Soalan: Bagaimanakah pulanya cara bagi saya untuk mandi hadas
selepas habis datang bulan (haid).
Maaf kiranya soalan saya ini terlalu 'direct' tapi saya inginkan kepastian kerana ada sebilangan orang yang saya tanyakan memberitahu bahawa saya hanya boleh mandi hadas selepas balutan kaki saya itu dibuka. Jadi jika kaki saya ini berbalut selama lebih sebulan, maka saya terpaksa menanti sehingga ianya dibuka barulah boleh mandi hadas.
Selepas itu saya perlu menggantikan semula solat yang
tertinggal.
Jawapan:
Berhubung dengan hadas besar (dan juga hadas kecil), ada empat pendapat ulama:
1. Perlu mandikan bahagian tubuh yang sihat, dan sapu di atas balutan dengan tangan basah.
2. Perlu mandikan bahagian tubuh yang sihat sahaja.
3. Perlu tayammum, kemudian mandikan bahagian tubuh yang sihat, dan sapu di atas balutan dengan tangan basah.
4. Perlu tayammum sahaja.
Nota: Perkara ini serupa juga untuk wudu’ kecuali ‘mandi’ digantikan dengan membasuh anggota-anggota wudu’.
Pendapat ketiga adalah
pendapat Jumhur ulama (majoriti), berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh
Jabir, namun kesahihan hadith ini dipertikaikan. Pendapat kedua adalah kuat
juga, beralasankan ayat Quran: “Allah tidak membebankan seseorang itu lebih
daripada kemampuannya.” [2:286], dan ianya pendapat mazhab Dzahiri. Pendapat
pertama menambahkan sapuan atas balutan juga atas alasan itulah yang
kemampuannya. Pendapat terakhir pula menjadikan tayammum sebagai alternative,
seperti ianya alternative untuk wudu ketika tiada air.
Saya cenderung kepada
pendapat pertama kerana itulah yang mampu dilakukan, dan sapuan atas balutan
telah dilakukan oleh seorang sahabat, iaitu Abdullah Ibn Umar. Dan sapuan atas
balutan ini hanya langkah berjaga-jaga, dan kerana amalan Ibn Umar tidak cukup
sebagai dalil mewajibkan sapuan atas balutan.Tetapi sekiranya tidak yakin, maka bolehlah dilakukan seperti pendapat ketiga, iaitu pendapat majoriti ulama.
Dan kata-kata orang tu janganlah diikuti kerana tiada alim di kalangan ulama yang mengatakan sedemikian.
Allahu a’lam
No comments:
Post a Comment