Hadith Encyclopedia



بحث عن

Thursday, May 5, 2011

Hadith tentang suara kuat malam Jumaat pertengahan Ramadan

Untuk makluman semua, hadith yang disebarkan ini, seperti yang di bawah ini adalah hadith sangat lemah di sisi ulama hadith dan kebarangkalian palsu.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Saya ada mengumpulkan tiga jawapan ulama yang ditanya tentang hadith ini dalam berbagai lafaznya, dan mereka adalah:
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi (rahimahullah)
2. Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin (http://www.yasaloonak.net/)
3. Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-‘Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah

Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. Oleh kerana jawapan-jawapan mereka panjang-panjang belaka dan penuh dengan hujjah dan keterangan menurut ilmu hadith, maka saya rasa wajar untuk menterjemahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan mereka untuk pengetahuan semua.

Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan:
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -




فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه

“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.”

2. Shaikh Husam ‘Affanah: -




رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن بسند ضعيف فيه محمد بن ثابت البناني قال فيه الحافظ بن حجر ضعيف وفيه ايضاً الحارث بن عبد الله الأعور الهمداني، قال فيه الحافظ ايضاً: كذبه الشعبي في رأيه ورمي بالرفض وفي حديثه ضعف.
وهذا الحديث ذكره صاحب كنز العمال وأشار إلى أن الحديث رواه نعيم وهذا الحديث على كل حال ضعيف ولا تقوم الحجة به.
وقد وردت روايات أخرى ضعيفة كرواية أبي أمامة عن الصيحة التي تكون في النصف من رمضان.. ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال بعد أن ساقها بإسناده " هذا حديث لا يصح.. قال العقيلي وهو متروك الحديث - يعني أحد رواته - وقال ابن حبان كان يسرق الحديث ولايحل الاحتجاج به وقال الدارقطني منكر الحديث.. الخ ".
وأما رواية الحاكم التي أشرت إليها فقد قال الذهبي عنها (ذا موضوع - أي مكذوب- ومسلمة ساقط متروك) وذكره ابن الجوزي في الموضوعات أيضاً.
وبهذا يظهر لنا أن الأحاديث لا تثبت عن الرسول صلى الله عليه وسلم وعلى الناس أن يحذروا من نشر الأحاديث الساقطة وإنما عليهم الرجرع إلى ما صح عن الرسول صلى الله عليه وسلم.
“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.”

Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-‘Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.

Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-‘Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’... [dan seterusnya]”

Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).”

3. Dr. Hatim al-‘Awni: -



لهذا الحديث ألفاظٌ متعدّدة، وروايات عِدّة، وكلّها لا يصحّ منها شيء.
“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.”

Itulah sahaja yang sempat saya terjemahkan. Semoga kita dapat menyebarkan pembetulan ini dan lebih berhati-hati dalam menyebarkan apa sahaja yang dikatakan “SABDA RASULULLAH”.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):



مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
“Sesiapa yang menceritakan hadith yang dilihat sebagai dusta, maka dia termasuk salah satu di antara dua orang yang berdusta.”
[Sahih Muslim]

Maksudnya, pendusta pertama adalah orang yang mencipta hadith ini, dan pendusta kedua adalah sesiapa yang menyebarkannya.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):



مَن كَذَب عليّ مُتعمِّدًا فليتبوَّأْ مَقْعَدَهُ من النار
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka.”
[Sahih Muslim]

Oleh kerana itu, sahabat-sahabat nabi sangat berhati-hati dalam menyebutkan sesuatu itu daripada nabi Muhammad (sallallahu ‘ayahi wasallam).

Adapun tentang 2012 yang banyak diperkatakan, ini adalah soal lain, dan perlu dikaji lebih mendalam, berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih, dan peristiwa-peristiwa dunia yang sudah, sedang dan akan berlaku. Allahu a’lam.

19 comments:

  1. Jazakumullah.
    berkenaan 2012, apakah yg banyak disebut dan adakah asasnya menurut pandangan enta?

    ReplyDelete
  2. Berkenaan 2012, ada banyak spekulasi tentang tahun ini, samada di kalangan orang Islam mahupun orang-orang bukan Islam.

    Yang saya tahu bahawa Sukan Olimpik akan diadakan pada tahun tersebut. Spekulasi-spekulasi yang banyak dibincangkan, seperti Armageddon, Planet Nibiru, Alien invasion, dan macam-macam lagi di dalam internet hanya sekadar bacaan sahaja, dan tidak boleh dibenarkan sehinggalah ianya berlaku secara hakikatnya.

    Yang penting bagi umat Islam adalah, kejadian-kejadian di dunia sekarang seolah-olah suara kuat melaungkan tanda kiamat sudah hampir, dan sebelum kiamat akan muncul Imam Mahdi, Nabi Isa, dan Dajjal. Kita hendaklah bersedia untuk menghadapi ini semua, kerana ada kemungkinan besar akan berlaku di zaman kita.

    Kembalilah ke jalan Allah, menurut Quran dan Sunnah, dan di atas manhaj Nubuwwah, tidak lain jalan mereka yang menerima didikan Rasulullah (sallalahu 'alayhi wasallam) sendiri.

    ReplyDelete
  3. Sukan Olimpik dan juga Euro 2012...:)
    Spekulasi yang disebarkan oleh barat boleh jadi adalah propaganda untuk terus menekan muslim seluruh dunia.
    Pandangan enta tentang perkembangan terkini jazerah arab? boleh jadi tak ianya didalangai oleh zionis?

    ReplyDelete
  4. Lihat apa katanya Albert Pike dalam suratnya kepada Mazzini bertarikh 15 Ogos 1871 tentang ramalan tiga perang dunia di:

    http://www.pakalertpress.com/2010/07/19/albert-pikes-amazing-predictions-of-three-world-wars/

    Katanya tentang Perang Dunia Ketiga:
    "The Third World War must be fomented by taking advantage of the differences caused by the “agentur” of the “Illuminati” between the political Zionists and the leaders of Islamic World. The war must be conducted in such a way that Islam (the Moslem Arabic World) and political Zionism (the State of Israel) mutually destroy each other. Meanwhile the other nations, once more divided on this issue will be constrained to fight to the point of complete physical, moral, spiritual and economical exhaustion. We shall unleash the Nihilists and the atheists, and we shall provoke a formidable social cataclysm which in all its horror will show clearly to the nations the effect of absolute atheism, origin of savagery and of the most bloody turmoil. Then everywhere, the citizens, obliged to defend themselves against the world minority of revolutionaries, will exterminate those destroyers of civilization, and the multitude, disillusioned with Christianity, whose deistic spirits will from that moment be without compass or direction, anxious for an ideal, but without knowing where to render its adoration, will receive the true light through the universal manifestation of the pure doctrine of Lucifer, brought finally out in the public view. This manifestation will result from the general reactionary movement which will follow the destruction of Christianity and atheism, both conquered and exterminated at the same time.”

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    saya nak mintak copy bole tak? sebab saya ada post pasal hadis yg lemah tu. tp saya tak tau pulak hadis tu palsu dan lemah. oleh itu saya nak mintak copy semua hadis kt atas ni dari encik. bole tak?

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum,
    saya ada baca dlm fb kump. sekolah saya tentang hadith di atas mengatakan tentang ramadhan 2012 kelak.pada mulanya agak terkejut juga tapi saya cuba cari kesahihan hadith ini dan saya tjumpa blog encik.jadi sya nak copy link dan post semula dlm fb kump saya spy mereka boleh tahu yang hadith itu lemah (sebenarnya, ada dah post link pun.baru nak btanya kebenaran).maaflah.dan terima kasih

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam warahmatullah wabarakatuh,
    Alhamdulillah, semoga Allah memberikan ganjaran yang banyak kepadamu atas niat murni ini. Mudah-mudahan Allah merekodkan amalan ini sebagai usaha jihad dengan ilmu untuk membersihkan Islam dan semua yang berkaitan dengannya daripada sumber-sumber yang tidak sahih.

    ReplyDelete
  8. salam'alaik . boleh saya tahu tentang sanad sahih muslim yg merah merah tu ? dalam hadis yang anda beri tiada sanad dari sahabat jadi boleh saya tahu siapa sahabatnya ? sekadar bertanya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... Apakah laman2 web yg bahasa Melayu yg berbincang tntg hadis scr lbh detail? Saya tak berapa pandai utk membaca laman2 web yg b'bahasa Arab..

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam,
    Allahu a'lam. Saya pun kurang mencari website melayu untuk perincian tentang hadith, sekadar search untuk membantu terjemahan sahaja. Kalau nak dengar syarahan kitab hadith, samada recording suara ataupun video, saya syorkan website:

    www.darulkautsar.net

    ReplyDelete
  11. terime kasih.. saye mintak copy ye,, sb rmi rkn2 saye yg bertanye pasal hadith ni..

    ReplyDelete
  12. Saya kata bahawa hadis ini mungkin benar. Dan kalau diikutkan kata kunci hadis ini ialah:

    1)Tahun berlakunya banyak gempa bumi. Kalau ikut kan ulama terdahulu yang hidup. Jarang berlaku gempa bumi yang banyak dalam masa setahun. Itu sebab ulamak terdahulu atau puak salafi beranggapan bahawa hadis ini lemah sebab mereka hidup ditahun dimana gempa bumi jarang berlaku atau tiada pada tahun itu. Gempa bumi banyak berlaku di tahun 2011, 2012 dan keatas. Kalau diikutkan sebelum tahun 2010 jarang berlaku gempa yang berpanjangan.

    2) Kata kunci kedua ialah anda buka google blog search dan baca mimpi pasal kiamat yang ditulis. Disitu anda dapat simpulkan bahawa ramai orang bermimpi akan hadis ini. Ingat Sabda Rasullullah dalam hadisnya yang berbunyi: Bila hampir kiamat, Setiap mimpi orang beriman akan bermimpi benar, Dan orang paling soleh pada waktu itu adalah mimpi yang paling tepat.

    Saya harap anda dapat fikirkan.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kepada yang memberikan komen dan buah pandangan ini. Saya terpaksa menulis satu artikel lain untuk menjawab komen ini. Sila rujuk kepada artikel berikut:

    http://abukhadeejah.blogspot.com/2012/07/mungkinkah-hadith-tentang-suara-kuat-di.html

    ReplyDelete
  14. aslm..coba pula kaji hadith dari Huzaifah alYamani, dari Rasulullah saw..yg diriwayatkan oleh alImam AdDailami..mengenai tajuk yg sama..Hadith Dhaif adalah daripada mulut Baginda saw sendiri,yg lemah adalah susur sanadnya, disebabkan salah seorang rawi ada kelemahan,bukan kerana nabi saw tidak perkatakan dari asal. jika Nabi tidak mengucapkan dari asal, maka itu jelas hadith Maudhu'..Maka, fahamilah..sebab itu, hadith2 dhaif boleh diamal utk Fadhail A'mal. lagi, jgn merujuk hanya kepada satu madrasah pemikiran shj,rujuk juga kepada Muhaddithin yg masih banyak di sekitar kota Makkah, Madinah, Mesir, Syria dll yg mengikut manhaj Talaqqi dan musyafahah dari guru bersambung hingga kepada Sohibur Riwayah.. wallahu a'lam bissowab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam warahmatullah wabarakatuh,
      Adakah maksud antara hadith berikut:
      يأتي على الناس يتمنون فيه الدجال لما يلقون في الدنيا من الزلازل والفتن والبلايا
      "Akan datang manusia akan mengharapkan munculnya Dajjal kerana gempa2 bumi, fitnah2 dan bala2 yang mereka hadapi di dunia."
      Ya, hadith ini hadith sahih, seperti kata al-Haythami dan al-Albani. Hadith ini dalil bahawa akan ada banyak gempa bumi akan berlaku di akhir zaman, namun ianya tidak menguatkan hadith Suara kuat malam Jumaat.
      Allahu a'lam.

      Delete
    2. Saya tidak menafikan mahu menolak bahawa di akhir zaman akan berlaku banyak gempa bumi. Saya cuma mengatakan bahawa hadith suara kuat Malam Jumaat ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan sandaran. Terdapat hadith2 lain yang membuktikan akan berlakunya banyak gempa bumi di akhir zaman.

      Tentang hadith2 da'ef boleh diamalkan, ini bukannya sesuatu yang sepakat di kalangan ulama hadith. Malah sebahagian mereka meletakkan beberapa syarat. Di antaranya, hadith itu boleh diamal tanpa mempercayai ianyanya sabit daripada nabi.

      Hadith da'ef diketahui melalui kelemahan susur galurnya, maka hadith jenis ini tidak dapat disabitkan kepada nabi, dan kita tidak boleh kata ianya berasal daripada sabda nabi, kerana kemungkinannya terlalu banyak:
      1. Mungkin ia adalah pendapat sahabat tetapi perawi tersilap mengatakan ianya daripada nabi.
      2. Mungkin dia terkeliru antara dua atau lebih hadith.
      3. Mungkin dia meriwayatkan daripada seorang penipu tetapi digugurkan daripada susur galur.

      Dan macam2 kemungkinan lagi. Oleh itu, hadith yang mempunyai susur galur yang lemah tidak boleh dijadikan sandaran, kecuali dalam hal-hal tertentu yang dikenali pakar2 hadith.

      Delete
  15. Mohon share...untuk perkongsian bersama:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persilakan... memang tujuannya untuk disebarkan. Jazaakumullahu khairan.

      Delete