Wednesday, February 20, 2019

Nafsu lelaki itu buta....



[Artikel ini adalah terjemahan artikel asal di :https://abukhadeejah.blogspot.com/2011/12/male-lust-is-blind.html]

Dalam Islam, seorang lelaki tidak boleh berada dalam pengasingan dengan seorang wanita yang bukan mahram. Ini dinamakan khalwat, dan ia dilarang dalam Islam. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara kamu boleh bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika dia berada bersama mahramnya." 
[Sahih Bukhari] 

Ini adalah kajian yang membincangkan tentang "nafsu laki-laki adalah buta", yang sangat relevan dengan apa yang saya sebut di atas: 

Nafsu laki-laki buta, kajian ini mencadangkan 

Oleh Roger Dobson 

12:01 AM BST 20 Jul 2008 


Lelaki telah lama dituduh menilai wanita pada rupa sahaja, tetapi Jane yang amat biasa rupanya pun boleh membuakkan hormon mereka, menurut suatu kajian penyelidikan. 

Penyelidikan yang melibatkan sekumpulan pelajar lelaki mendapati bahawa tahap hormon testosteron mereka meningkat ke tahap yang sama, sama ada mereka bercakap dengan seorang wanita muda yang mereka dapati menarik - atau dengan yang mereka tidak suka sama sekali. 

Selepas 300 saat bersendirian di bilik yang sama dengan seorang wanita yang tidak pernah mereka jumpai sebelum ini, dan dalam beberapa keadaan, dengan wanita yang mereka tidak tertarik, paras hormon testosteron lelaki telah meningkat secara purata 8%. 

Para pengkaji percaya kenaikan testosteron mungkin merupakan tindak balas automatik dan tidak disedari yang telah berkembang di dalam manusia ketika berhadapan dengan seorang wanita, mempersiapkannya untuk kemungkinan peluang berhubungan kelamin. 

Tahap yang semakin meningkat kemudian dapat meningkatkan perubahan yang lebih ketara dalam tingkah laku lelaki yang terjadi di hadapan wanita, termasuk menegakkan bahu, postur badan menegak, dan penggunaan tangan yang lebih kerap - bahkan, dikatakan, perluasan lubang hidung. 

Para penyelidik percaya peningkatan hormon lelaki ini mungkin juga sebab mengapa lelaki lebih cenderung memberitahu wanita  cerita yang terlalu dibesar-besarkan tentang pekerjaan, kerjaya, pendidikan dan pendapatan mereka. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Hormones and Behavior, melibatkan 63 pelajar lelaki berumur 21 hingga 25 tahun yang tidak mengetahui tujuan kajian tersebut. 

Tahap testosteron mereka diukur dengan sampel air liur dan kemudian dibawa ke bilik lain oleh seorang penyelidik yang kononnya bertujuan untuk menyelesaikan teka-teki sudoku. 

Di dalam bilik yang sama seorang lelaki atau seorang wanita kelihatannya sedang menyelesaikan teka-teki yang sama, tetapi sebenarnya dia bertindak sebagai stimulus (perangsang). 

Wanita dipilih atas dasar daya tarikan yang sederhana bagi para pelajar. 

Penyelidik kemudian membuat alasan bahawa dia tidak memegang teka-teki yang betul untuk peserta dan meninggalkan bilik untuk mendapatkannya. Kedua-duanya dibiarkan bersendirian untuk menunggu bersama selama lima minit.  Perangsang itu telah diberitahu supaya memulakan perbualan yang mesra dengan cara spontan, atau membiarkan keadaan diam yang lama jika lelaki itu memilih untuk tidak bercakap. 

Selepas lima minit, penyelidik kembali dengan teka-teki yang betul, dan kemudian meninggalkan bilik bersama perangsang itu. 

Lima belas minit kemudian, pengeksport kembali untuk mengumpul teka-teki daripada lelaki itu, dan mengambil sampel air liur yang kedua. Perbandingan ujian air liur menunjukkan bahawa tahap testosteron meningkat pesat dengan purata 7.8 % selepas hubungan lima minit dengan seorang wanita. 

Lelaki yang dinilai sebagai jenis yang lebih agresif atau dominan telah naik lebih tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap testosteron tidak berubah apabila mereka berada di dalam bilik dengan lelaki lain. 

Lelaki juga diminta untuk menilai daya tarikan wanita di dalam bilik, dan hasilnya menunjukkan bahawa peningkatan testosteron tidak dipengaruhi oleh daya tarikan wanita yang dialami. 

Leander van der Meij, yang mengetuai kajian  ini di Universiti Groningen di Holland, berkata: "Kami mendapati peningkatan testosteron selepas pendedahan hanya lima minit kepada seorang wanita. Hasil kami menunjukkan bahawa peningkatan kadar testosteron yang kami dapati, mungkin tindak balas lautomatik elaki yang mengaktifkan reseptor dalam organ dan sistem saraf untuk menyediakan tubuh manusia untuk tarikan pasangan. " 

Para penyelidik percaya hasilnya menunjukkan bahawa salah satu fungsi utama testosteron mungkin untuk menarik pasangan. Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan  menjana perubahan penampilan dan tingkah laku yang boleh meningkatkan daya tarikan mereka. 

Idea ini disokong oleh bukti bahawa perilaku dominasi lelaki meningkatkan keinginan wanita menjadikan mereka sebagai pasangan dan kajian menunjukkan bahawa lelaki yang memperlihatkan tingkahlaku yang lebih dominan dalah lebih berjaya dalam menjalinkan hubungan dengan wanita. 

Van der Meij berkata: "Kami menunjukkan bahawa tahap testosteron meningkat pada lelaki selepas bersentuhan dengan wanita. Peningkatan ini mungkin merupakan mekanisme penting bagi lelaki mendapat teman wanita. 

"Tahap testosteron meningkatkan motivasi lelaki untuk mencari peluang menjalinkan hubungan kelamin Itu seterusnya mencetuskan perubahan dalam tingkah laku secara tidak sedar yang berfunsi untuk menarik pasangan. Peningkatan tahap hormon membawa perubahan dalam cara lelaki mempamerkan diri mereka. 

"Apabila tahap telah meningkat, mereka dapat memaparkan tingkah laku lebih dominan. Mereka lebih banyak bercakap sambil menggerak-gerakkan tangan mereka, terdapat lebih banyak pertemuan mata, postur mereka lebih tegak, dan mereka lebih cenderung untuk menceritakan kisah yang direka untuk menarik perhatian wanita itu. Kita tahu bahawa wanita boleh tertarik dengan perkara-perkara semacam ini. Semua ini, kami percaya, mungkin didorong oleh peningkatan testosteron yang telah kami temui. " 


Friday, February 15, 2019

Seruan WAQAF MASJID.....

Ana nak kongsi pada antum semua peluang WAQAF untuk bantu membina masjid di tempat yang umat Islam di sana susah dan amat memerlukan bantuan seperti ini. Kerajaan di sana tidak membentu tetapi tidak pula menghalang, maka di situlah pelaung untuk membantu umat Islam di sana.

Tempatnya di Nigeria, di mana Shaikh Taofeeq Abdullah, sahabat juga guru ana, berusaha untuk bantu masyarakat2 umat Islam di sana, seperti bantuan makanan daripada duit-duit zakat dan sumbangan, penyebaran ilmu seperti mengadakan daurah2 ilmu menurut Quran dan Sunnah, serta projek-projek pembangunan seperti Madrasah, masjid-masjid, dan lain-lain projek infrastruktur kebajikan.

Detail boleh dilihat di sini:

Oleh kerana bulan Ramadan sudah hampir, Shaikh Taofeeq telah meminta bantuan sumbangan waqaf untuk membina dan menyiapkan masjid-masjid di sana, yang mungkin tidak berbumbung.

Detail boleh dilihat di sini:

Ini link kepada kertas projek:

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ اللَّهُ فِيهِ بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

"Barangsiapa membangun masjid yang dipakai untuk berdzikir kepada Allah, maka Allah Azza wa Jalla akan membangun sebuah rumah di syurga baginya." 
[an-Nasa'i]

Harapan ana mesej ini dapat disebarkan, dan semua dapat berikan sumbangan walaupun sedikit.

Berikan sumbangan melalui salah satu cara berikut:
1. Sumbangan terus melalui website camabco.org
2. Sumbangan terus ke akaun bank:

Account Name: "ALLAH IS ONE FOR REAL HELP AND AIR ORGANIZATION OF NIGERIA" (A14Real-HAAON)
Bank Name: Diamond Bank PLC
Account No: 0092408767

3. Sumbangan melalui Shaikh Taofeeq:

Account Name: Taofeeq Ayinla Abdullah
Bank Name: RHB Bank Berhad Malaysia
Account No: 11225500274646

Harap dapat beritahu kepada ana berapa sumbangan yang diberikan supaya ana dapat sampaikan kepada Shaikh Taofeeq.

وجزاكم الله خيرا



Thursday, February 7, 2019

Larangan Merokok di Tempat Awam... Wajar kah??

Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan merokok di tempat awam:

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/restoran-terbuka-parlimen-kawasan-larangan-merokok-1.742579

Ramai yang tidak puas hati, kata kerajaan bertindak melulu, tidak mengkaji cara paling sesuai, dan sebagainya....

Teringat saya kepada peribahasa "Alah bisa tegal biasa"...

Kerajaan sudah sekian lama mengkaji, dan ambil langkah menasihati melalui mesej komunikasi visual... Itu semua dengan harapan dapat mengubah rakyat...


Tetapi kesannya hanya bersifat sementara.

Itulah yang disimpulkan oleh tiga orang pengkaji, Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah dalam pembentangan mereka yang berjodol:

KESAN KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA KOTAK ROKOK KE ATAS PEROKOK


Kertas pembentangan mereka telah dibentang di prosiding International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013, pada 4-5 June 2013 di Pulau Pinang, Malaysia.


Adakah kerajaan mesti terus gunakan cara yang tidak efektif dan membiarkan rakyat merosakkan diri mereka dan ramai rakyat yang tidak merokok terkesan pula dengan asap-asap rokok di tempat-tempat awam?

Sekiranya para perokok melaungkan hak mereka untuk memilih... Adakah orang-orang yang tidak merokok kerana tidak mahu membinasakan diri mereka, mereka tidak mempunyai hak juga?


كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


Daripada Ibn Umar (RA): Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya. Seorang Imam (Pemimpin Negara) adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan dipertanggungjawabkan  atas urusan tanggung jawabnya tersebut."
[Sahih al-Bukhari]




Monday, February 4, 2019

Halal Investing...

Lately, the topic of investment has been in my mind a lot. It is something talked about by almost everyone looking to make money, whether they actually realize any investment or not.

The following hadith makes us think:

Jabir (May Allah be pleased with him) reported:
The Prophet (PBUH) said, "For him who says: 'Subhan-Allahi wa bi hamdihi (Allah is free from imperfection, and I begin with praising Him, and to Him),' a palm-tree will be planted in Jannah."
[Tirmizhi]

This hadith shows that one can invest for the Hereafter also, and not just for this Worldly benefit.

Ka'b bin Ujrah narrated:
"The Messenger of Allah said to me: '... O Ka'b bin Ujrah! There is no flesh raised that sprouts from the unlawful except that the Fire is more appropriate for it.'"

This hadith shows that one can invest in haram (unlawful), and it will harm him in the Hereafter.

With this, the following in relation to investment, are worth to note:
1. One can only invest in this World, not the Hereafter.
2. Investments can be made for benefits in this world, and for the Hereafter.
3. Investments may also be harmful to this world, and to the Hereafter.

Seeking wealth and riches is not unlawful in Islam, but a muslim must be mindful not to have anything to do with haram.

I came across an interesting investing company, Wahed Invest. They seem to be serious about keeping things lawful according to Islam.

Check it out:

https://wahedinvest.com/intl/