Thursday, April 25, 2013

Q&A: Tentang mengingati ajal.

Soalan:
assalamualaikum...hmm saya ada 1 soalan..
kita diingat supaya ingat kepada mati atau ajal.. tetapi kalau kita cakap "kalau nak mati..mati juga"..adakah salah kita mngucap perkataan begitu..mintak
penjelasan sedikit

Jawapan:
Wa'alaikumsalam,
Kita digalakkan oleh Allah dan RasulNya untuk selalu mengingati mati, maka hukumnya sekurang2nya sunat, dan mungkin wajib bagi orang yang lalai.

Firman Allah:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

"Setiap jiwa akan merasa maut."
[Aali Imran : 185]

Sabda nabi:

 زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا َتُذَكِّرُكم الآخِرَةَ

"Ziarahlah kuburan, kerana ianya mengingatkan kamu kepada Akhirat."
 [Sahih Sunan Ibn Majah]

Mengingat mati bukannya setakat ingat bahawa semua akan menemui ajal sahaja. Sekiranya itu sahaja, maka hasilnya adalah manusia akan mahu hidup senang lenang, tanpa batas, mencuba dan merasa semua yang diingini walaupun dilarang, atas alasan "kita semua akan mati, dan hidup hanya sekali, maka enjoy (berseronoklah)!"

Yang dimaksudkan dengan mengingati mati adalah apa yang akan berlaku selepas mati, yang bersangkut paut dengan Iman kita kepada Allah dan Hari Akhirat. Sekiranya kita benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka mengingati mati menghasilkan seorang individu yang lebih berhati2 dengan apa yang dilakukan di atas dunia, "adakah ianya diredhai Allah? atau dimurkai?" Kerana apa yang dia lakukan di dunia, akan mempengaruhi keadaannya di Akhirat selepas mati nanti. Namun, ada juga yang terlalu ingatkan mati sehingga lupa bahagiannya di dunia.

Oleh itu, kita boleh ringkaskan kefahaman "ingat mati" kepada tiga:
1. Rabun jauh - yang tidak nampak apa yang akan berlaku selepas mati
2. Rabun dekat - yang lupa dunia kerana sibuk untuk persediaan selepas mati
3. Penglihatan sempurna - yang seimbang, yang berusaha di dunia untuk dunia, menurut apa yang diredhai Allah, agar akhiratnya baik tanpa perlu melalui azab Allah samada di peringkat awal (azab kubur), pertengahan (di padang mahsyar), dan di akhir (di Neraka).

Ucapan "kalau nak mati..mati juga" adalah ucapan orang yang "rabun jauh". Imannya kepada Allah dan Hari Akhirat lemah. Maka dia pilih tidak mahu mengingati mati kerana ianya waktu tamat bagi dia dalam usaha untuk "enjoy" sepuas-puasnya di dunia.

Allahu a'lam

3 comments:

  1. kematian pastinya akan menjemput kita semua. yg merisaukan apakah sudah bersedia untuk mati.tegak berdiri lah seolah2 menopang langit.tunduk dan membongkok lah seakan2 langik menghepap kebumi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka blog awakni memang thucing ...jemput ke blog saya..

      Delete