Sunday, March 7, 2010

Tauhid Tiga Serangkai - Tauhid Wahabi? Mufti Kelantan juga Wahabi?

Tauhid Tiga Serangkai dikatakan Tauhid Wahabi. Kalau begitu Mufti Kelantan juga Wahabi! Lihat:



Bicara Mufti –Syirik
oleh S.S. Dato Hj. Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan

Lokasi: Kota Bharu, Kelantan


HAKIKATNYA: Sesiapa yang mengatakan Tauhid Tiga Serangkai adalah Tauhid Wahabi dan sesat, maka dialah yang tersilap! Komponen-komponen Tauhid Tiga Serangkai memang banyak disebut di dalam tulisan-tulisan ulama silam, sebelum Shaikh Muhammad Abdul-Wahhab (yang dikatakan pengasas Wahabi) dan Shaikh al-Islam Ibn Taymiyah.

TAUHID TIGA SERANGKAI:

1) Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang mencipta (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan Syirik dalam Rububiyah.

2) Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa mengalihkan tumpuan apa-apa bentuk ibadat kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Uluhiyah.

3) Tauhid Asma was-Sifat - Mengesakan Nama-Nama dan Sifat-sifat Ketuhanan yang sempurna, kamil dan mutlak HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian semesta alam. Oleh itu, sesiapa yang memberikan walaupun satu sahaja daripada nama atau sifat Allah yang sempurna kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam Asma was-Sifat.

No comments:

Post a Comment