Wednesday, May 25, 2011

Keadaan Islam di akhir zaman...

Dari Huzhaifah bin Al-Yaman (ra) berkata, “Manusia biasa bertanya pada Rasulullah saw. tentang kebaikan, sedang aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan, kerana khuatir akan mengenaiku.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, kami dahulu di masa Jahiliyah dan penuh kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (Islam). Apakah setelah kebaikan ini ada lagi keburukan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya.”

Saya bertanya: “Apakah setelah keburukan itu ada kebaikan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya, tetapi ada dukhan.”

Saya bertanya: “Apa dukhan itu?”
Rasul saw. menjawab, ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari.”

Saya bertanya, ”Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”
Rasul saw. menjawab, ”Ya, tetapi ada para penyeru ke neraka jahanam; barangsiapa yang menyambut mereka ke neraka, maka mereka melemparkannya ke dalam neraka.”

Saya bertanya, ”Ya Rasulullah, terangkan ciri mereka pada kami?”
Rasul saw. menjawab, ”(Kulit) mereka sama dengan kulit kita, berbicara sesuai bahasa kita.

Saya bertanya, ”Apa yang engkau perintahkan padaku jika aku menjumpai hal itu?”
Rasul saw. bersabda, ”Komitmen dengan jamaah muslimin dan imamnya.”

Saya bertanya, ”Jika tidak ada pada mereka jamaah dan imam?”
Rasul saw. menjawab, ”Tinggalkan semua firqah itu, walaupun engkau harus menggigit akar pohon sampai menjumpai kematian dan engkau tetap dalam keadaan tersebut.”
(Bukhari dan Muslim)

Merujuk kepada Sharh (penerangan) Imam an-Nawawi dan lain-lain kepada hadith di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan ringkas seperti berikut:



  1. Keadaan Jahiliyah sebelum Islam penuh dengan kejahatan dan keburukan. Oleh itu nabi (saw) sentiasa mengelak perbuatan-perbuatan Jahiliyah.

  2. Islam di zaman Rasulullah (saw) adalah Islam yang murni dan tulen, sekaligus ianya pujian ke atas sahabat-sahabat Rasulullah (Saw) yang diajar oleh Rasul dan beramal Islam seperti ianya diturunkan.

  3. Zaman Ali (ra) selepas pembunuhan Othman(ra) adalah zaman keburukan yang dicemari perpecahan di kalangan umat Islam.

  4. Zaman Muawiyah adalah zaman kebaikan di mana umat Islam telah bersatu semula.

  5. Zaman Muawiyah dan seterusnya dicemari oleh dukhan (asap), di mana Islam bercampur dengan perkara-perkara bukan Islam, Sunnah bercampur dengan bid’ah. Inilah maksud: ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari.” Di dalam riwayat lain disebutkan: “Imam-Imam yang tidak mengikut petunjukku, dan tidak mengikut sunnahku.”

  6. Selepas zaman Muawiyah, keadaan Islam makan bertambah teruk sehinggakan muncul Syaitan bertopengkan Islam memanggil ke jalan Neraka. Mereka muncul daripada kaum itu sendiri, tetapi mendakwah kepada kesesatan dan kekufuran.

  7. Nasihat Rasulullah (saw) kepada umat akhir zaman agar terus berpegang kepada kerajaan Islam yang ada, dan Imamnya. Ini seperti riwayat Abu al-Aswad: “Dengar dan taat, walaupun dia sebat belakang kamu, atau merampas harta kamu!” Imam an-Nawawi menukilkan kata-kata Ibn Battal: “Di dalamnya adalah hujjah bagi semua Fuqaha tentang wajibnya berpegang kepada Jama’at al-Muslimin (kerajaan) dan meninggalkan pemberontakan terhadap para pemerintah.”

  8. Sekiranya tiada kerajaan, maka tinggallah semua kelompok–kelompok yang tidak mengikut al-Quran dan Sunnah dan bersabar.

  9. Dicela sesiapa sahaja yang menjadikan sebagai agama sesuatu yang bertentang dengan al-Kitab dan Sunnah

  10. Wajib membantah kebatilan yang bertentangan dengan petunjuk nabi, walau siapapun orang yang mengajak kepadanya.

Oleh itu, janganlah kita terkejut sekiranya ada di antara amalan-amalan, atau kepercayaan-kepercayaan yang kita sudah lama pegang dan amalkan di masyarakat-masyarakat orang Islam, tetapi pada hakikatnya, bukan menurut petunjuk nabi Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam). Inilah juga salah satu sebab yang sangat penting umat Islam berada di dalam kehinaan dan lemah.

1 comment:

  1. alhamdu lillah tuan
    bagus kenyataan di sini
    boleh kata tak ada pendapat ente

    inshallah

    sekarang ulamak di panggilkan mereka, masuk politik demokrasi, selepas itu mencari ayat ayat, mengatakan Jihad, ...........

    bagaimana ya kita hendak hadapi mereka

    bolehkah guna hadis akhir, dalam cerita tuan paparkan, walau kena gigit, kekalkan, inshallah, Jaga diri lah kan

    saya gemar menulis (al-merapu.blogspot.com)

    boleh tuan beri tunjuk ajar, dalam memahami Islam, Inshallah

    ReplyDelete