Tidak kurang pentingnya adalah hidayah Allah melalui Sunnah RasulNya, Muhammad (sallallahu ‘alayhi wasallam). Malah, ada juga ulama yang mengatakan al-Quran memerlukan Sunnah lebih daripada Sunnah memerlukan al-Quran, seperti yang diriwayatkan oleh Sa’eed bin Mansur dengan sanadnya (rantai periwayatan) ke Imam al-Awza’i yang meriwayatkan daripada seorang tabi’i, Makhul (rahimahumullah):
الْقُرْآنُ أَحْوَجُ إِلَى السُّنَّةِ مِنَ السُّنَّةِ إِلَى الْقُرْآنِ
“Al-Quran memerlukan kepada Sunnah lebih daripada Sunnah memerlukan al-Quran.”
[Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih, oleh Ibn Abdil-Barr]
Nota: Makhul (مكحول) seorang alim yang masyhur lagi seorang faqih, yang telah berjumpa dengan beberapa orang sahabat Rasul, seperti Anas bin Malik dan Abu Umamah al-Bahili. Beliau merupakan guru kepada ramai ulama-ulama salaf, seperti Imam al-Awza’i dan Imam az-Zuhri, rahimahumullah.
Ini adalah kerana Sunnah adalah penjelasan kepada al-Quran.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Sunnah"?
Perkataan “Sunnah” adalah merupakan istilah yang mempunyai maksud berbeza-beza bergantung kepada bidang ulama yang menyebutnya. Maksud “Sunnah” yang biasa kita ketahui adalah “sunat”, iaitu sekiranya diamal dapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa.
Namun maksud “Sunnah” yang lebih luas adalah seperti yang disebutkan oleh Imam Malik:
السنَّة سَفينةُ نوح مَن رَكبَها نجَا ومَن تَخَلّفَ عنَها غَرِقَ
“Sunnah adalah bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya akan terselamat, dan sesiapa yang tertinggal akan lemas.”
Kata-kata Imam Malik di atas, telah disebutkan oleh Imam as-Suyuti di dalam kitabnya Miftah al-Jannah fil-I’tisam bis-Sunnah yang bermaksud:
Kunci Syurga dalam berpegang kepada Sunnah
Ertikata lain, “Sunnah” di sini bermaksud “Amalan Rasulullah dan Jalannya”, yang merangkumi seluruh agama Islam, samada yang berkaitan dengan hati, kata-kata mahupun perbuatan atau amalan.
Firman Allah:

(قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya kamu cinta kepada Allah, maka ikutlah aku (iaitu: Sunnahku), nescaya Allah akan cinta kepadamu dan mengampuni dosa-dosamu, dan Allah Maha Pengampun Maha Pengasih.”
[Ali Imran: 31]
Saya tidak dapat memuatkan di sini pelbagai kata-kata ulama tentang pentingnya mengikut Sunnah Rasulullah. Walaubagaimanapun, SIRI KESEDARAN DAN MENGHIDUPKAN SUNNAH RASUL ini bertujuan untuk menjelaskan satu persatu Sunnah Rasulullah, secara ringkas dan mudah, agar kita semua dapat beramal dan menjadi lebih hampir kepada “Sunnah Rasulullah” untuk selamat di dunia dan, lebih-lebih lagi, selamat di Akhirat.
Saya akhiri dengan kata-kata Imam asy-Syafi’e (rahimahullah) di dalam wasiatnya:
“Aku wasiatkan dengan bertaqwa kepada Allah azza wa jall, dan melazimi Sunnah serta athar-athar (kata-kata sahabat) yang datang daripada Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, dan meninggalkan bid’ah-bid’ah dan hawa nafsu serta menjauhinya.”
[Wasiat asy-Syafi’e]