اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjuklah kami Jalan yang Lurus.”
[al-Fatihah : 6]
Akhir perbincangan, kita telah menterjemahkan maksud ayat-ayat sehingga ayat ke 5 adalah seperti berikut:
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang (2) Segala pujian Hanya untuk Allah, dan Dialah sahaja yang berhak menerimanya kerana Allahlah satu-satunya Pencipta, Pentadbir, Pemberi rezeki, Pemilik sekalian alam, dan tiada langsung satu makhluk pun mampu lakukan, walaupun sedikit, seperti Allah, (3) dan kerana Dialah yang bersifat dengan Rahmat yang tersangat luas, (4) dalam masa yang sama, Dialah Raja yang berkuasa mutlak, lebih-lebih lagi ketika zahir kuasa mutlakNya di Hari Pembalasan. (5) Oleh itu, Dia sahajalah yang kami sembah tanpa sekutu, dan Dia sahajalah yang kami minta pertolongan agar dijauhkan daripada syirik, dan sentiasa berada di atas Tauhid dan petunjukNya."
Setelah dilimpahkan Pujian untuk Allah daripada ayat 1 sehinggalah ayat ke 4, dan ayat ke 5 pula mengisytiharkan bahawa Allah yang dipuji sedemikan rupa kerana berhak menerima pujian-pujian disebabkan sifat-sifatNya yang Maha Sempurna itu, sudah tentu Dialah sahaja yang berhak disembah tanpa berbelah bagi, maka dengan semua yang disebutkan ini, hanya Dialah sahaja yang kita tumpukan doa meminta hidayah ke Jalan yang Dia redhai, yang lurus menuju terus ke Syurga!
Ayat ke 6 merupakan sambungan mesej Tauhid yang terkandung di dalam ayat-ayat sebelumnya. Mesejnya adalah:
Maka, terjemahan ayat kedua surah al-Fatihah boleh ditambah seperti berikut:
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang (2) Segala pujian Hanya untuk Allah, dan Dialah sahaja yang berhak menerimanya kerana Allahlah satu-satunya Pencipta, Pentadbir, Pemberi rezeki, Pemilik sekalian alam, dan tiada langsung satu makhluk pun mampu lakukan, walaupun sedikit, seperti Allah, (3) dan kerana Dialah yang bersifat dengan Rahmat yang tersangat luas, (4) dalam masa yang sama, Dialah Raja yang berkuasa mutlak, lebih-lebih lagi ketika zahir kuasa mutlakNya di Hari Pembalasan, (5) Oleh itu, Dia sahajalah yang kami sembah tanpa sekutu, dan Dia sahajalah yang kami minta pertolongan agar dijauhkan daripada syirik, dan sentiasa berada di atas Tauhid dan petunjukNya. (6) Ya Allah, Rabb yang mencipta sekalian alam dan mentadbir semuanya, tunjuklah kepadaku Jalan yang lurus, yang menunjukkan segala yang diperlukan untuk mempunyai Tauhid yang murni, dan hidup yang penuh keredhaanMu!.
Setelah dilimpahkan Pujian untuk Allah daripada ayat 1 sehinggalah ayat ke 4, dan ayat ke 5 pula mengisytiharkan bahawa Allah yang dipuji sedemikan rupa kerana berhak menerima pujian-pujian disebabkan sifat-sifatNya yang Maha Sempurna itu, sudah tentu Dialah sahaja yang berhak disembah tanpa berbelah bagi, maka dengan semua yang disebutkan ini, hanya Dialah sahaja yang kita tumpukan doa meminta hidayah ke Jalan yang Dia redhai, yang lurus menuju terus ke Syurga!
Ayat ke 6 merupakan sambungan mesej Tauhid yang terkandung di dalam ayat-ayat sebelumnya. Mesejnya adalah:
- Sekiranya Allah berhak pujian-pujian seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat sebelum ini, dan Dia juga yang berhak disembah, maka Dialah yang berhak kita meminta hidayah daripadaNya.
- Sekiranya Allahlah yang berhak kita meminta Hidayah daripadanya, maka kepadaNyalah sahaja kita minta Hidayah, dengan lafaz yang diajar di dalam ayat keenam ini.
- Hidayah yang diharapkan, juga mengandungi syariat para Rasul dan nabi, lebih-lebih lagi Rasul terakhir, Muhammad (Sallallahu ‘alayhi wasallam) yang diwahyukan Allah kepada baginda sebagai panduan hidup dalam semua perkara, baik ibadat, mahupun muamalat, seperti di dalam ayat yang kita akan sebut dalam siri seterusnya.
- Dan hidayah yang diharapkan, akan mendukung mesej Tauhid yang terkandung di dalam ayat-ayat sebelumnya yang boleh dipecahkan kepada pecahan seperti berikut:
- Hidayah kepada Tauhid sebenar dalam memahami konsep RububiyahNya, yang diisyaratkan di dalam ayat kedua.
- Hidayah kepada Tauhid sebenar dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-SifatNya (Asma’ was-Sifat) yang diisyaratkan oleh ayat-ayat pertama hingga ke ayat keempat.
- Hidayah kepada Tauhid sebenar dalam memanami konsep UluhiyahNya, yang diisyaratkan oleh ayat kelima.
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang (2) Segala pujian Hanya untuk Allah, dan Dialah sahaja yang berhak menerimanya kerana Allahlah satu-satunya Pencipta, Pentadbir, Pemberi rezeki, Pemilik sekalian alam, dan tiada langsung satu makhluk pun mampu lakukan, walaupun sedikit, seperti Allah, (3) dan kerana Dialah yang bersifat dengan Rahmat yang tersangat luas, (4) dalam masa yang sama, Dialah Raja yang berkuasa mutlak, lebih-lebih lagi ketika zahir kuasa mutlakNya di Hari Pembalasan, (5) Oleh itu, Dia sahajalah yang kami sembah tanpa sekutu, dan Dia sahajalah yang kami minta pertolongan agar dijauhkan daripada syirik, dan sentiasa berada di atas Tauhid dan petunjukNya. (6) Ya Allah, Rabb yang mencipta sekalian alam dan mentadbir semuanya, tunjuklah kepadaku Jalan yang lurus, yang menunjukkan segala yang diperlukan untuk mempunyai Tauhid yang murni, dan hidup yang penuh keredhaanMu!.
No comments:
Post a Comment