Monday, March 18, 2019

Pembunuhan di Christchurch, New Zealand

Semoga Allah merahmati para Jemaah muslimin yang terbunuh di Christchurch, New Zealand.

Binatang apakah yang sanggup melakukan jenayah besar ini?

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya," [at-Tin:4-5]

 إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا

"...hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya." [al-Furqan:44]

Ya... Pembunuh yang kejam itu adalah lebih sesat daripada binatang.


Dalam kehangatan berita ini, berbagai reaksi dapat dilihat. Lebih-lebih lagi tentang penyebaran video rakaman pembunuhan itu, yang diviralkan. Ada yang menyatakan ia tidak patut disebarkan, dan ada yang menyokong penyebaran video-video itu. Dalam hal seperti ini, ana nasihatkan semua agar tidak cepat melatah dan rujukan kepada ulama, sebelum bertindak. Ternyata, para ulama menegaskan agar tidak disebarkan video-video tersebut.



فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Maka tanyalah orang-orang yang berilmu sekiranya kamu tidak tahu." [an-Nahl:43]


Ulama apabila berfatwa, mereka akan fikirkan dengan baik dan mendalam, mengambil kira berbagai factor yang terbabit. Itulah perintah nabi:



لاَ يَقْضِيَنَّ حَكَمٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ

"Seorang hakim dilarang memutuskan antara dua orang ketika marah."
[Bukhari dan Muslim]

Maksudnya, para ulama mesti membuat sesuatu keputusan atau fatwa tanpa ada pengaruh emosi.


Ada pula yang melatah "Ulama-ulama membisu"... dan macam-macam lagi. 


Harap kita beringat, bahawa yang kita tidak tahu tidak bermakna tidak ada. Janganlah buruk sangka kepada ulama, tetapi sebaliknya jadikanlah mereka rujukan agar tindakan kita tidak tersasar jauh daripada kehendak syariat.



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash berkata: Aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada hamba-hambaNya, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tinggal seorang pun ulama maka manusia akan mengambil sebagai pemimpin daripada kalangan orang-orang yang jahil, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".

[Bukhari dan Muslim]

Anehnya, ana dengar sekejap tadi seorang pemimpin (bertaraf Menteri) bila ditanya "Adakah kerajaan akan mengharamkan permainan PUBG?", dia menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan permainan itu kerana ianya tiada kaitan dengan keganasan yang berlaku.

Reaksi ana... mungkin pemimpin ini belum mempunyai anak2 lagi. Mungkin ada baiknya jika dihadiahkan kepada beliau permainan berkenaan, untuk anak-anak beliau di masa depan. Apakah reaksi beliau ketika itu?

Hakikatnya: Manusia suka meniru.




Wednesday, March 6, 2019

Majlis Tahlil dan Kenduri Arwah - Disyariatkan atau tidak? Jawapan ringkas...


Kebetulan ana menerima video ini dua kali dalam masa terdekat ini melalui whatsapp. Sekali dikongsikan oleh emak mertua, dan sekali lagi dikongsikan oleh emak kandung sendiri.
 
Sila tonton video di atas, kemudian baca seterusnya jawapan ringkas daripada ana:
 
  • Soalan yang dibaca menyebut tentang mazhab Shafie yang mengatakan ianya tidak syarie. Para pembaca akan dapati ustaz ini tidak menyanggah kebenaran soalan, tetapi terus memberi alasan beliau akan sebaliknya. Ternyata memang benar, mazhab Imam Shafie sendiri memang tidak membenarkan Tahlil dan Kenduri Arwah, seperti dinyatakan soalan. Sila rujuk mana-mana kitab Fiqh, termasuk kitab-kitab kuning yang dipelajari di pondok-pondok.
 
  • Para pembaca juga akan dapati ustaz ini terus mengalih pandangan kepada "isi kandungan upacara majlis tahlil"  yang mengandungi 5 perkara lalu memberi alasan bagi setiap perkara berasingan, untuk menunjukkan majlis tahlil dan kenduri arwah (secara keseluruhannya) adalah baik. Ini satu teknik yang cerdik, tetapi seorang yang berilmu akan dapat mengesan cara licik ini. Cuba tonton dan lihat, bahawa beliau tidak mengemukan dalil yang jelas langsung tentang Majlis Tahlil dan Kenduri Arwah, sebagai satu upacara yang disyariatkan, tetapi hanya alasan untuk komponen-komponen sahaja.
 
  • Dengar betul-betul, bahawa ustaz ini ada menyebut sepotong hadis yang sebenarnya bercanggah dengan apa yang beliau ingin buktikan, iaitu hadis tentang kematian Jaafar bin Abi Talib. Namun malangnya, dia hanya menyebutkannya dalam bahasa arab, dan tidak diterjemahkan. Hadis itu berbunyi: اصنعوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم ما يشغلهم (Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja'far kerana mereka telah ditimpa sesuatu yang menyibukkan mereka.)
Hadis itu adalah situasi yang kita bincangkan, iaitu apabila berlaku suatu kematian, apa yang perlu dilakukan? Pada kesempatan itu, nabi HANYA menyuruh para sahabat membantu memberi makanan kepada keluarga Jaafar.
 
Cuba fikirkan: Mengapa nabi tidak menyuruh mereka buat Majlis Tahlil dan Kenduri Arwah?
 
Itu sahaja memadai sebagai jawapan...
 
Sabda nabi: "Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak kami perintahkan, maka ianya tertolak." [Sahih Muslim]