Saturday, June 16, 2012

Q&A: Hukum Qadha' Solat Dhuha

السؤال

بالنسبة لصلاة التطوع إذا كان الشخص يصلي لصلاة الضحى أربع ركعات ففاتته يوماً من الأيام هل يقضيها؟

Soalan: Berkenaan dengan solat sunat, sekiranya seorang individu biasa melakukan solat Dhuha 4 rakaat, lalu tertinggal (amalan ini) pada suatu hari, adakah dia perlu mengqadhanya?

الجواب

الظاهر لي أن النوافل غير الرواتب وغير الوتر أنها لا تقضى، يعني: أنه لا يقضى من النوافل إلا ما جاءت به السنة.

وأقل سنة الضحى ركعتان، تبتدئ من حين ترتفع الشمس قيد رمح، وتنتهي بقبيل الزوال، وأفضلها ما كان في آخر الوقت، لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ( صلاة الأوابين حين ترمض الفصال ).

Jawapan: Yang zahir pada saya, solat-solat sunat yang bukan rawatib dan selain solat Witr tidak diqadha, iaitu, dia tidak mengqadhakan solat-solat sunat kecuali yang ada (sabit) di dalam sunnah (nabi). Solat Sunat Dhuha yang paling minimum adalah 2 rakaat, bermula daripada saat matahari terbit setinggi anak panah, dan tamat sedikit sebelum matahari tergelincir. Sebaik-baiknya adalah di akhir waktunya, menurut sabda nabi (saw): “Solat al-Awwabin ketika anak unta merasakan panas (daripada terik matahari).”[Sahih Muslim]

Sunday, June 10, 2012

Q&A: Hukum meletakkan syarat untuk mematuhi suami

Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya saya menetapkan syarat kepada suami saya seperti kalau dia nak suruh saya berhenti kerja saya mintak dia berhenti merokok baru saya boleh berhenti kerja. Minta penjelasan.

Jawapan:

Kalau tanya hukum, susah sikit nak jawab.
Senang cerita, begini:
1. Hukum merokok adalah haram di dalam Islam menurut nas-nas al-Quran dan Sunnah serta kaedah-kaedah Fiqh. Dan ianya sudahpun difatwakan haram oleh ulama2 Islam merata dunia, termasuk ulama2 Malaysia. Sekiranya dilihatkan kepada alasan2 mereka, ianya cukup menakutkan. Secara ringkasnya:
  • Merokok boleh disamakan dengan memakan racun sedikit-sedikit sehingga satu hari akan mati disebabkannya. Ini boleh menjadi hukum "membunuh diri".
  • Merokok bukan hanya merosakkan badan sendiri malah merosakkan badan orang-orang lain yang hampir dengannya. Bayangkan seorang itu berjalan dengan racun di tangannya dan direnjis-renjis kepada orang-orang di sebelahnya. Apakah hukumnya?
  • Merokok adalah satu pembaziran yang sangat besar. Bayangkan seseorang itu mengambil wang RM5 lalu membakarnya setiap hari. Apakah hukumnya?


2. Hukum isteri bekerja adalah harus bagi pekerjaan yang diperlukan wanita menceburinya yang tidak boleh dilakukan oleh lelaki, atau berkhidmat kepada kaum wanita, dengan syarat-syarat seperti keperluan pendapatan lebih yang mendesak, menutup aurat secara betul, tidak melalaikan hak suami dan anak2, tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan tidak melibatkan perjalanan jauh tanpa mahram. Tetapi isteri digalakkan (sunat) untuk tidak bekerja dan menjaga urusan di rumah suami, anak2nya, dan juga melayan suami.


Soalan tentang isteri memberi syarat untuk berhenti:
1. Adalah tidak wajar seorang isteri memberi syarat pada permintaan suami yang baik dan disokong oleh agama.


2. Saya lebih suka sekiranya isteri kata kepada suaminya bahawa dia akan patuh permintaan suami kerana itulah haknya, dan tambah pula kerana sayang kepadanya supaya suami terharu dengan kata-kata isterinya itu. Kemudian, isteri itu pula, menambah dalam suasana itu, dengan berkata bahawa kerana kasih dan sayang kepada suami, isteri ini juga mempunyai permintaan agar si suami berhenti daripada merokok.


Saya takut sekiranya dijadikan syarat untuk mematuhi suami, ianya akan mengundang rasa tidak puas hati dan dendam suami pula, kerana:
1. Pemintaan suami adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam maka kita tidak patut meletakkan syarat untuk mematuhinya.
2. Sekiranya isteri meletakkan syarat maka ianya akan dilihat sebagai tindakbalas (retaliation) daripada isteri, yang menceriminkan ketidakrelaan isteri untuk mematuhi sesuatu permintaan yang baik.
3. Saya khuatir selepas ini apa-apa sahaja yang baik, akan menjadi satu "trend" meletakkan syarat untuk patuh maka ianya akan merosakkan hubungan suami isteri itu.


Masa mula-mula bercinta, kata-kata antara lelaki dan perempuan adalah indah, bersinar, menggambarkan perasaan yang telus dan kasih sayang. Tetapi setelah beberapa lama berkahwin, kata-kata antara suami isteri mula menjadi seperti robot, tanpa perasaan kasih sayang, kecuali intonasi marah dan tidak puas hati sahaja yang ada.




Ubahkan keadaan! Ubahkan cara! Gunakan semula kata-kata kasih sayang dan kelembutan untuk mendapatkan perubahan daripada suami. Si suami mungkin tidak pandai dalam hal ini, oleh itu si isteri hendaklah memainkan peranan dahulu, dan meneruskan cara tersebut. InsyaAllah, hasilnya akan baik.


Nabi pernah bersabda: "Tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia mencantikkannya. Dan tidaklah kelembutan itu hilang daripada sesuatu kecuali ia memburukkannya."
[Sahih Muslim, Ahmad]


Ringkasnya:


Sebutlah kepada suami kerelaan untuk mematuhinya, kerana cinta kepada Allah dan RasulNya, dan juga cinta kepada suami itu. Susunlah perkataan yang baik2 yang menggambarkan kasih sayang yang mendalam, dan sekiranya disertakan dengan air mata itulah lebih baik dan berkesan.


Kemudian, dengan kata2 kasih sayang yang ikhlas, mintalah suami itu untuk berhenti merokok, kerana paa ulama telah menetapkan hukumnya haram. Si isteri mahu bersama suami di dunia dan Akhirat, mala eloklah dia berhenti sebelum terlambat.


Semoga Allah memberkikan Taufiq dan Hidayah dalam semua perkara, dan menyenangkan perbuatan kebaikan bagi suami dan isteri yang berkenaan.

Saturday, June 9, 2012

Q&A: Akibat isteri tidak mematuhi suami

Soalan:
Benarkah, kalau seorang isteri tidak mengikut kata suami maka anaknya juga susah untuk mengikut kata ibunya? Minta penjelasan.

Jawapan:
Sebagai penjelasan ringkas, setiap dosa akan ada kesannya buruknya pada sesuatu. Dan dalam hubungan kekeluargaan, sudah pasti akan mempunyai kesan pada perkembangan keluarga itu.

Dan Allah berfirman, mafhumnya:
“Apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan (dosa) tangan2 mu.” [asy-Syu'ara : 30]

Nabi (sallallahu 'alayhi wasallam) pernah bersabda:
“Tidaklah dua orang saling cinta mencintai lalu dipisahkan antara mereka kerana dosa salah seorang dari mereka.” [Riwayat Ahmad dan Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

Dan di dalam sebuah hadith yang lemah, namun pengajaran juga memberi makna yang baik:
"Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu". [Riwayat at-Tabarani - Hadith Da'if]

Mafhumnya, sesiapa yang tidak berbuat baik kepada ibubapanya, anak2 mereka akan berkelakuan tidak baik dengan mereka. Bayangkan sekiranya ibunya sendiri tidak berbuat baik dan tidak hormat kepada suaminya, bagaimanakah pula anak2nya yang akan pasti ikut contoh orang-orang yang rapat dengan mereka!

Dan bagi ibubapa pula , apakah musibah yang lebih teruk daripada anak2 yang menjadi rosak akhlaknya. Lagipun, seorang anak akan mengikut akhlak ibubapanya. Sekiranya dia nampak ibu tidak ikut kata bapa, dia akan rasa itulah akhlak yang biasa, yang diterima.

Allahu a'lam.