[Ini adalah respon saya kepada beberapa teguran para pembaca email2 yang saya sebarkan untuk menerangkan tentang hadith-hadith lemah dan palsu yang tersebar luas, malah digunapakai oleh umat Islam di Malaysia]
Saya minta maaf kerana menulis dan menyebarkan tentang masalah hadith
lemah dan palsu tetapi tidak menerangkan kenapa saya lakukan sedemikian. Dan
saya faham bahawa semua yang membalas email saya berniat baik dan bersangka
baik. Semoga Allah berikan kepada kita semua Hidayah dan Taufiq kepada memahami
Islam sepertimana yang Dia maksudkan. Berikut adalah penerangan yang agak
panjang tetapi bermanfaat untuk memahami bagaimana ulama Islam menjaga
kemurniaan Islam.
Adakah cukup niat sahaja?
Ada di antara email yang saya terima menyatakan bahawa yang penting adalah niat kita.
Namun di dalam Islam, niat sahaja tidak mencukupi, tetapi amalan itu sendiri
mesti betul. Oleh itu kita dengar ungkapan: “Niat tidak menghalalkan cara.”
Dalil2nya banyak, cukup dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah (ra): Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Sesungguhnya
Allah tidak lihat kepada rupa2 kamu dan harta2 kamu, tetapi (Dia) lihat kepada hati2
kamu dan amalan2 kamu.” [Sahih Muslim]
Bahaya Menyebarkan Hadith tidak sahih
Sebenarnya, menyebarkan hadith secara sewenang-wenangnya tanpa usul
periksa adalah suatu perbuatan yang mungkar dan merbahaya, dan dilarang oleh
Allah dan junjungan kita, nabi Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam). Berikut
adalah dalil2nya:
Dalil daripada al-Quran:
1.
“Wahai orang2 yang beriman!
Sekiranya seorang fasiq datang kepada kamu dengan sesuatu khabar, maka periksalah
dengan teliti.” [al-Hujurat: 6] – Isyarat daripada
Allah untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita atau pengkhabaran.
2. “Dan
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggung-jawabkan.” [al-Isra’ : 36]
Dalil daripada Hadith:
1.
“Sesiapa
yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah
tempat tinggalnya di dalam neraka.” [Sahih Bukhari
dan Muslim]
2. “Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku hadis yang dianggap dusta,
maka dia termasuk dalam kalangan pendusta.” [Sahih Muslim]
3. “Sudah cukup seseorang itu (mendapat) dosa, bahawa
dia meriwayat (tanpa usul periksa) apa sahaja yang dia dengar.” [Sahih Sunan
Abu Daud]
4. “Sudah cukup seseorang itu (dikira) berdusta, bahawa
dia meriwayat (tanpa usul periksa) apa sahaja yang dia dengar.” [Sahih Muslim]
5. “Akan ada di Akhir Zaman para Dajjal, Pendusta, mereka
datang kepada kamu dengan hadith-hadith yang kamu tidak pernah dengar, dan
tidak juga nenek moyang kamu. Maka berhati-hatilah kamu dan berjaga-jagalah
dengan mereka (agar) mereka tidak menyesatkan kamu dan menguji kamu...” [Sahih Muslim]
Sebab-sebab lahirnya hadith Palsu
Banyak sebab-sebab lahirnya hadith palsu yang telah dikenalpasti oleh ulama-ulama hadith, dan
sebab-sebab ini terus wujud sehinggalah ke akhir zaman. Di antaranya (secara
ringkas):
1. Kecenderungan
politik
2. Fanatik
mazhab
3. Golongan
fanatik (asabiyah)
4. Ahli-ahli
bid’ah
5. Ahli-ahli
sufi yang sesat
6. Ulama
yang melobi pemerintah
7. Tukang
cerita
8. Orang-orang
yang mencari rezeki
9. Kepentingan
peribadi
10. Mencari
nama atau kemasyhuran
Ilmu Hadith
Kita perlu tahu bahawa di
dalam ilmu Islam, ada satu cabang ilmu yang sangat penting tetapi ramai yang
tidak tahu tentangnya atau tidak endah dengannya. Cabang itu adalah Ilmu
Hadith. Cabang ilmu inilah yang diperlukan untuk mengenalpasti kesahihan
hadith2, yang bermula sejak zaman sahabat lagi secara beransur-ansur.
Setiap hadith terdiri
daripada dua bahagian:
1.
Sanad atau Isnad hadith – rantai perawi daripada ulama yang mengumpulkan hadith itu
sehinggalah sahabat atau Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam)
2.
Matan hadith – isi
kandungan hadith samada sabda baginda, akhlak baginda, perbuatan baginda, sifat
baginda, dan taqrir (iaitu tidak menegur sesuatu yang berlaku dalam pengetahuan
baginda)
Contoh sanad
dan matan untuk hadith pertama dalam Kitab hadith Sahih
al-Bukhari:
قال البخاري
حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ
الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ
أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ
سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ
بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ
كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
a. Berkata Imam al-Bukhari: al-Humaidi (guru Imam Bukhari) telah meriwayatkan kepada kami; Sufyan
(Ibn ‘Uyaynah) telah meriwayatkan kepada kami; Yahya bin Sa’id al-Ansari
telah meriwayatkan kepada kami; Muhammad bin Ibrahim at-Taymi
telah memberitahu kepadaku bahawa dia mendengar ‘Alqamah bin Waqqas al-Laythi berkata: Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab (ra) di
atas minbar berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (sallallahu ‘alayhi
wasallam) bersabda:
b. “Hanyalah amalan2 bergantung kepada
niat2nya, dan bagi setiap seseorang itu apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang
berhijrah untuk mendapat (habuan) dunia, atau untuk menikahi seorang wanita,
maka hijrahnya menurut tujuan dia berhijrah.”
Untuk pengetahuan semua, (a)
adalah sanad, dan (b) adalah matannya. Setiap perawi yang dinamakan di atas
mempunyai latarbelakang yang lengkap di kalangan ulama hadith.
Contohnya, secara ringkas:
Imam al-Bukhari – Nama sebenar Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin
al-Mughirah. Dilahirkan 194H. Seorang Imam besar dalam ilmu hadith dan
kefahaman hadith. Meninggal dunia 256H.
Al-Humaidi (Guru al-Bukhari)– Nama sebenar Abdullah bin
az-Zubair bin Isa bin ‘Ubaidillah bin Usamah. Seorang ulama besar, Hafiz
(hadith), Faqih, dan dipercayai. Meninggal dunia pada tahun 219H di Mekah.
Yahya bin Sa’id
al-Ansari – Daripada golongan tabi’in.
Seorang Imam, Hafiz, Faqih, Hujjah, dipercayai dan tepat (hafalannya).
Meninggal dunia 144H.
Muhammad bin
Ibrahim at-Taymi – Daripada golongan
tabi’in, Seorang yang dipercayai, perawi bagi kitab2 Sunan Sittah (Bukhari,
Muslim, Abu Daud, Tirmizhi, An-Nasaa’i, Ibn Majah). Meninggal dunia 120H.
‘Alqamah bin Waqqas
al-Laythi – Daripada golongan tabi’in.
Seorang yang dipercayai, tepat (hafalannya). Meninggal dunia di zaman Khilafah
Abdul Malik di Madinah.
Umar bin al-Khattab – Sahabat nabi yang masyhur.
Sekiranya sesuatu hadith
tidak mempunyai sanad, maka hadith ini tiada asalnya, dan pada hakikatnya,
tidak wujud. Sekiranya ada sanad tetapi di kalangan perawinya ada yang lemah
ingatan, atau banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadith, atau
pendusta, maka sanad itu dikira lemah dan hadith itu ditolak. Sekiranya sanad
itu terputus kerana adanya seorang perawi meriwayatkan daripada seorang yang
dia tidak pernah jumpa atau tiada kemungkinan berjumpa, maka hadithnya
tertolak.
Ulama2 Islam melarang
meriwayatkan hadith yang lemah, kecuali hadith2 yang tidak berapa lemah sangat dalam Fadha'il a'mal (Fadhilat-fadhilat beramal) menurut satu pendapat ulama.
Masalahnya, siapa antara kita
tahu sesuatu hadith itu kelemahannya teruk atau tidak, boleh digunakan untuk menggalakkan sesuatu amalan atau tidak?
Contoh Perbincangan
tentang hadith yang lemah
Kita ambil contoh salah satu
hadith tentang Nisfu Sya’ban:
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib (ra) bahwa
Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Jika malam nisfu
Sya’ban tiba, maka salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya,
kerana sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke
langit dunia dan berkata: Adakah yang beristighfar kepadaKu, lalu Aku
ampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku berikan rezekinya , adakah
yang tertimpa bala’, lalu Aku selamatkannya, demikian seterusnya hingga
terbitnya fajar.” [Sunan Ibn Majah (1/421)].
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi di dalam kitab al-‘Ilal
(2/561), dan Imam al-Bayhaqi di dalam kitab Sy’uab al-Iman (3/378-379) dan
Fada’il al-Awqat (24).
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam kitab Sunan dengan sanad
berikut:
Ibn Majah ß Al-Hasan bin Ali al-Khallal ß Abdur-Razzaq ß Ibn Abi Sabrah ß Ibrahim bin Muhammad ß Muawiyah bin Abdullah ß bapanya ß Ali bin Abu Talib ß Rasulullah
Semua sanad hadith ini
samada dalam Sunan Ibn Majah mahupun kitab-kitab lain bergantung kepada riwayat Ibn
Abi Sabrah.
Ibn Abi Sabrah – Namanya Abu Bakar (Nama sebenar diperselisihi:
Abdullah atau Muhammad) bin Abdullah bin Muhammad bin Abi Sabrah. Seorang yang
berilmu tetapi dituduh
memalsukan hadith. Meninggal pada tahun
162H.
Seorang ulama hadith bernama
al-Busairi berkata tentang sanad hadith ini: “Isnadnya lemah kerana
kelemahan perawi Ibn Abi
Sabrah.”
Imam Ahmad dan Yahya bin
Ma’in, dua ulama hadith yang masyhur berkata tentang Ibn Abi Sabrah: “Dia memalsukan hadith.”
Ibn Rajab pula berkata: “Isnadnya
lemah.”
Imam al-Munzhiri juga
mengisyaratkan kepada kelemahan hadith ini.
Oleh itu, Imam al-Albani
menghukumkan hadith ini sebagai Mawdhu’, iaitu hadith palsu.
Akhirkata
Saya berharap keterangan di
atas cukup untuk memberikan gambaran bahaya bermain-main dengan hadith tanpa
usul periksa, dan juga menimbulkan kesedaran tentang pentingnya cabang ilmu
Islam yang dinamakan Ilmu Hadith. Semua ini menunjukkan bahawa sumber-sumber
Islam adalah sumber-sumber yang boleh dipercayai dan diyakini.
Semoga Allah membuka dan
melapangkan dada2 kita semua untuk menerima kefahaman agama yang betul.