Soalan: Kawan saya bertanya tentang seorang ustaz di tazkirah sebelum khutbah Jumaat yang menasihatkan jemaah agar mendengar tazkirah kerana majlis ilmu lebih besar ganjarannya daripada solat sunat. Adakah kata-katanya ini benar?
Jawapan: Benar dan tidak benar. Umumnya, menghadiri majlis ilmu adalah lebih baik daripada solat sunat. Tetapi kita mesti lihat kesesuaiannya, dan jelas sebelum khutbah Jumaat bukanlah tempatnya untuk majlis ilmu. Sepertimana solat sunat mutlaq dilarang pada masa-masa tertentu, begitu juga majlis ilmu tidak sesuai dilakukan sebelum khutbah Jumaat.
Ringkasnya, sebelum khutbah Jumaat adalah:
1. Masa untuk solat sunat sebanyak yang mampu
2. Masa membaca al-Quran, lebih-lebih lagi: Surah al-Kahf
3. Masa memperbanyakkan selawat ke atas nabi
Akibat melakukan tazkirah sebelum khutbah:
1. Mengganggu orang yang ingin menghidupkan sunnah-sunnah yang tersebut di atas
2. Menyebabkan jemaah kurang menumpukan perhatian pada khutbah Jumaat, ataupun tertidur kerana tumpuan yang diberikan kepada tazkirah sebelum itu.
3. Menyebabkan jemaah merasa jemu dengan majlis ilmu
4. Menyalahi sunnah nabi serta amalan as-Salaf as-Soleh yang tidak melakukan perkara ini walaupun mereka mampu. Sekiranya ini sesuatu yang baik, nescaya mereka lebih cepat daripada kita untuk mencari keredhaan Allah.
Mungkin ada yang mengatakan: Kita buat tazkirah sebab orang tidak beri tumpuan kepada khutbah, yang tidak menarik.
Jawapannya: Maka lebih baik tumpukan perhatian kepada pembaikan khutbah Jumaat, kerana itulah yang asal, termasuk memendekkan khutbah. Sabda Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam): "Sesungguhnya, seseorang yang panjang solatnya dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (dalam Islam)." [Sahih Muslim]
Imam al-Albani (rahimahullah) pernah ditanya tentang hukum berkumpul untuk kuliah mengajar (agama) pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.
Beliau menjawab:
“Apa yang kami percaya dan beriman kepada Allah dengannya adalah kebiasaan ini yang berlaku di sebahagian negara arab di mana seorang guru atau khatib menyampaikan satu kuliah atau kata-kata atau tazkirah, sebelum azan Jumaat lebih kurang setengah jam atau sejam lamanya. Ini bukanlah amalan as-Salaf as-Soleh (semoga Allah meredhai mereka). Ini dari satu sudut.
Dari sudut yang lain pula, adalah sedia maklum di kalangan ulama bahawa ada hadith-hadith yang sahih menyuruh orang-orang Islam pergi awal ke masjid jamek pada hari Jumaat, seperti sabdanya (sallallahu ‘alayhi wasallam) “Barangsiapa yang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) pada jam yang pertama adalah seolah-olah dia mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua, seolah-olah dia mengorbankan seekor lembu...” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]
Dan begitulah seterusnya sehingga baginda menyebut kambing, ayam dan telur.
Dan tidak diragukan juga bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) menggalakkan orang-orang Islam pergi awal ke masjid jamek pada hari Jumaat, bukan untuk mendengar kuliah atau menyampaikannya, tetapi hanya untuk meluangkan diri pada hari tersebut untuk beribadat kepada Allah; untuk mengingati (berzikir) Allah; untuk membaca al-Quran, terutamanya Surah al-Kahf; untuk berselawat kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), untuk mengamalkan hadith sahih yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab Sunan dan lain-lainnya, iaitu sabdanya: “Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku.”
Sahabat bertanya: “Bagaimana pula dengan pemergiaanmu?”
Sabdanya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi memakan jasad para nabi.”
Dan sabit juga di dalam banyak hadith seperti juga amalan para sahabat terhadap hadith-hadith ini bahawa mereka akan pergi ke masjid pada hari Jumaat dan solat apa (rakaat) sahaja yang mereka sempat lakukan kerana Iman dan mengamalkan sabdanya: “Sesiapa yang ghassala (membasuh kepala, atau lain tafsiran) hari Jumaat dan mandi, pergi pada awal waktu dan sempat mendengar awal khutbah kemudian solat apa yang dia sempat lakukan (riwayat lain: apa yang ditaqdirkan baginya) diampunkan baginya (dosa-dosa) antara hari itu dan hari Jumaat yang berikutnya.”
[Tambahan penterjemah: Lafaz di Sahih al-Bukhari:

لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى
“Tidaklah mandi seorang lelaki pada hari Jumaat, dan membersihkan dirinya, dan meminyakkan rambutnya atau mengunakan minyak wangi rumahnya, kemudian keluar (ke masjid) tidak membahagikan antara dua orang kemudian solat apa yang ditaqdirkan baginya kemudian diam ketika imam berkhutbah, kecuali diampunkan baginya antara hari itu dan Jumaat yang berikutnya.”]
Maka inilah antara amalan-amalan bagi setiap orang Islam yang datang pada hari Jumaat. Sekiranya diadakan kuliah pada hari Jumaat seperti yang disaksikan di sebahagian negara arab hari ini, maka ianya akan menghalang orangramai daripada semua ibadat-ibadat dan amalan-amalan ketaatan ini, disebabkan gangguannya ke atas orang yang datang ke masjid, dan mereka yang, sekurang-kurangnya, melakukan solat Tahiyat ul-Masjid sahaja pada hari Jumaat. Ketika itu, kuliah ini akan mengganggu dan mengacau orang-orang yang mendirikan solat seperti yang ini, lebih-lebih lagi, yang mesti dilakukan, iaitu solat Tahiyat ul-Masjid, berbanding dengan mereka yang mahu melakukan solat sunat lebih daripada dua rakaat seperti yang diisyaratkan oleh hadith Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam), dalam sabdanya: “kemudian solat apa yang dia sempat lakukan – atau – apa yang ditaqdirkan baginya.”
Telah sabit juga daripada beberapa orang sahabat seperti Ibn Mas’ud dan selainnya bahawa mereka solat 4 rakaat, 6 rakaat atau 8 rakaat. Bagaimana mereka ini yang hendak menghidupkan kembali sunnah ini yang telah dimatikan oleh manusia, sedangkan suara kuliah berkumandang dan mengganggu mereka yang beribadat dan solat? Sedangkan hadith sahih sabdanya: “Wahai orangramai! Setiap orang bermunajat dengan tuhannya maka janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain.”
[Sahih – Malik, Ahmad dan lain-lain]
Oleh itu, seorang guru tidak boleh mengadakan sesi mengajar di tempat yang dikhususkan untuk ibadat yang berbagai-bagai kepada Allah, seperti yang disebutkan sebelum ini. Dengan ini, di dalam kitab-kitab Sunan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Anr bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) melarang daripada membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan) pada hari Jumaat. [Hasan – Sunan Abu Daud, Tirmizhi dan an-Nasaa’ii]
Larangan ini memang masuk akal, dan telah diterangkan sebelum ini tentang gangguan ke atas para hadirin di masjid yang bersolat, berzikir dan berselawat ke atas nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam).
Oleh yang demikian, kami katakan: Tidak boleh diadakan kuliah mengajar pada hari Jumaat kerana:
1. Ianya tidak dilakukan di zaman as-Salaf as-Soleh
2. Ianya mengganggu orangramai dalam amalan ketaatan dan ibadat mereka.
3. Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) melarang mengadakan halaqah-halaqah pada hari Jumaat.
Dan inilah yang saya nak katakan, Allah lebih mengetahui.”
Tentang soalan apa hukumnya guru ini (yang mengadakan kuliah mengajar di hari Jumaat), adakah dia berdosa atau tidak?
Jawab Imam al-Albani (rahimahullah):
“Adalah sedia maklum (dosanya) dari hadith “Janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain.” Atau hadith yang mengandungi tambahan sangat penting: “Janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain dengan itu mengganggu orang-orang yang beriman.”
Gangguan ini, tidak syak lagi, adalah haram dengan nas daripada al-Quran, dan gangguan di sini disebabkan kekacauan, maka tidak betul mengadakan kuliah tersebut.
Jika ada yang hendak mengadakan kuliah, maka selepas solat (Jumaat) ketikamana orangramai ada pilihan untuk mendengar kepada sesiapa yang dia mahu atau tidak. Manakala mengadakan kuliah mengajar sebelum solat Jumaat dan memaksa orang lain mendengarnya sedangkan di kalangan mereka orang yang sedang solat, membaca al-Quran, dan berzikir. Maka ini mengganggu orang-orang beriman.
Mengajar sebelum solat Jumaat tidak dibenarkan.
[Petikan daripada kitab “Al-Lum’ah fi al-Ijtima’ lid-dars qabla solat il-Jumaat”, karangan Shaikh Muhammad Musa Nasr]
Apakah membiarkan mereka berborak adalah lebih baik? maka masa digunakan agar "mereka2" yang berborak itu dapat mendengarnya. Tidaklah salah memberi tazkirah kerana majlis ilmu itu mendapat keberkatan didalamnya. Malah malaikat "hafazah" senantiasa berada di dalam sesuatu majlis ilmu.
ReplyDeletePerkara ini telah selesai beeratus tahun dahulu padamana aliran bermazhab.
Mengapa perlu ditimbulkan kembali???
Maka perbuatlah atas kemampuan sendiri.
Biasanya yg datang awal ke masjid bukan utk berbual. Mereka datang awal utk iktikaf dan buat amalan2 yg disunatkan sempena hari Jumaat.
DeleteTerima kasih kerana sudi memberi komen. Saya akan kemukakan jawapan saya dalam artikel seterusnya.
ReplyDeleteArtikel yang baik kerana disertakan sekali dalil2 yang berkaitan..
ReplyDeletetazkirah sebelum sembahyang jumaat memang sangat menganggu..
tq atas perkongsian ilmu..barakallahu fik..
Mengganggu untuk yang rasa dh pandai,terbaik untuk mereka yang nk belajar,
DeleteSubhanallah...
DeleteMohon baca semula apa yang disebutkan di atas, iaitu "Mengganggu orang yang ingin menghidupkan sunnah-sunnah yang tersebut di atas"..
Adakah usaha menghidupkan sunnah-sunnah nabi pada hari Jumaat sesuatu yang tercela? Tolong jawab sahabatku...
Orang melayu memang hebat dalam menokok tambah amalan sunnah... 😊
DeleteTempat ana baru tadi berlaku...taskirah dari ustad seleberiti lagi....malah siap mempromasikan jualan buku-buku agama tulisannya dari sebuat syarikat buku. Apa yang lagi menyedihkan sudah masuk waktu azan jumaat pun masih diteruskan lagi hingga 10 minit lebih. Azan jumaat diazankan lewat untuk beri laluan untuk promasi tersebut.
ReplyDeleteJemaah ada yang hendak segera kerana masa rehat dan solat terhad dan perlu masuk kerja semula. Sememangnya taskirah sebelum jumaat adalah tidak sesuai dan menganggu.
Begitulah bila penguasa masjid tanpa ilmu memimpin dan ustad2 dunia yang diberi ruang. Amat bertentangan dengan amalan para salafusoleh.
Muga Allah memberi hidayah pada kita semua.
Wallahu'alam.
Jika kalian mengatakan demikian bermakna kalian menolak salah satu sunnah iaitu dakwah.kalian berkata demikian mungkin kalian sudah pandai atau ayat yg sebetulnya EGO.INGATLAH
ReplyDeleteSubhanallah sahabat!
DeleteHati2 jangan menuduh. Sunnah Dakwah tidak pernah ditolak, malah lebih penting adalah ADAB BERDAKWAH adalah BERDAKWAH DENGAN ILMU.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah di atas baseerah (ilmu yg yakin), aku dan sesiapa yang mengikut aku (berdakwah sepertiku jua)..."
[Yusuf:108]
Maka kalau nak "ikut Sunnah dakwah", maka dakwahlah kepada ikut Sunnah nabi, dan laksanakanlah sunnah nabi. Itulah yang saya sampaikan di atas.
Semoga Allah buka mata hati kita untuk menerima Sunnah nabiNya.
Kalian cuma pandai jatuhkan hukum ja,tapi perlaksanaan oooooo i seee,dalam al quran dan hadith mcm mcm hukum dok ada,tp pwrlaksanaannya mana?org org mcm kamu mengatakan dlm matematik 1 tolak 3 jadi 2 tp matematik islam pula mcmmana.klu solat ambik 3 ja tolak 2 kan kan,
ReplyDeleteWahai sahabat...
DeletePerlaksanaan Sunnah-sunnah nabi lah yang saya tekankan di dalam artikel di atas...
Salah ke saya sebut sunnah-sunnah di atas dan ajak kawan-kawan semua beramal dengan Sunnah nabi? Yang sahih....
Jangan lupe buang speaker yg kt atas tu,nnti mengganggu org dok mengaji al quran,cukup bagi dengar ja,sama mcm azan,jgn pakai speaker nnti mengganggu
ReplyDeleteWahai sahabat...
DeleteKenapa speaker disalahkan pula? Speaker tidak salah kerana ianya alat untuk menyampaikan suara kita lebih jauh untuk manfaat umat.
Maka sekiranya ianya digunakan untuk melaungkan azan, maka itu hukumnya sunat sebab lebih besar manfaatnya daripada tidak menggunakan speaker.
Tetapi sekiranya speaker itu digunakan dengan cara yang salah:
1. mendendangkan lagu-lagu
2. melaungkan maki hamun
3. memanggil kepada kesesatan
Sebenar nya saya sudah lama mencari penjelasan dalam bentuk tulisan. Dari U-Tube perkara melarang para ustaz mengadakan Tazkirah sudah banyak saya dengar. Walau pun sebelum ini saya telah ketemui hadis Rasulullah S.A.W yang melarang tok tok lebai memberi tazkirah sebelum azan Juma'at di kumandang kan. Ia nya di larang kerana "MENGGANGU" mereka yang sedang beritikaf. Mereka pula melakukan iktifah dalam pelbagai cara.
ReplyDeleteSecara jelas mengapa saya terpaksa mencari masjid masjid di kawasan yang tidak melaku kan "TAZKIRAH" kerana saya enggan bersubhat dengan perkara yang bukan dari sunnah Rasulluh S.A.W. Umum tahu bahawa masyarakat Melayu kerap melanggar sunnah dan di ubah nama nya kepada adat. Lihat sahaja pada upacara kenduri kahwin, beberapa unsur upacara agama lain terangkum di dalam nya. Pengkembumian mayat dan tahlil arwah yang tidak mengikut sunnah. Sebenar nya banyak lagi yang bercanggah dengan sunnah.
Saya yang penuh dosa ini dengan sedaya upaya cuba untuk tidak melakukan apa yang di panggil adat yang menyalahi sunnah itu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemua dalil2 yg anda sebutkn diatas tu tidak bertepatan langsung dgn isu ini...kecuali hadis ibnu shuaib, itupun larangan yg disebut jelas terhadap halaqah2 yg berasingan (itu yg menganggu ) bkn spt majlis taalim yg dibuat org.
ReplyDeletekalau dh kbyykn jemaah blm faham ttg sah/ batal solat itu bgmana nk buat solat jumaat ?.apa pula hukum belajar ketika itu ?!
bgmana anda blh dahulukn perkara2 sunat atas yg wajib dlm hal ini?...lgpun masa yg diambil setengah jam shj. apakah makmum yg dtg 2/3 jam sblm itu tak sempat solat sunat 8 rakaat dn mmbaca surah alkahfi?.!
pernahkh anda buat bancian berapa peratus jemaah yg dtg masjid (hari jumaat shj) tu faham hukum hakam solat ? bacaan mereka betul.? ..anda rasa blh bawa mereka ni ke masjid utk diajar bab solat mcm mereka hadir hari jumaat?...atau biarkn shj mereka hingga mati dlm keadaan jahil ,kmdian salahkn tok2 lebai sbb tak pandai tarik mereka ke majlis ilmu ?!
"Jemaah belum faham ttg sah/batal solat"...
DeleteAna setuju....
Kenapa tidak sampaikan dalam khutbah? Bukankah mendidik umat adalah tujuan khutbah disyariatkan...
Lagipun... Orang yg datang awal biasanya memang yang selalu ikut kuliah2 dan solat di masjid.... maka target yang lebih memerlukan kepada kesedaran dan ilmu adalah yang datang cukup2 masa sahaja ataupun lewat....
alasan yg anda senaraikn diatas pun semuanya tanggapan mengarut anda shj... org dh amal lama tak ada masalah begitu pun , bahkn ramai jemaah yg tertunggu2 nk ambil kesempatan menimba ilmu sambil beriktikaf... tak sah kah iktikaf sambil mengaji???
ReplyDeleteKuliah biasanya hanya beberapa minit sebelum azan.Masih banyak waktu sebelumnya jika nak buat amalan2 yg lain.
ReplyDeleteBaarakallahu feek...
ReplyDeleteAna berterima kasih atas komen2....
Ana tidak nafikan hanya beberapa minit, walaupun tidak semestinya sedemikian...
Cuma kita kena ubah mindset daripada "menambah" kepada memperbaiki sekiranya pincang....
Cuba fikir "ikut format ibadat asal yang nabi lakukan"... kalau tak sempurna, cuba perbaiki kekurangan dalam PERLAKSAAN "format asal"... bukan buat tambahan dan biarkan kekurangan perlaksanaan....
Maksud ana....
Apa yang ana sebut di dalam artikel hanya menekankan pentingnya kita ikut bagaimana nabi ajar umat untuk isi hari Jumaat setiap minggu.... Itulah "format asal"...
Soalan: Di manakah silapnya dalam mengikut "format asal"?
Sekiranya tiada silap, kenapa perlu tambah tazkirah? Adakah cara kita "lebih baik" daripada petunjuk yang dicontohkan oleh Rasulullah?
Sabda nabi: "Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad."
Adakah "petunjuk Muhammad" sudah tiada nilai lagi untuk umat Islam perjuangkan??
Sekiranya ada kepincangan dalam perlaksanaan "format asal" iaitu khutbah tidak menarik, kenapa tidak digembeling tenaga dan fikiran untuk perbaiki penyampaian khutbah? Kenapa mudah mengalah dan gunakan "wang" lebih untuk bayar ustaz2 beri tazkirah sebelum azan?
Apakah kita ini lebih baik dari nabi saw. ? Melakukan apa yg nabi saw tidak buat. Apakah kita masih menyangka yg apa yg nabi saw itu bawa masi belum sempurna? Sehingga kita berani menambah-nambah.
ReplyDelete