خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ
Ertinya :"Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik."
Hadith tersebut adalah hadith da'ef. Ianya diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Mubarak di dalam al-Zuhd (no. 654), Ibn Majah (no. 3679) dan al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad dengan jalan sanad Yahya bin Abu Sulayman daripada Zaid bin Abu 'Utab daripada Abu Hurairah daripada nabi (SAW).
Isnad ini da'ef kerana Yahya Layyin al-Hadith (lemah). al-Munzhiri mengisyaratkan kepada kelemahannya di dalam at-Targhib wa at-Tarhib; al-Iraqi mengatakan dalam Takhrij al-Ihya: "Ada kelemahan di dalamnya"; al-Busairi berkata di dalam az-Zawa'id: "Di dalam isnad ini Yahya Bin Abu Sulayman, kata al-Bukhari mengenainya: Munkar al-hadith, dan Abu Hatim pula berkata: Mudtarib al-hadith (goncang)." Lihat as-Silsilat ul-Da'efah (4/142) oleh al-Albani. Namun hadith sahih yang lain boleh digunakan, seperti:
وعن سهل بن سعد - رضي الله عنه - ، قَالَ : قَالَ رَسُول الله - صلى الله عليه وسلم - : (( أَنَا وَكَافلُ اليَتِيمِ في الجَنَّةِ هَكَذا )) وَأَشارَ بالسَّبَّابَةِ وَالوُسْطَى ، وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا . رواه البخاري
Daripada Sahl bin Sa'd: Rasulullah (SAW) bersabda: "Saya dan orang yang menjaga anak yatim di dalam syurga begini." Lalu beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengah, dan merenggangkan kedua-duanya.
[Sahih al-Bukhari]
No comments:
Post a Comment