Soalan: Kawan saya bertanya tentang seorang ustaz di tazkirah sebelum khutbah Jumaat yang menasihatkan jemaah agar mendengar tazkirah kerana majlis ilmu lebih besar ganjarannya daripada solat sunat. Adakah kata-katanya ini benar?
Jawapan: Benar dan tidak benar. Umumnya, menghadiri majlis ilmu adalah lebih baik daripada solat sunat. Tetapi kita mesti lihat kesesuaiannya, dan jelas sebelum khutbah Jumaat bukanlah tempatnya untuk majlis ilmu. Sepertimana solat sunat mutlaq dilarang pada masa-masa tertentu, begitu juga majlis ilmu tidak sesuai dilakukan sebelum khutbah Jumaat.
Ringkasnya, sebelum khutbah Jumaat adalah:
1. Masa untuk solat sunat sebanyak yang mampu
2. Masa membaca al-Quran, lebih-lebih lagi: Surah al-Kahf
3. Masa memperbanyakkan selawat ke atas nabi
Akibat melakukan tazkirah sebelum khutbah:
1. Mengganggu orang yang ingin menghidupkan sunnah-sunnah yang tersebut di atas
2. Menyebabkan jemaah kurang menumpukan perhatian pada khutbah Jumaat, ataupun tertidur kerana tumpuan yang diberikan kepada tazkirah sebelum itu.
3. Menyebabkan jemaah merasa jemu dengan majlis ilmu
4. Menyalahi sunnah nabi serta amalan as-Salaf as-Soleh yang tidak melakukan perkara ini walaupun mereka mampu. Sekiranya ini sesuatu yang baik, nescaya mereka lebih cepat daripada kita untuk mencari keredhaan Allah.
Mungkin ada yang mengatakan: Kita buat tazkirah sebab orang tidak beri tumpuan kepada khutbah, yang tidak menarik.
Jawapannya: Maka lebih baik tumpukan perhatian kepada pembaikan khutbah Jumaat, kerana itulah yang asal, termasuk memendekkan khutbah. Sabda Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam): "Sesungguhnya, seseorang yang panjang solatnya dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (dalam Islam)." [Sahih Muslim]
Imam al-Albani (rahimahullah) pernah ditanya tentang hukum berkumpul untuk kuliah mengajar (agama) pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.
Beliau menjawab:
“Apa yang kami percaya dan beriman kepada Allah dengannya adalah kebiasaan ini yang berlaku di sebahagian negara arab di mana seorang guru atau khatib menyampaikan satu kuliah atau kata-kata atau tazkirah, sebelum azan Jumaat lebih kurang setengah jam atau sejam lamanya. Ini bukanlah amalan as-Salaf as-Soleh (semoga Allah meredhai mereka). Ini dari satu sudut.
Dari sudut yang lain pula, adalah sedia maklum di kalangan ulama bahawa ada hadith-hadith yang sahih menyuruh orang-orang Islam pergi awal ke masjid jamek pada hari Jumaat, seperti sabdanya (sallallahu ‘alayhi wasallam) “Barangsiapa yang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) pada jam yang pertama adalah seolah-olah dia mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua, seolah-olah dia mengorbankan seekor lembu...” [Sahih al-Bukhari dan Muslim]
Dan begitulah seterusnya sehingga baginda menyebut kambing, ayam dan telur.
Dan tidak diragukan juga bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) menggalakkan orang-orang Islam pergi awal ke masjid jamek pada hari Jumaat, bukan untuk mendengar kuliah atau menyampaikannya, tetapi hanya untuk meluangkan diri pada hari tersebut untuk beribadat kepada Allah; untuk mengingati (berzikir) Allah; untuk membaca al-Quran, terutamanya Surah al-Kahf; untuk berselawat kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), untuk mengamalkan hadith sahih yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab Sunan dan lain-lainnya, iaitu sabdanya: “Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku.”
Sahabat bertanya: “Bagaimana pula dengan pemergiaanmu?”
Sabdanya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi memakan jasad para nabi.”
Dan sabit juga di dalam banyak hadith seperti juga amalan para sahabat terhadap hadith-hadith ini bahawa mereka akan pergi ke masjid pada hari Jumaat dan solat apa (rakaat) sahaja yang mereka sempat lakukan kerana Iman dan mengamalkan sabdanya: “Sesiapa yang ghassala (membasuh kepala, atau lain tafsiran) hari Jumaat dan mandi, pergi pada awal waktu dan sempat mendengar awal khutbah kemudian solat apa yang dia sempat lakukan (riwayat lain: apa yang ditaqdirkan baginya) diampunkan baginya (dosa-dosa) antara hari itu dan hari Jumaat yang berikutnya.”
[Tambahan penterjemah: Lafaz di Sahih al-Bukhari:

لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى
“Tidaklah mandi seorang lelaki pada hari Jumaat, dan membersihkan dirinya, dan meminyakkan rambutnya atau mengunakan minyak wangi rumahnya, kemudian keluar (ke masjid) tidak membahagikan antara dua orang kemudian solat apa yang ditaqdirkan baginya kemudian diam ketika imam berkhutbah, kecuali diampunkan baginya antara hari itu dan Jumaat yang berikutnya.”]
Maka inilah antara amalan-amalan bagi setiap orang Islam yang datang pada hari Jumaat. Sekiranya diadakan kuliah pada hari Jumaat seperti yang disaksikan di sebahagian negara arab hari ini, maka ianya akan menghalang orangramai daripada semua ibadat-ibadat dan amalan-amalan ketaatan ini, disebabkan gangguannya ke atas orang yang datang ke masjid, dan mereka yang, sekurang-kurangnya, melakukan solat Tahiyat ul-Masjid sahaja pada hari Jumaat. Ketika itu, kuliah ini akan mengganggu dan mengacau orang-orang yang mendirikan solat seperti yang ini, lebih-lebih lagi, yang mesti dilakukan, iaitu solat Tahiyat ul-Masjid, berbanding dengan mereka yang mahu melakukan solat sunat lebih daripada dua rakaat seperti yang diisyaratkan oleh hadith Rasul (sallallahu ‘alayhi wasallam), dalam sabdanya: “kemudian solat apa yang dia sempat lakukan – atau – apa yang ditaqdirkan baginya.”
Telah sabit juga daripada beberapa orang sahabat seperti Ibn Mas’ud dan selainnya bahawa mereka solat 4 rakaat, 6 rakaat atau 8 rakaat. Bagaimana mereka ini yang hendak menghidupkan kembali sunnah ini yang telah dimatikan oleh manusia, sedangkan suara kuliah berkumandang dan mengganggu mereka yang beribadat dan solat? Sedangkan hadith sahih sabdanya: “Wahai orangramai! Setiap orang bermunajat dengan tuhannya maka janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain.”
[Sahih – Malik, Ahmad dan lain-lain]
Oleh itu, seorang guru tidak boleh mengadakan sesi mengajar di tempat yang dikhususkan untuk ibadat yang berbagai-bagai kepada Allah, seperti yang disebutkan sebelum ini. Dengan ini, di dalam kitab-kitab Sunan daripada hadith yang diriwayatkan oleh Anr bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya bahawa nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) melarang daripada membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan) pada hari Jumaat. [Hasan – Sunan Abu Daud, Tirmizhi dan an-Nasaa’ii]
Larangan ini memang masuk akal, dan telah diterangkan sebelum ini tentang gangguan ke atas para hadirin di masjid yang bersolat, berzikir dan berselawat ke atas nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam).
Oleh yang demikian, kami katakan: Tidak boleh diadakan kuliah mengajar pada hari Jumaat kerana:
1. Ianya tidak dilakukan di zaman as-Salaf as-Soleh
2. Ianya mengganggu orangramai dalam amalan ketaatan dan ibadat mereka.
3. Nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) melarang mengadakan halaqah-halaqah pada hari Jumaat.
Dan inilah yang saya nak katakan, Allah lebih mengetahui.”
Tentang soalan apa hukumnya guru ini (yang mengadakan kuliah mengajar di hari Jumaat), adakah dia berdosa atau tidak?
Jawab Imam al-Albani (rahimahullah):
“Adalah sedia maklum (dosanya) dari hadith “Janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain.” Atau hadith yang mengandungi tambahan sangat penting: “Janganlah menguatkan suara bacaan Quran mengatasi satu sama lain dengan itu mengganggu orang-orang yang beriman.”
Gangguan ini, tidak syak lagi, adalah haram dengan nas daripada al-Quran, dan gangguan di sini disebabkan kekacauan, maka tidak betul mengadakan kuliah tersebut.
Jika ada yang hendak mengadakan kuliah, maka selepas solat (Jumaat) ketikamana orangramai ada pilihan untuk mendengar kepada sesiapa yang dia mahu atau tidak. Manakala mengadakan kuliah mengajar sebelum solat Jumaat dan memaksa orang lain mendengarnya sedangkan di kalangan mereka orang yang sedang solat, membaca al-Quran, dan berzikir. Maka ini mengganggu orang-orang beriman.
Mengajar sebelum solat Jumaat tidak dibenarkan.
[Petikan daripada kitab “Al-Lum’ah fi al-Ijtima’ lid-dars qabla solat il-Jumaat”, karangan Shaikh Muhammad Musa Nasr]