Ini rumah syirik baru di sebuah kilang di Selangor. "Hantu"nya bernama Tun Datuk Samsudi Ali yang kononnya telah mati pada tahun 1363. Kopiah disediakan (lihat sebelah patung)!
Mereka memuja "Tun" ini agar dia boleh memperkenankan "doa-doa" mereka kepada Tuhan...
Firman Allah: "Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: 'Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah.' Katakahlah (wahai Muhammad): ' Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?' Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)."
[Surah Yunus: 18]
Konsep di atas digunapakai oleh orang-prang musyrikin Mekah, dan juga semua agama yang wujud di seluruh dunia, kecuali Islam! Inilah beza Islam dengan agama-agama lain, di mana semua makhluk diletakkan di tempatnya, dan Allah tidak dipersekutukan dengan mana-mana makhluk ciptaanNya.
Namun menyedihkan, sebahagian orang Islam juga menggunapakai konsep ini apabila mereka menyeru dan berdoa kepada wali-wali, yang dianggap akan memberi syafa'at bagi pihak mereka di sisi Allah. Mereka lupa bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui! Mereka hanya perlu berdoa TERUS kepada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Seperti sabda nabi (sallallahu 'alayhi wasallam) kepada Ibn 'Abbas: "Apabila kamu meminta, mintalah daripada Allah! Apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah daripada Allah!"
Lihatlah sendiri perkara yang tidak masuk akal pun mereka boleh percaya!! Seolah-olah sudah hilang akal!
1) Tun Datuk Samsudi Ali yang (kononnya) mati pada tahun 1363. Ketika itu Tanah Melayu belum menerima Islam lagi, dan Parameswara (1344 - 1414) pun belum sampai lagi, agaknya sedang belajar untuk STPM.... Bagaimana Tun Datuk ini sudah diberikan nama Islam?
2) Datuk Arang Batu bin Osman yang (kononnya) mati pada tahun 1636. Ketika itu Tanah Melayu belum menjadi negara industri, maka dimanakah mereka mengenali nama "Arang Batu" sehinggakan En. Osman (bapanya) telah menganggap nama "Arang Batu" adalah sesuatu yang penting, atau berharga, lalu beliau menamakan anaknya "Arang Batu", dan tidak pula memberikan anaknya nama Islam, sedangkan namanya sendiri adalah nama yang baik, iaitu Osman!!??
Untuk pengetahuan, nama-nama ini bukan diberikan sewenang-wenangnya, tetapi ianya diperolehi dengan kaedah "menurun", iaitu roh yang memasuki badan 'pemuja roh'. Maka, bagi mereka nama itu adalah nama individu yang wujud, oleh itu ada tarikh matinya!

Nampaknya, ada orang yang kena tipu dengan "hantu"....
Firman Allah: "Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
[Surah al-Jinn: 6]
Janganlah kita hilang pertimbangan kita.... Gunalah akal untuk mengenal kesesatan... Janganlah terlalu percaya dengan orang yang bercakap tanpa berasaskan dalil daripada Quran dan Hadith, kerana Quran dan Hadith bersumber daripada wahyu! Dan wahyu menjelaskan bahawa kita dilarang meminta dengan makhluk yang dicipta Allah, tetapi sembahlah Allah yang Maha Mencipta, mintalah daripadaNya!
Inilah perbezaan yang paling ketara antara Islam dan agama-agama lain.
Semoga ini menjadi iktibar (pengajaran) kepada kita agar kita jauhi daripada syirik, iaitu dosa yang akan menyebabkan pelakunya kekal di Neraka Jahannam! Na'uzubillah min zalik.
Lihat juga :
How To Buy This?
ReplyDelete