purdah?!"
 
Katanya lagi: "Mereka berjaga-jaga daripada penyakit-penyakit yang merosakkan badan, namun tidak berjaga-jaga daripada penyakit-penyakit yang boleh merosakkan agama!"
 
Ertikata lain, penyakit yang lebih layak kita berjaga-jaga adalah penyakit yang boleh membunuh hati orang-orang Islam.
 
Sabda nabi (sallallahu 'alayhi wasallam): "Ketahuilah, ada seketul daging di dalam badan, sekiranya ia baik maka baiklah jasad seluruhnya, dan sekiranya ianya rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, ianya adalah hati."
[Sahih Bukhari dan Muslim]
 
Sabdanya lagi: "Tidak aku tinggalkan selepasku di kalangan manusia suatu fitnah (ujian) yang lebih mudarat kepada golongan lelaki daripada (fitnah) wanita."
[Sahih Muslim, Tirmizi dan lain-lain]
 
Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dunia itu adalah manis rasanya dan hijau. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'aala menjadikan kamu khalifah di dalamnya, maka Allah Ta'ala memandang kepada amal kamu. Bertaqwalah kamu terhadap dunia dan wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah berkenaan wanita."
[Sahih Muslim]

Cuba kita fikirkan, ungkapan-ungkapan seperti: "Mula gatal lah tu!", atau "Jangan menggatal!" dan lain-lain yang biasanya disebut oleh kaum wanita (tidak semestinya isteri!) kepada kaum lelaki, menunjukkan perangai lelaki yang akan berubah apabila berinteraksi atau dilihat oleh seorang perempuan, dan begitu juga sebaliknya! Oleh itu, Islam mewajibkan hijab, dan melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Secara lojiknya, purdah juga dikira suatu langkah yang amat berkesan untuk mengawal fitnah ini, samada wajib atau sunat (bergantung kepada pendapat yang dipegang).

Bukankah Allah berfirman: "Katalah (wahai Muhammad) kepada orang orang lelaki yang beriman, rendahkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluan mereka, itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."
[an-Nur:30]

Semasa saya belajar di England, saya belajar Tingkatan 6 di Marlborough College. Kolej tersebut adalah sebuah kolej berasrama penuh yang asalnya untuk pelajar lelaki sahaja. Diberitakan bahawa keadaan kolej sangat baik dan keputusan peperiksaan sangat baik ketika ianya hanya untuk pelajar lelaki. Tetapi, sewaktu saya masuk ke kolej tersebut, mereka baru sahaja beberapa tahun membenarkan kemasukan pelajar-pelajar perempuan pula. Hasilnya, keadaan dan keputusan peperiksaan merosot!

Seorang penyelidik, Johan C Karremans di Radboud University of Nijmegenm, Belanda, telah membuat satu kajian tentang kesan interaksi pergaulan antara lelaki dan perempuan terhadap fungsi berfikir. Ringkasnya, lelaki akan menjadi 'bodoh' seketika apabila berinteraksi dengan perempuan, tidak kira samada lelaki itu sudah berpasangan atau tidak!!

Berikut adalah petikan daripada hasil kajian beliau:

Johan C. Karremans and colleagues at Radboud University of Nijmegen in The Netherlands tested the prediction that mixed-sex interactions temporarily cause a decline in cognitive functioning.


In two studies, they had participants interact with a stranger of either the same or opposite sex and complete a cognitive task both before and after the interaction.

In their first study, 40 male participants tended to perform worse on a cognitive task (requiring the constant updating of working memory) following the mixed-sex interaction compared to the same-sex interaction. Interestingly, this effect held independent of whether the participants were romantically involved or single. Also, this effect was even stronger when the male participant reported higher attraction to the opposite-sex person they were interacting with.

In their second study, the researchers had 53 male and 58 female college participants interact with each other, instead of using a confederate for the interactions (like they did in the first study). Men (but not women), likewise, displayed a decline in performance on a different, very cognitively demanding task, requiring both task-switching and inhibition. Also, just like the first study, this effect held independent of whether the participant was currently in a relationship. Additionally, Men (but not women) reported higher levels of impression management in mixed-sex interactions relative to same-sex interactions.

It should be noted that there was evidence that women's cognitive performance did tend to decline after mixed-sex interactions if they reported having a relatively strong goal to impress the opposite-sex other.

All together, these results suggest that there may indeed be something special about mixed-sex interactions that impair cognitive functioning.
[http://www.psychologytoday.com/blog/beautiful-minds/200905/interacting-women-makes-men-stupid]