Tuesday, December 15, 2009

Q&A: Bersumpah dengan 'Ayat-Ayat Allah', adakah ini harus?

السؤال: عندما أقسم بآيات الله هل يجوز ذلك؟


/ إن أراد آيات الله القرآن فنعم، لأن القرآن كلام الله، والقسم بالله وصفاته حق جائز، أما إن أراد آيات الله المخلوقة الليل والنهار والشمس والقمر والأرض، ونحو ذلك، لا، ما يجوز؛ لأن الرسول -عليه الصلاة والسلام - قال: (من حلف بشيء دون الله فقد أشرك). وقال: (من كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت). فليس لأحد أن يحلف إلا بالله أو بصفة من صفاته - سبحانه وتعالى - ، وليس لأحد أن يحلف بالنبي ، أو بالأمانة ، أو شرف فلان، أو حياة فلان، أو بآيات الله المخلوقة لا، أما بآيات التي هي كلامه - سبحانه وتعالى-، كالقرآن لا بأس، لأنه قسم بصفات الله. - فتاوى نور على الدرب لابن باز - رحمه الله
 
Soalan: Apabila bersumpah dengan 'Ayat-ayat Allah', adakah perbuatan ini harus?

Jawapan: Sekiranya yang diniatkan dengan 'Ayat-Ayat Allah' adalah al-Quran, maka, ya (harus)! Kerana al-Quran adalah Kalam (Kata-kata) Allah, dan bersumpah dengan Allah atau Sifat-sifatNya adalah sesuatu yang benar dan harus. Sekiranya yang diniatkan adalah 'Ayat-Ayat Allah' yang diciptakan, seperti malam dan siang; matahari, bulan dan bumi; dan sepertinya, maka tidak (harus), kerana Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) pernah bersabda: "Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan syirik," [Ahmad dan al-Hakim, dengan sanad menurut syarat Bukhari dan Muslim -Shu'aib al-Arna'ut] dan sabdanya lagi: "Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah dengan Allah atau diam!" [Sahih al-Bukhari]

Maka, sesiapapun tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan Allah, atau dengan salah satu daripada Sifat-SifatNya (subhanahu wata'ala). Dan sesiapapun tidak dibenarkan bersumpah dengan nabi, atau amanah baginda, atau kehormatan seseorang, atau kehidupan seseorang, atau ayat-ayat Allah yang diciptakan... Tidak! Manakala bersumpah dengan Ayat-Ayat iaitu kalamNya (kata-kataNya), seperti al-Quran, maka tidak mengapa, kerana (ini adalah perbuatan) bersumpah dengan Sifat-Sifat Allah.
[Fatwa Nur 'alaa ad-Darb - Ibn Baz]

No comments:

Post a Comment