Soalan: Shaikh-shaikh kami memberitahu kami bahawa Rasulullah (saw) biasa wuquf (berhenti) bacaan ayat al-Quran pada hujung setiap ayat. Oleh kerana bagindalah yang paling arif tentang al-Quran al-Karim, maka wajib setiap muslim mengikut petunjuk baginda dalam bacaan al-Quran, agar dia boleh memperolehi dua pahala, insyaAllah, (iaitu) pahala bacaan dan pahala mengikut sunnah. Tetapi saya lihat para Imam dan Shaikh solat dengan bacaan yang tidak wuquf pada setiap hujung ayat. Apakah yang betul?
Jawapan Shaikh Bin Baz: Yang lebih afdal adalah tartil dan wuquf pada penghujung setiap ayat. Inilah yang afdal, dan inilah yang diketahui daripada bacaan baginda (saw) sepertimana yang diriwayatkan oleh Umm Salamah, bahawa baginda membaca dengan tartil dan wuquf pada setiap hujung ayat. [Riwayat Abu Daud, Tirmizhi dll]
Inilah yang afdal dan lebih bermanfaat kepada qari dan yang mendengar. Inilah lebih afdal. Tetapi sesiapa yang membaca tanpa wuquf pada setiap hujung ayat maka tidak mengapa, tetapi wuqufnya pada setiap penghujung ayat adalah lebih afdal dan lebih difahami qari dan para pendengar.
No comments:
Post a Comment