Saturday, March 11, 2023

Bahaya belajar ilmu menggunakan kitab-kitab terjemahan



Alhamdulillah, sekarang ini kita lihat ramai peminat-peminat ilmu agama, penuntut-penuntut ilmu agama, dan juga guru-guru agama mempelajari dan mengajar ilmu agama Islam ini dengan menggunakan kitab-kitab ulama yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu, lebih-lebih lagi  bahasa indonesia. Ini suatu perkembangan yang jika dilihat pada satu sisi, ianya adalah satu perkembangan yang sihat, berkembangnya minat untuk membaca kitab-kitab ilmiah samada untuk pembaikan diri sendiri atau untuk mengajar.


Namun, pada sisi yang lain pula, munculnya kitab-kitab yang diterjemahkan ini telah menjadikan penuntut-penuntut ilmu dan guru-guru terlalu bergantung kepada kitab-kitab terjemahan, sekaligus menjadikan mereka terdedah kepada kesilapan-kesilapan yang terdapat di dalam kitab-kitab terjemahan, yang tidak terdapat pada kitab asalnya.

Contoh kesilapan 1:


Ana terjumpa kesilapan dalam terjemahan di dalam Pengantar Studi Ilmu al-Quran, terbitan Pustaka al-Kautsar mukasurat 19, yang merupakan terjemahan kepada kitab Mabaahith fi 'Ulum al-Quran karangan Shaikh Manna' al-Qattan.

Di bawah tulisan asalnya dalam bahasa arab:



Dapat dilihat tulisan yang bertanda (highlight), iaitu Qiraat al-Ahaad, iaitu qiraat-qiraat al-Quran yang diriwayatkan tetapi tidak sampai ke darjat mutawatir. Ini bukan seperti dalam terjemahan, iaitu hadits Ahad. Hadith Ahad merangkumi juga riwayat-riwayat qiraat, namun maksud penulis adalah khusus kepada qiraat ahad.


Oleh yang demikian, adalah sangat wajar masyarakat Islam yang tidak mengetahui bahasa arab agar mempelajari ilmu agama dengan panduan guru. Sekiranya kita lihat di negara-negara Arab juga, para penuntut ilmu sering menghadiri kuliah-kuliah yang membahaskan kitab-kitab tertentu oleh para ulama,  sedangkan mereka memang orang arab. Inikan pula masyarakat Islam yang bukan arab, cuba mempelajari agama daripada kitab-kitab yang diterjemahkan ke bahasa selain arab, lebih-lebih lagi mereka memerlukan panduan dan bimbingan guru-guru yang berilmu.


Allahu a'lam.

 

No comments:

Post a Comment