Sharing my thoughts for a better world... Kongsi buah fikiran saya untuk dunia yang lebih baik...
Sunday, December 2, 2012
Syaikh Albani - Pandangan Terhadap Kebangkitan Palestin (mari memahaminya)
Ikhwah sekalian, baarakallahu feekum! Dalam isu umat Islam yang besar seperti ini, hendaklah kita kembali kepada Kibar al-Ulama. Merekalah yang mempunyai ilmu BESERTA pengalaman dan hikmah yang cukup untuk menjawab fatwa2 tentang isu seperti Jihad di Palestin. Di antara kibar al-Ulama (ulama2 besar) yang memberi fatwa tentang ini adalah Imam al-Albani (rahimahullah). Maka adalah wajar bagi kita orang awam untuk kembali kepada fatwa Kibar al-Ulama, dan bukan menjawab dan memberi fatwa daripada kecetekan ilmu dan ketiadaan hikmah yang diperlukan untuk memberi fatwa, malah komen sewenang-wenangnya fatwa kibar al-Ulama, samada setuju ataupun tidak setuju. Kita orang2 awam diwajibkan bertanya orang2 berilmu.
Firman Allah: “Maka tanyalah orang2 yang berilmu kalau kamu tak tahu.” [an-Nahl : 43]
Untuk memahami fatwa Imam al-Albani dalam isu ini, ana mahu ajak semua berfikir. Jangan berfikir dengan emosi, tetapi fikirlah seperti seorang General Perang yang bertaqwa.
Ya, itulah tugas yang disandang oleh Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam) ketika baginda menghadapi tentangan Musyrikin Mekah.
Soalan yang patut ditanya sebelum memulakan jihad melawan Musyrikin di Mekah, ataupun melawan Yahudi di bumi Palestin adalah:
Bagaimanakah cara terbaik untuk menumpaskan mereka?
Adakah dengan cara tinggal terus di Mekah (atau bumi Palestin) lalu berjihad menentang mereka secara terus, tetapi secara rawak dan tidak tersusun?
Adakah dengan cara keluar daripada Mekah (atau bumi Palestin) untuk mencari tempat di mana umat Islam boleh membina kekuatan mereka dalam segala aspek?
Adakah kekuatan untuk menumpaskan musuh hanya dengan semangat berjihad semata-mata?
Kekuatan menumpaskan musuh bergantung kepada banyak factor, termasuk:
1. Kekuatan Iman – kerana kekuatan Iman adalah hasil daripada kekuatan keyakinan terhadap Allah dan Hari Akhirat. Tentera yang penuh keyakinan apada Allah tidak akan gementar, tidak akan lari dari medan peperangan, kerana mereka yakin kepada Allah dan pertolonganNya.
2. Kekuatan bilangan tentera
3. Kekuatan tubuh badan setiap askar
4. Kekuatan kelengkapan perang
5. Kekuatan strategi perang
6. Pertolongan Allah – Inilah yang paling utama. Firman Allah: “Sekiranya kamu membantu Allah, nescaya Allah akan bantu kamu.” [Muhammad : 7] Shaikh as-Sa’di dalam tafsirnya: “Ini adalah perintah daripada Allah kepada orang2 yang beriman, bahawa mereka membantu Allah dengan menegakkan agamaNya, berdakwah kepadaNya, berjihad melawan musuh2Nya, dengan niat ikhlas kerana Allah. Sekiranya mereka melakukan itu, Allah akan membantu mereka dan meneguhkan kedudukan mereka.”
Sekiranya umat Islam, yang terdiri daripada orang2 fasik (yang melakukan banyak maksiat, tidak solat, ber”kiblat”kan Barat dan sebagainya) melawan orang2 kafir yang juga fasik, maka menang kalah adalah bergantung kepada semua perkara di atas, kecuali Pertolongan Allah yang sempurna. Tidak syak lagi akan ada sedikit sebanyak pertolongan daripada Allah, namun bukan pertolongan sempurna yang membawa kepada kemenangan mutlak umat Islam ke atas rejim Zionis.
Di manakah kekuatan orang2 Palestin untuk melawan tentera2 Zionis sekiranya tiada pertolongan Allah yang sempurna?
Oleh itu, fikirlah isu ini seperti seorang General yang bertaqwa. Setelah memahami fatwa ini dengan sikap yang betul, maka soalan seterusnya boleh ditanya:
Adakah fatwa Imam al-Albani adalah fatwa seorang alim yang jahil dan alpa tentang keadaan umat Islam?
Atau ianya merupakan fatwa yang penuh ilmu, hikmah dan penuh kasih sayang terhadap umat Islam?
Namun, sekiranya ditanya samada orang2 yang mati melawan zionis adakah syahid atau tidak? Itu bukan urusan kita, tetapi urusan Allah.
Allahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete