عن مُعَاوِيَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: ( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ) [متفق عليه]؛
Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]
Faedah-faedah daripada hadith di atas:
1) Sesiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, kefahaman agama akan diberikan kepadanya - Allah membuka jalan baginya untuk memahami agama dan beramal dengannya, dan penghujungnya ganjaran Allah di Akhirat, iaitu Syurga.
2) Sesiapa yang mempunyai kefahaman agama, itu tandanya Allah mahukan kebaikan baginya - Tanda bahawa Allah mahukan kebaikan, dan sayang kepada seseorang itu adalah dia mempunyai kefahaman agama yang benar.
3) Darjat seseorang di sisi Allah berbeza-beza - Semakin tinggi kefahaman agama atau ilmu seseorang itu, semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah.
4) Sifat Iradat (berkehendak) adalah salah satu sifat Allah yang sabit kepadaNya - Sekiranya tidak, maka apa yang diucapkan Rasulullah tidak bermakna langsung.
5) Kefahaman agama adalah pemberian Allah - Kefahaman agama bukannya diperolehi disebabkan kecerdikan mahupun hasil usaha manusia, tetapi ianya pemberian daripada Allah, serta taufiq daripadaNya. Namun kita mesti tetap berusaha dengan gigih untuk mempelajari ilmu agama, tetapi jangan lupa bahawa kejayaan di Tangan Allah dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberikan ilmu yang bermanfaat.
6) Fiqh (kefahaman) yang sebenar adalah kefahaman yang disertai amal yang diterima Allah - Memang ramai orang-orang yang fasiq dan kafir mempunyai ilmu di dalam agama Islam, namun mereka tetap fasiq atau kafir kerana tidak beramal dengan ilmu yang mereka telah perolehi.
7) Kelebihan atau Fadilat ilmu dan kefahaman tentang agama dalam Islam - Sekiranya ganjaran mereka yang berhak menerima kebaikan daripada Allah adalah kefahaman agama, ini menunjukkan kelebihan ilmu dan kefahaman agama di sisi agama.
8) Kehendak Allah tidak boleh dipersoalkan - Firman Allah: "Dia (Allah) tidak dipersoalkan tentang perbuatanNya, tetapi mereka yang akan dipersoalkan." [al-Anbiya: 23]
9) Kehendak Allah berdasarkan kebijaksanaannya - Ganjaran orang yang berhak menerima kebaikan, iaitu kefahaman agama, menunjukkan kebijaksaan Allah. Bayangkan sekiranya oleh berikan kekayaan, tanpa kefahaman agama, sudah tentu semakin rosak hamba Allah itu, kerana dia tidak tahu halal haram, maka semakin jauh daripada Allah. Tetapi pemberian kefahaman agama akan membuahkan amalan yang betul, dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana amalannya. Firman Allah: "Masuklah syurga dengan sebab amlanan-amalan kamu." [an-Nahl: 32]
10) Pemberian Allah Hanya kepada sesiapa yang berhak menerimanya - Kita tidak perlu persoal pemberian Allah, kehendak Allah, kerana kita beriman bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. PemberianNya, HANYA diberikan kepada sesiapa yang berhak menerimanya, menurut Pengetahuan dan Kebijaksaan Allah. FirmanNya: "Sesiapa yang mengikut dan beramal dengan petunjuk, Allah akan tambahkan petunjuk baginya dan berikan kepadanya Taqwa." [Muhammad: 17]
11) Kefahaman tentang Islam boleh terbahagi kepada dua: Kefahaman betul dan kefahaman salah - Setiap manusia di atas mukabumi ini yang tahu tentang kewujudan agama Islam, mempunyai kefahaman tertentu mengenainya, samada betul atau salah, banyak atau sedikit. Dan penting kita iktiraf wujudnya kefahaman Islam yang betul dan kefahaman Islam yang salah agar kita mencari yang betul dan tinggalkan yang salah.
12) Sahabat-sahabat nabi adalah generasi yang paling betul dan lurus kefahamannya tentang Islam - Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) pernah bersabda : "Sebaik-baik manusia (selepas para nabi) adalah generasiku, kemudian (generasi) selepasnya, dan kemudian (generasi) selepasnya." [Bukhari dan Muslim] Sekiranya mereka adalah sebaik-baik manusia, maka kefahaman mereka tentang Islam adalah sebaik-baik kefahaman agama. Ini tidak syak lagi kerana mereka telah ditunjukajar dan dididik oleh sebaik-baik nabi dan Rasul, Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam).
Alhamdulullaah. Ilmu yang bermanfaat.
ReplyDeleteJazakallaahu Khairan.
Saya share ye. Harap halalkan. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteAs salaam. Saya share ye. Mohon halalkan..
ReplyDeleteSalam. saya share ye. Mohon halalkan.
ReplyDeleteSalam... Mohon share dan halalkan...
ReplyDeleteWa alaikumsalam, silakan
Delete