يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Terjemahan ayat: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
[an-Nisaa’:59]
Ayat ini telah diterangkan oleh beberapa ulama-ulama tafsir (bukan daripada akal saya sendiri) bahawa ianya dalil empat sumber syariah iaitu:
1) Quran
2) Sunnah
3) Ijma’
4) Qiyas
Antara mereka adalah Fakhruddin ar-Razi, Ibn Adil, al-Baydawi, Abu as-Sa’ud, ash-Shanqiti, Ibn ‘Ajeebah, Muhammad Sayyid at-Tantawi, dan al-Aloosee dengan sedikit perbezaan dalam penerangan-penerangan mereka.
Imam al-Aloosee dalam kitab tafsirnya Ruh al-Ma’ani, katanya:
والحق أن الآية دليل على إثبات القياس بل هي متضمنة لجميع الأدلة الشرعية ، فإن المراد بإطاعة الله العمل بالكتاب ، وبإطاعة الرسول العمل بالسنة ، وبالرد إليهما القياس لأن رد المختلف فيه الغير المعلوم من النص إلى المنصوص عليه إنما يكون بالتمثيل والبناء عليه ، وليس القياس شيئاً وراء ذلك ، وقد علم من قوله سبحانه : { فَإِن تَنَازَعْتُمْ } أنه عند عدم النزاع يعمل بما اتفق عليه وهو الإجماع .
Terjemahannya: “Sebenarnya, ayat ini adalah dalil menbuktikan qiyas (adalah salah satu sumber Islam). Malah, ianya (ayat ini) merangkumi kesemua dalil-dalil syariah. Sesungguhnya, yang dimaksudkan dengan “Taati Allah” adalah beramal dengan al-Quran; dan (yang dimaksudkan) dengan “Taati Rasul” adalah beramal dengan Sunnah; dan (yang dimaksudkan) dengan merujuk kepada kedua-duanya adalah Qiyas kerana mengembalikan sesuatu yang tidak dipersetujui yang tidak maklum daripada nas (Quran & sunnah) kepada yang memang ada nas hanyalah dengan cara membuat persamaan dan membina hukum berdasarkannya, dan qiyas tidaklah lebih daripada itu. Dan diketahui daripada firmanNya: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu” bahawa ketika tiada perselisihan pendapat maka diamalkan apa yang dipersetujui dan itulah Ijma’.”
No comments:
Post a Comment