* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Adakah hadith ini sahih?
Jawapan: Saya tidak menjumpai hadith ini dalam kitab-kitab hadith, mahupun kitab-kitab tafsir. Namun, yang dijumpai adalah hadith seperti di bawah:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : صعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين ، قيل يا رسول الله إنك صعدت المنبر فقلت : آمين آمين آمين ، قال : أتاني جبريل عليه الصلاة والسلام فقال : من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، فقال : يا محمد ، ومن أدرك أبويه أو أحدهما فلم يبرهما فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين ، قال : ومن ذُكرتَ عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah (RA) katanya: “Nabi (SAW) menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril (AS) datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi ) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mata, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”
[Diriwayatkan oleh Tabarani, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, al-Haakim, dan Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dengan teks yang berbeza-beza - Hadith Sahih, lihat Sahih at-Targhib, Sahih al-Adab al-Mufrad dan Sahih al-Jaami' as-Saghir (no. 75)]
Sekiranya ada sesiapa yang tahu hadith Jibril (dalam soalan) tersebut dalam bahasa arab, beserta sumbernya, maka boleh diperiksa samada sahih atau tidak. Saya nasihatkan agar jangan kita gunakan hadith yang kita tidak tahu asal usulnya. Quran dan hadith sahih sudah memadai untuk kita. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment