Saya tidak faham.... Mengapakah dalam bidang-bidang ilmu dunia, kita sepakat mencari pakar terbaik bidang itu (sekiranya mampu), ataupun sesiapa yang pakar dalam bidang itu, tetapi di dalam agama, lebih-lebih lagi bidang hadith, umat Islam umumnya masih lagi tidak merujuk kepada pakar-pakar hadith, ataupun sekurang-kurangnya kitab-kitab hadith, samada yang di dalam bahasa arab mahupun yang ditulis di dalam bahasa melayu. Akibatnya, banyak lagi amalan-amalan yang tidak berasaskan sumber-sumber yang sahih di amalkan di seluruh Malaysia, dan di Indonesia.
Ini termasuk amalan-amalan di bulan Rejab, Sya'aban dan sebagainya yang telah banyak wujud kitab-kitab yang menerangkan tentang hadith-hadith palsu tentang amalan-amalan seumpama itu!
Sia-sia sahajalah pakar-pakar hadith ini menghabiskan tenaga mereka untuk mempelajari suatu bidang ilmu yang sangat sukar untuk dikuasai. Sia-sia sahajalah karya-karya para ulama hadith yang tersohor dahulu sehingga sekarang!
Kajilah semula hadith-hadith yang digunakan. Sekiranya kita berpenyakit, kita ikut nasihat doktor yang pakar, atau badan kita akan binasa... Mengapakah dalam bidang agama, kita tidak bersikap sedemikian?
Firman Allah: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” [al-Isra:36]
Sekiranya penglihatan, pendengaran, dan gerak hati semuanya dipertanggungjawabkan, apatah lagi hadith-hadith yang kita gunakan dalam ceramah dan petunjuk!
Dan sabda Rasulullah (sallalahu ‘alayhi wasallam): “Barangsiapa yang meriwayatkan sebuah hadith dariku yang dipandang sebagai dusta, maka termasuklah ia sebagai salah seorang pembohong!”
[Sahih Muslim]
Kenapa wujud hadith-hadith palsu dan lemah?
Secara ringkasnya, faktor-faktor yang mendorong lahirnya hadith-hadith palsu, seperti yang diterangkan para ulama hadith, adalah seperti berikut:
1. Politik
2. Fanatik kepada sesuatu kaum
3. Fanatik Mazhab
4. Golongan zindiq dan munafik
5. Ahli-ahli bid’ah
6. Golongan sufi yang sesat
7. Ulama jahat
8. Tukang-tukang cerita
9. Orang-orang yang mencari rezeki
10. Orang-orang yang mencari nama
Pendapat yang mengatakan harus beramal dengan hadith lemah bukanlah alasan! Kerana yang tahu sesuatu hadith itu lemah dan boleh diamal adalah ulama hadith, dan bukan sesiapa sahaja! Dan ulama yang membenarkan hadith lemah diamal meletakkan syarat-syarat!
Senang cerita, gunalah hadith-hadith yang sahih! Kitab-kitab sudah banyak di pasaran yang menerangkan hadith-hadith palsu dan lemah, dan yang menyenaraikan hadith-hadith yang sahih. Laburkanlah tenaga, wang serta masa untuk menyemak hadith-hadith yang digunakan, agar di Akhirat nanti kita tidak menyesal!

Assalamu'alaikum,
ReplyDeleteTulisan yang menarik. Semoga ditulis lagi tulisan-tulisan berbuah fikiran yg lagi tajam seperti ini.
Mudah-mudahan umat melayu sedar akan bahayanya menggunakan hadith-hadith palsu dalam amalan-amalan yang bukan sahih daripada amalan Rasulullah SAW.
Semoga Allah berikan ganjaran baik kepada saudara Ikmal, atas kata-kata galakan itu. Semoga Allah memberikan taufiqnya kepada saya agar dapat meneruskan usaha dakwah, menimba ilmu dan menyebarkannya dan membuka hati-hati umat Islam kepada kebenaran. Semoga Allah memberikan saya keikhlasan dalam semua usaha ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteI would like to share my view regarding this article.
First of all, you must remember that human are prone to making mistake in their life.Does not matter who they are, sahabat or imam, they will write Hadith according to his understanding and interest! Eventually, the content of the Hadith is contracdicting with the Koran. That is why you have many type of Hadith, Sahih and Not Sahih. And you also have Hadith Qudsi, and Nabawi! The only word from Allah is Koran, and Hadith is word from men. You cannot compare those two.
But, Koran is from Allah. Allah will protect the Koran forever til Kiamat. Therefore, we should not be spending too much time focusing on studying the Hadith, instead we should change our focus and study the Koran.
Can you imagine how great would it be if all the people in Malaysia or even Indonesia where they have the most Muslims in any Muslim country in thw world, study the Koran believe in His words. Alllah will bestow upon us great victory and we will be among the winners during the Day of Judgment. But if we choose not to believe in word of Allah, then we will surely suffer the retribution from Him right here in this world. That is why you see many Muslim in the muslim country do not get the blessing from Allah. Because we do not follow the Koran anymore, instead we follow the Hadith. We speak highly of Hadith, about the science of Hadith, and how good is Abu Hurairah of his narration. But we forget to worship Allah and study the Koran. We do not speak highly of Koran instead we said Koran is not complete, hard to read and not fully detailed. But Koran stated the opposite.
Please study the Koran and forget about how great is Hadith and its narration system! Its human made books and not from Allah. Koran is from Allah that was sent down to us though Prophet Muhammad. So, if we love Muhammad, we follow Koran only.