عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ". أخرجه مالك (1/32 ، رقم 61) ، والدارمى (1/197 ، رقم 718) ، ومسلم (1/215 ، رقم 244) ، والترمذى (1/6 ، رقم 2) وقال : حسن صحيح . وابن حبان (3/315 ، رقم 1040) . وأخرجه أيضًا : ابن خزيمة (1/5 ، رقم 4) ، وأبو عوانة (1/207 ، رقم 669) ، والبيهقى (1/81 ، رقم 386) . وعزاه البيهقى فى المعرفة (1/307 رقم 735) للشافعي
Daripada Abu Hurairah (radiyallahu ‘anhu) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin ingin mengambil wudu’ lalu membasuh mukanya keluarlah (gugurlah) dari mukanya setiap dosa yang dilihat dengan kedua matanya bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu. Apabila dia membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang tangan-tangan itu lakukan bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu. Apabila dia membasuh kedua kakinya, keluarlah daripada kedua kakinya setiap dosa yang kaki-kaki itu lakukan bersama titisan-titisan air atau bersama akhir titisan air (wudu’ ) itu, sehinggalah dia keluar (selesai daripada mengambil wudu’ ) bersih daripada dosa.”
[Diriwayatkan oleh Malik 1/32, no. 61), dan ad-Darimi (1/197, no 718), Muslim (1/215, no 244), at-Tirmizhi (1/6, no. 2) dan mengatakan : (hadith ini) Hasan Sahih, Ibn Hibban (3/315, no. 1040). Juga diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah (1/5, no. 4), Abu ‘Uwanah (1/207, no. 669), al-Bayhaqi (1/81, no. 386), dan al-Bayhaqi meriwayatkan di al-Ma’rifah (1/307, no. 735) dengan sanad melalui asy-Syafi’e.]
Keterangan ringkas:
Aktiviti mengambil wudu’ adalah merupakan amalan yang diajar oleh Rasulullah (sallalalahu ‘alayhi wasallam) untuk membersihkan tubuh badan sebelum mendirikan salat. Tetapi aspek yang lebih penting dan patut diberikan penekanan adalah peranannya dalam penyediaan hamba Allah itu untuk mendirikan salat. Sesungguhnya Allah itu at-Tayyib (Maha Suci), dan hanya menerima yang suci bersih. Oleh itu, Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) mengajar kita untuk mengambil wudu’ untuk membersihkan kita daripada dosa-dosa, disamping membersihkan anggota badan!
Maka, adalah disyorkan agar kita sentiasa sedar dan tahu bahawa ketika kita mengambil wudu’, kita sedang membersihkan diri kita daripada hadas kecil (yang menghalang kita salat), khabath (iaitu kotoran dan najis) dan khataya (dosa-dosa), agar kita dapat menghadap Allah, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci, dalam keadaan bersih dan suci sebenar-benarnya!
قال الإمام النووي في "شرح صحيح مسلم": وَالْمُرَاد بِالْخَطَايَا : الصَّغَائِر دُون الْكَبَائِر, وَكَمَا فِي الْحَدِيث الْآخَر : "مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِر"
Imam an-Nawawi (rahimahullah) di dalam Sharh Sahih Muslim berkata: “Yang dimaksudkan dengan dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil tidak termasuk dosa-dosa besar, sepertimana di dalam hadith lain: “selagimana tidak melakukan dosa-dosa besar.”
Maka, tinggalkan dosa-dosa besar!
No comments:
Post a Comment