Soalan saya:
Assalamu'alaikum
wahmatullah wabarakatuh,
Wahai Shaikh kami
yang mulia!
Saya mempunyai
satu soalan tentang makan sahur: Adakah harus bagi seseorang yang mendengar
Azan Subuh untuk meneruskan makan apabila mendengar Azan?[1] Ada beberapa ahli ilmu di
Malaysia yang menyatakan harus untuk meneruskan makan sehingga habis apa yang
di atas pinggan selepas mendengar azan, namun saya tidak puas hati dengan
pendapat ini.
Semoga Allah
memberkatimu.
Shaikh Ali
al-Halaby menjawab:
Sekiranya azan
bertepatan pada waktu terbit Fajar Sadiq, maka tidak dibenarkan makan kecuali
apa yang masih di dalam mulutmu atau di tanganmy sahaja. Manakala, sekiranya
azan tidak bertepatan pada waktu Fajar Sadiq, maka harus makan sehingga terbit
Fajar (sadiq).
Saya bertanya
lagi:
Semoga Allah
memberikan ganjaran baik untukmu, wahai Shaikh kami! Oleh itu, sesiapa yang
mendengar Azan Subuh ketika sebiji pinggan yang penuh dengan makanan berada di
tangannya, tidak dibenarkan baginya untuk terus makan kecuali apa yang di
tangannya dan mulutnya. Dan ini telah diselisihi oleh sebahagian orang dan
berfatwa bahawa ianya harus (untuk meneruskan makan) berdalilkan bahawa
berhenti makan terus akan menyebabkan pembaziran.
Adakah pendapat
ini pernah dikatakan oleh seorang Imam sebelum ini?
Semoga Allah
memberkatimu.
Shaikh Ali al-Halaby menjawab:
Pembaziran apa seperti ini??!!
Subhanallah!
[1] Soalan ini berkenaan dengan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) yang berbunyi: “Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan dan bekas (makanan atau minuman) berada di tangannya, maka janganlah letakkannya sehingga kamu telah selesai hajatmu daripadanya.” [Riwayat Abu Daud, Ahmad dan al-Hakim – disahihkan oleh Imam al-Albani]
No comments:
Post a Comment