Soalan: Bolehkah dihadiahkan sebahagian daging kordan kepada orang bukan Islam?
Jawapan (Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin): Orang kafir, apabila harus diberikan kepadanya maka boleh dihadiahkan makanan daging kordan kepadanya. Sekiranya dia di kalangan orang yang kita tidak dibenarkan memberi hadiah kepadanya, maka tidak bolehlah diberikan kepadanya sebahagian daging kordan, sekalipun benda lain. Timbangannya adalah berdasarkan firman Allah : “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu..” [al-Mumtahinah: 8] iaitu (Allah) tidak melarang daripada berbuat baik kepada mereka. Malah, Hendaklah kamu berlaku ada kepada mereka. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [al-Mumtahinah: 8-9] Oleh itu, sekiranya orang kafir itu adalah daripada umat yang tidak memerangi orang Islam dan tidak berperang menentang mereka, dan tidak mengusir mereka keluar daripada negeri-negeri mereka, maka tidak mengapa diberikan hadiah kepada mereka daripada daging korban atau selainnya. Tetapi jika sebaliknya pula, maka Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain)..” iaitu mereka bantu membantu untuk mengeluarkan kamu. “..menjadikan mereka sebagai kawan” apa cara sekalipun.
[Fatawa Nur ‘ala ad-Darb]
Soalan tiga daripada Fatwa no. 1997
Soalan: Adakah harus seseorang yang bukan beragama Islam untuk memakan daging Hari Raya Korban?
Jawapan: Ya, diharuskan bagi kita untuk memberi makan orang kafir mu’ahad (yang tidak berperang dengan orang Islam) atau tawanan daripada daging korban. Dan diharuskan memeberikan sebahagiannya (daging korban) kepada orang miskin (kafir) atau kerabatnya atau jirannya, atau untuk menawan hatinya (kepada Islam), kerana ibadat korban hanyalah pada penyembelihannya atau korbannya, untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai ibadat kepadaNya. Sedangkan dagingnya pula lebih afdal dimakan (sendiri) 1/3 bahagian, memberi hadiah kepada saudara maranya, jiran-jirannya dan sahabat-sahabatnya (daripada) 1/3 bahagian, dan bersedekah kepada orang-orang miskin dengan 1/3 bahagian. Sekiranya dilebihkan atau dikurang pembahagianpembahagiannya tidaklah mengapa, kerana perkara ini luas. Dia tidak boleh memberikan daging korban kepada seorang kafir yang memerangi orang-orang Islam, kerana wajib (di dalam hal ini) menekan dan melemahkan dia, bukannya simpati kepada dia dan menguatkan dia dengan sedekah. Begitu juga hukum dalam pemberian sedekah sunat. Ini berdasarkan umum firman Allah: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” [al-Mumtahinah: 8]
Dan kerana nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) memerintah Asma’ Binti Abu Bakr (ra) agar mengeratkan silaturrahim dengan emaknya dengan (pemberian) harta, sedangkan (emaknya) seorang musyrik di waktu gencatan senjata.
Dengan Allahlah Tawfiq, dan selawat serta salam ke atas nabi kita Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Jawatankuasa Tetap bagi Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa,
Ketua: Shaikh Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Shaikh Abdur-Razzaq ‘Afifi
Ahli: Shaikh Abdullah bin Qu’ud
No comments:
Post a Comment