Hadith Encyclopedia



بحث عن

Tuesday, September 7, 2010


SELAMAT HARI RAYA

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu (amalan-amalan baik)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من أحيا سنة من سنني، فعمل بها الناس، كان لـه مثل أجر من عمل بها، لا ينقص من أجورهم شيءٌ

Rasulullah (SAW) bersabda: Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnahku, lalu diamalkan orang, baginya pahala seperti pahala orang yang beramal dengannya, tanpa mengurangkan pahala-pahala mereka sedikitpun.” [Sahih – Ibn Majah]

Amalan-amalan Sunnah pada Hari Raya:
1. Semua ulama, walaupun berbeza pendapat tentang hukum solat Hari raya, bersetuju seluruh umat Islam digalakkan bersolat Hari Raya, sehinggakan wanita yang sedang uzur pun digalakkan hadir dan bertakbir, kecuali mereka duduk di belakang jemaah, di luar tempat solat.
2. Mandi sunat hari raya sebelum solat Hari Raya.[1]
3. Makan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil (atau apa-apa sahaja makanan lain) sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri. Di Hari Raya Aidil Adha, hanya makan daging korban selepas solat, dan tidak sebelumnya.[2]
4. Melaungkan takbir ketika keluar rumah ke tempat solat, sehinggalah solat hari raya bermula. Manakala Hari Raha Aidil Adha, takbir diteruskan pada hari-hari tashreeq.[3]
5. Ucapan tahniah seperti: Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima daripada kami dan kamu amalan-amalan baik)[4]
6. Memakai minyak wangi dan pakaian terbaik, tetapi jauhi pakaian sutera.[5] Bagi kaum wanita, perhiasan diri kenalah ditutup dari pandangan bukan mahram dan tidak berwangi-wangian.
7. Kembali daripada tempat solat melalui jalan yang berbeza daripada ketika pergi.[6]

Adab-Adab lain

1. Bersederhana di dalam makan dan minum. Elakkan pembaziran.

2. Jauhilah makanan dan minuman yang haram.

3. Jagalah adab-adab pergaulan, lebih-lebih lagi antara lelaki dan perempuan.

4. Hindarilah daripada maksiat dan perbuatan sia-sia


____________________________
[1] Ibn Umar (RA) sering mandi sunat hari raya sebelum keluar ke tempat solat. [Sahih – al-Muwatta]
[2] Rasulullah (SAW) biasa makan buah tamar dalam bilangan ganjil sebelum keluar. [Sahih al-Bukhari]
[3] Ibn Shihab az-Zuhri: Orang ramai (termasuk sahabat nabi) biasa bertakbir ketika keluar rumah sehingga imam keluar untuk solat. [Lihat Irwa’ al-Ghaleel]
[4] Ketika sahabat-sahabat nabi kelaur berjumpa satu sama lain, mereka berkata” Taqabbalallahu minna wa minkum. [Lihat Fathul-Bari (2/446) – Kata Ibn Hajr, isnadnya baik.]
[5] Nabi (SAW) ada sehelai jubah yang digunakan untuk kedua-dua Hari Raya dan hari Jumaat. [Sahih – Ibn Khuzaimah]
[6] Nabi (SAW) biasa menukarkan jalannya (pergi dan balik). [Sahih al-Bukhari]

2 comments: