Ana terjumpa kesilapan dalam terjemahan di dalam Pengantar Studi Ilmu al-Quran, terbitan Pustaka al-Kautsar mukasurat 19, yang merupakan terjemahan kepada kitab Mabaahith fi 'Ulum al-Quran karangan Shaikh Manna' al-Qattan.
Di bawah tulisan asalnya dalam bahasa arab:
Dapat dilihat tulisan yang bertanda (highlight), iaitu Qiraat al-Ahaad, iaitu qiraat-qiraat al-Quran yang diriwayatkan tetapi tidak sampai ke darjat mutawatir. Ini bukan seperti dalam terjemahan, iaitu hadits Ahad. Hadith Ahad merangkumi juga riwayat-riwayat qiraat, namun maksud penulis adalah khusus kepada qiraat ahad.
Oleh yang demikian, adalah sangat wajar masyarakat Islam yang tidak mengetahui bahasa arab agar mempelajari ilmu agama dengan panduan guru. Sekiranya kita lihat di negara-negara Arab juga, para penuntut ilmu sering menghadiri kuliah-kuliah yang membahaskan kitab-kitab tertentu oleh para ulama, sedangkan mereka memang orang arab. Inikan pula masyarakat Islam yang bukan arab, cuba mempelajari agama daripada kitab-kitab yang diterjemahkan ke bahasa selain arab, lebih-lebih lagi mereka memerlukan panduan dan bimbingan guru-guru yang berilmu.
Allahu a'lam.