Wednesday, March 9, 2011

Bagaimana Niat Solat - Ikut Nabi



Saya terjumpa video ini di mana Tuan Guru Nik Aziz menerangkan tentang cara berniat yang betul.

Saya bersetuju dengan beliau (hafidzahullah) dalam perkara ini.

Tetapi yang lebih penting dan menarik perhatian saya adalah kata-kata beliau dalam membuktikan pandangan beliau, iaitu:

"Benda takdok (tidak ada) di zaman nabi, tidak pernah berlaku di kalangan sahabat nabi (sallallahu 'alayhi wasallam), sedangkan nabi ni (adalah) tok guru. Yang dia benar ajarnya niat ni wajib, kalau takdok niat tak sah sembahyang. Bele bele (Sambil) dia kata wajib gitu pun dia tidak ajar kepada umatnya, kepada sahabatnya, yang baru tahu sembahyang hari ni pun, dia tidak ajar benda lagu (seperti) tu..."

Di sini, tok guru Nik Aziz merujuk kepada Sunnah dan amalan sahabat-sahabat sebagai dalil bahawa sesuatu itu salah. Dan inilah manhaj Salaf as-Soleh.

No comments:

Post a Comment