Wednesday, March 25, 2020

Coronavirus (Covid-19) - Tindakan untuk yang ingkar PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Apabila kerajaan isytiharkan PKP, ramai berpusu-pusu balik kampung. Mereka degil...

Siapa yang balik kampung, pastinya satu hari mahu pulang ke rumah masing-masing pula. Sekarang ramai berpusu-pusu pula untuk pulang dari kampung.

Rupa-rupanya sikap degil dan ingkar ini benar-benar adalah sifat mereka. Ini bermakna, kedegilan dan perbuatan ingkar perintah kerajaan akan terus dilakukan.

Kerajaan keluarkan PKP bertujuan untuk menyelamatkan rakyat negara ini daripada bahaya coronavirus. Tetapi mereka terus menerus mendedahkan diri mereka dan orang lain kepada bahaya tersebut, tidak lain, kerana percaya kekebalan diri mereka daripada bahaya virus berkenaan.

Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, dan dalam situasi yang sesuai, orang yang mempunyai kelebihan yang sesuai patut diberikan peluang berkhidmat.

Saya cadangkan semua yang ingkar PKP ditugaskan di hospital-hospital sebagai runner atau apa sahaja tugas yang tidak memerlukan kepakaran tetapi memerlukan kekebalan daripada bahaya coronavirus. Inilah jalan penyelesaian kepada kekurangan kakitangan KKM, dan juga kekurangan PPE (peralatan perlindungan peribadi) kerana mereka tidak memerlukan PPE.

No comments:

Post a Comment