Soalan:
Benarkah, kalau seorang isteri tidak mengikut kata suami maka anaknya juga susah untuk mengikut kata ibunya? Minta penjelasan.
Jawapan:
Sebagai penjelasan ringkas, setiap dosa akan ada kesannya buruknya pada sesuatu. Dan dalam hubungan kekeluargaan, sudah pasti akan mempunyai kesan pada perkembangan keluarga itu.
Dan Allah berfirman, mafhumnya:
“Apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan (dosa) tangan2 mu.” [asy-Syu'ara : 30]
Nabi (sallallahu 'alayhi wasallam) pernah bersabda:
“Tidaklah dua orang saling cinta mencintai lalu dipisahkan antara mereka kerana dosa salah seorang dari mereka.” [Riwayat Ahmad dan Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]
Dan di dalam sebuah hadith yang lemah, namun pengajaran juga memberi makna yang baik:
"Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu". [Riwayat at-Tabarani - Hadith Da'if]
Mafhumnya, sesiapa yang tidak berbuat baik kepada ibubapanya, anak2 mereka akan berkelakuan tidak baik dengan mereka. Bayangkan sekiranya ibunya sendiri tidak berbuat baik dan tidak hormat kepada suaminya, bagaimanakah pula anak2nya yang akan pasti ikut contoh orang-orang yang rapat dengan mereka!
Dan bagi ibubapa pula , apakah musibah yang lebih teruk daripada anak2 yang menjadi rosak akhlaknya. Lagipun, seorang anak akan mengikut akhlak ibubapanya. Sekiranya dia nampak ibu tidak ikut kata bapa, dia akan rasa itulah akhlak yang biasa, yang diterima.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment