اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِيْ الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ
Mengenai doa ini, ada seorang tua yang buta yang dipanggil dengan nama Salih Musa, meriwayatkan ceritanya dalam perkara ini, berkata: Aku berada di dalam sebuah bot yang hampir tenggelam, dalam aku berada dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar, menjelma di depanku Rasulullah (SAW) ketika itu. Baginda lalu mengajar saya doa Turud yang berikut (lalu dibaca doa di atas), seraya kata baginda lagi: Orang-orang yang musafir seharusnya mengulangi doa ini 1000 kali sedang mereka di dalam bot mereka. Dan tidaklah mereka sudah membaca 300 kali sahaja kecuali Allah akan menyelamatkan bot mereka dengan mukjizat doa ini. Dan doa Turud ini disebut di dalam kitab al-Fajr al-Munir oleh al-Fakihani (m. 734h). Adakah doa ini sahih untuk digunakan?
Jawapan:
Segala pujian bagi Allah.
Segala pujian bagi Allah.
Pertama, Ini adalah suatu bentuk selawat yang muhdath (diada-adakan), tidak ada di dalam Sunnah mahupun Athar (riwayat daripada sahabat). Hanyalah ianya disebut oleh empunya kitab “Nuzhat al-Majalis wa Muntakhab an-Nafa’is” (ms. 284), seorang ahli sejarah yang berpendidikan, Abd ar-Rahman bin Abd as-Salam as-Sufuri, yang telah meninggal dunia pada tahun 894h, dan Shaikh Umar bin Ali bin Saalim ah-Fakihani, seorang pakar Nahw, Faqih dalam mazhab Maliki (m. 734h) di dalam kitabnya al-Fajr al-Munir (ms. 31-32) berkata: “Shaikh, yang soleh, Musa ad-Dorir (rh) telah menceritakan kepadaku bahawa dia berada di laut, katanya: “Angin yang dinamakan al-Aqlabiyah, bertiup ke arah kami, dan jarang ada orang yang selamat daripada tenggelam disebabkannya. Semua orang menjerit-jerit kerana takut tenggelam, maka katanya lagi: Kedua-dua mataku tiba-tiba menjadi mengantuk lalu aku tertidur. Lalu aku melihat (dalam mimpi) Nabi (SAW) berkata: “Beritahulah kepada semua penumpang bacalah 1000 kali: [doa tersebut di atas]”
Katanya lagi: "Maka aku sedar dari tidur, dan memberitahu semua penumpang tentang mimpi itu, lalu kami membaca selawat itu lebih kurang 300 kali, maka kami terselamat."
Katanya lagi: "Maka aku sedar dari tidur, dan memberitahu semua penumpang tentang mimpi itu, lalu kami membaca selawat itu lebih kurang 300 kali, maka kami terselamat."
Sedia maklum bahawa hukum-hakam dan Fadha’il al-A’mal (kelebihan-kelebihan amalan) tidak ditegakkan dengan visi dan mimpi, maka tidak boleh bersandar dengannya untuk menetapkan sesuatu kelebihan bagi bentuk selawat ini.
Syariat Allah telah lengkap dan sempurna, seperti firmanNya:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
“Hari ini telah aku lengkapkan bagimu agamamu, dan Aku telah sempurnakan bagimu nikmatKu, dan Aku redha bagimu Islam sebagai agama.”
[al-Maaidah:3]
Dan Rasul (SAW) telah menyampaikannya dengan lengkap dan sempurna dan tidak menyembunyikan apa-apa pun, Maka memadailah seseorang muslim itu beramal dengan apa yang telah sabit daripada nabi (SAW) dan sahih daripadanya, tidak perlu lagi untuk mensyariatkan suatu ibadat (yang baru) atau membuktikan kesunatannya bersandarkan visi atau mimpi.
Nabi (SAW) juga ada mengajarkan doa-doa untuk ketika kesusahan, sekiranya dia menghadapi sesuatu keadaan.
Al-Bukhari (no. 6345) dan Muslim (no. 2730) telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas (RA) berkata: Nabi (SAW) biasanya berdoa ketika kesusahan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Lafaz Muslim pula:
وَرَبُّ الْعَرْشِ الكَرِيْمِ...
Dan at-Tirmizhi (no. 3524) meriwayatkan daripada Anas bin Malik (RA): Nabi (SAW) apabila sesuatu perkara merungsingkannya, biasanya berkata:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Diklasifikasikan sebagai hadith hasan oleh al-Albani (RH) di dalam Sahih at-Timizhi.
Hendaklah seseorang muslim itu berhasrat untuk mengikut (ittiba’) nabi dan tidak mengada-adakan (amalan baru) dalam agama. Semoga Allah meredhai Abdullah bin Mas’ud yang berkata: “Ikutlah (Sunnah nabi) dan jangan melakukan bid’ah kerana (amalan-amalan telah lepas daripada sunnah nabi) telah memadai.”
[ad-Darimi (no.205)]
[ad-Darimi (no.205)]
Kami meminta kepada Allah agar memberikan tawfiqNya kepada amalan-amalan dan kata-kata yang baik.
Allahu a’lam.
[Diterjemah daripada http://www.islam-qa.com/ar/ref/128801]
Tambahan saya: Janganlah salah faham tujuan saya. Bukannya saya bencikan atau anti-selawat. Tetapi saya pro-Sunnah nabi. Dimanakan letaknya cinta kita kepada Allah dan nabiNya sekiranya kita mencari selain daripada petunjuk yang dibawa oleh nabi??! Susahkah untuk menerima amalan yang diajar dan dilakukan oleh nabi Muhammad (sallallahu 'alayhi wasallam) dan meninggalkan amalan yang tidak pernah diajarnya?
[Diterjemah daripada http://www.islam-qa.com/ar/ref/128801]
Tambahan saya: Janganlah salah faham tujuan saya. Bukannya saya bencikan atau anti-selawat. Tetapi saya pro-Sunnah nabi. Dimanakan letaknya cinta kita kepada Allah dan nabiNya sekiranya kita mencari selain daripada petunjuk yang dibawa oleh nabi??! Susahkah untuk menerima amalan yang diajar dan dilakukan oleh nabi Muhammad (sallallahu 'alayhi wasallam) dan meninggalkan amalan yang tidak pernah diajarnya?
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
[Aali Imran:31]
Imam Ibn Kathir (rh) di dalam tafsirnya terhadap ayat di atas, katanya:
هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ
"Ayat yang mulia ini adalah merupakan hakim (mendedahkan kedustaan) bagi setiap seorang yang mendakwa cintakan Allah sedangkan dia tidak mengikut jalan (Sunnah) Muhammad, bahawa dia berdusta dalam dakwaannya dalam perkara itu sehinggalah dia mengikuti syariat (yang dibawa oleh) Muhammad dan agama Nabi di dalam segala kata-katanya dan keadaan-keadaannya. seperti yang telah sabit di dalam Sahih (Muslim) daripada Rasul (sallallahu 'alayhi wasallam) sabdanya: 'Sesiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari perintah kami maka ianya tertolak.'"
No comments:
Post a Comment