Wednesday, March 18, 2020

COVID -19, Perintah Kawalan Pergerakan dan apa kesudahannya..

Semoga Allah merahmati kita semua dan menyelamatkan dunia daripada wabak yang melanda..

Covid-19.... Merbahaya, ada tanda-tanda (symptom) tetapi tidak banyak berbeza di bandingkan dengan demam dan batuk biasa, sehinggakan ramai yang tidak pergi ke klinik, memadai dengan Panadol atau ubat tahan-sakit biasa.

Maknanya, kemungkinan ada ramai pembawa virus yang belum dikenalpasti….

Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order) pula yang bermula pada 18hb sehingga 31hb Mac 2020, telah menyebabkan pergerakan rakyat di bandar ke perkampungan. Zahir pada 17hb dan 18hb bahawa ramai tidak memahami perlaksanaannya, atau sebab-sebab lain, sehinggakan mereka memilih untuk pulang ke kampung. Defeats the purpose of Restricted Movement Order.

Sekiranya benar, ramai berpusu-pusu ke balai polis untuk mengisi borang kebenaran rentas negeri, sehinggakan Ketua Polis Negara terpaksa menarik balik sementara waktu penggunaan borang tersebut. Pastinya tujuan borang itu untuk mengawal pergerakan dan mengumpul maklumat pergerakan rakyat, sebagai perlaksanaan kepada perintah PM.

Maknanya, kemungkinan tersebarnya virus ini ke tempat-tempat yang belum dilanda wabak ini...

Apa Kesudahannya?

Bukan niat saya untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sekadar melihat apakah kebarangkalian yang akan berlaku dalam beberapa hari yang akan datang ini agar kita semua bersedia untuk menghadapinya.

Semoga dijauhi Allah daripada berlakunya seperti ini… 

Saya rasa wabak ini akan menjadi lebih teruk dalam masa terdekat ini. Angka statistik akan naik mendadak. Dan kerajaan akan terpaksa memanjangkan (extend) tempoh kawalan pergerakan sambil memperketatkan lagi perlaksanaan kawalan sehingga lengkap sebulan atau lebih. Keadaan ekonomi akan bertambah teruk juga ekoran itu. Harga-harga barang akan naik, tetapi pendapatan semakin berkurang atau terhenti bagi sebahagian. 

Namun keadaan ini akan bertambah baik setelah perintah kawalan pergerakan berakhir. Namun kemelesetan ekonomi akan mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Majikan-majikan akan memulakan operasi semula, dan rakyat akan mula bekerja, menanti gaji baru dengan penuh harapan. 

Pengajaran

Saya rasa ada banyak pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman ini semua:
1. Sikap "tidak apa" rakyat Malaysia perlu diubah kepada sikap "ambil tahu" dan "tanggungjawab".
2. Perlaksanaan kerajaan boleh diperbaiki untuk menghadapi kemungkinan seumpama ini di masa depan.
3. Belajar bersyukur dengan nikmat yang kita ada setelah merasai kehilangannya sementara waktu.
4. Singkirkan sikap "aku selamat". 
5. Kenali risiko sesuatu dan ambil langkah pencegahan.





No comments:

Post a Comment