Friday, April 16, 2010

Wahhabi dan Bid'ah... penerangan daripada Maulana Asri Yusoff

Video di bawah adalah petikan daripada keterangan Maulana Asri ketika menerangkan hadith al-Bara' yang berbunyi seperti berikut:

حديث الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ ثُمَّ قُلِ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ، فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِقَالَ، فَرَدَدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا بَلَغْتُ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ قُلْتُ: وَرَسُولِكَ قَالَ: لاَ وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Daripada al-Bara bin 'Aazib: Nabi (SAW) bersabda: "Apabila kamu hendak tidur, ambillah wudu' seperti untuk salat, kemudian baringlah di atas sisi sebelah kanan kemudian katalah:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Terjemahan: "Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku kepadaMu, dan serahkan urusanku kepadaMu. Aku bertawakkal kepadaMu, dengan harapan dan takut kepadaMu. Tiada tempat berlindung mahupun tempat menyelamatkan diri kecuali kembali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan dengan nabiMu yang Engkau utuskan."Sekiranya kamu mati di malam kamu itu, kamu dalam keadaan fitrah (bersih tanpa dosa) dan jadikanlah ia (doa tersebut) kata-kata akhirmu."

Al-Bara berkata: Maka aku pun mengulang doa itu kepada nabi (SAW), dan ketika aku sampai:

اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ

"Wahai Allah! Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan."

Aku berkata:

وَرَسُولِكَ

"... dan RasulMu.."

Nabi (SAW) pun berkata: "Bukan! وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "Dan nabiMu yang Engkau telah utuskan!" [Muttafaq 'alayhi]

Wednesday, April 14, 2010

Hadith Lemah tentang al-Quran

Hari ini saya menerima sebuah email yang menyebut 2 hadith tentang al-Quran, dan email itu menyarankan agar disebarkan.

Malangnya, kedua-dua hadith yang disebutkan adalah hadith lemah. Hadith-hadith yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1) Diriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi'

Hadith di atas adalah sebuah hadith yang panjang, lebih panjang daripada yang sebutkan di dalam artikel tersebut.

Al-Imam Jalaluddin as-Suyuti menyebutkan hadith ini di dalam kitab al-Ali al-Masnu’ah fi al-Ahadith al-Mawdu’ah (jilid 1 ms. 219), iaitu sebuah kitab yang dikumpulkan di dalamnya hadith-hadith palsu.
Begitu juga al-Imam Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan hadith ini hadith palsu, seperti di dalam kitab Da’ef at-Targhib wat –Tarhib (no. 367).

2) Diriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda: 'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Imam Tajuddin as-Subki menyebut hadith ini di dalam kitabnya Ahadith al-Ihya alazhi la asla laha (Hadith-hadith Ihya yang tiada asalnya) jilid 6 ms. 301 di mana dikumpulkan hadith-hadith di dalam Ihya Ulum ud-Din (Imam al-Ghazali) yang beliau tidak jumpa isnadnya.
Kata al-Imam as-Sakhawi di dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah fi bayan kathir min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala sl-Alsinah (Tujuan baik dalam menerangkan banyak hadith-hadith yang masyhur pada lidah) jilid 1 ms. 42, kumpulan hadith yang masyhur tetapi hadithnya lemah atau palsu, beliau menyebut hadith ini hadith mursal, iaitu hadith lemah.
Imam al-‘Ajluni dalam kitabnya Kasyf ul-Khafaa’ wa Muzil al-Ilbas ‘amma isytahara min al-Ahadith ala Alsinat an-Nas (Menyingkap rahsia dan menyingkir keraguan tentang hadith-hadith yang masyhur pada lidah orang ramai) jilid 1 ms. 21,yang bertujuan yang sama seperti kitab Imam as-Sakhawi juga menyebutkan bahawa hadith ini lemah, seperti yang dikatakan oleh al-Hafizh al-‘Iraqi.

Demikian kata-kata ulama hadith tentang hadith tersebut. Namun, keterangan ini tidak mengurangkan darjat al-Quran, Cuma ianya langkah berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Sekiranya ianya betul sabda Rasulullah (SAW) maka pahala bagi mereka yang menyampaikannya, tetapi sekiranya hadith itu palsu atau lemah sekalipun, maka menurut kaedah ulama hadith, kita tidak boleh mengatakan bahawa ianya hadith daripada Rasulullah (SAW), dan sesiapa yang degil telah melakukan dosa yang besar!

Sunday, April 11, 2010

Q&A: Tambahan pada selawat dan salam.


Soalan:


1. ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD......

2. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKHATU
Mohon pencernaan tentang perkataan SAYYIDINA dan TAALA?

Jawapan:
Kedua-dua soalan di atas perlu dilihat dari segi lafaz-lafaznya yang diajar nabi (SAW) secara khusus, dan bukan pada maknanya samada benar atau tidak. Inilah pengajaran yang kita dapat daripada teguran nabi (SAW) sendiri kepada sahabatnya, al-Baraa' bin 'Aazib.


حديث الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ، فَتَوَضَّأ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ ثُمَّ قُلِ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ، فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِقَالَ، فَرَدَدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا بَلَغْتُ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ قُلْتُ: وَرَسُولِكَ قَالَ: لاَ وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ


Daripada al-Bara bin 'Aazib: Nabi (SAW) bersabda: "Apabila kamu hendak tidur, ambillah wudu' seperti untuk salat, kemudian baringlah di atas sisi sebelah kanan kemudian katalah:


اللهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Terjemahan: "Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku kepadaMu, dan serahkan urusanku kepadaMu. Aku bertawakkal kepadaMu, dengan harapan dan takut kepadaMu. Tiada tempat berlindung mahupun tempat menyelamatkan diri kecuali kembali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan dengan nabiMu yang Engkau utuskan."Sekiranya kamu mati di malam kamu itu, kamu dalam keadaan fitrah (bersih tanpa dosa) dan jadikanlah ia (doa tersebut) kata-kata akhirmu."

Al-Bara berkata: Maka aku pun mengulang doa itu kepada nabi (SAW), dan ketika aku sampai:

اللهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ
"Wahai Allah! Aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan."

Aku kata: وَرَسُولِكَ "... dan RasulMu.."

Nabi (SAW) pun berkata: "Bukan! وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "Dan nabiMu yang Engkau telah utuskan!"
[Muttafaq 'alayhi]

Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah (Saudi):

الأصل في الأذكار المقيدة وسائر العبادات التوقيف عند ما ورد من عباراتها وكيفياتها في كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم

"Asal dalam zikir-zikir khusus dan lain-lain ibadat adalah at-Tauqif (berhenti setakat) sebutan dan cara yang terdapat di dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya." [kemudian disebutkan hadith al-Baraa' di atas sebagai dalil.]

Terdapat juga jawapan di dalam website Islam QA tentang uslub doa ketika solat. Sila baca di: http://www.islam-qa.com/ar/ref/7646

Oleh kerana ianya agak panjang untuk diterjemah ke bahasa malaysia, saya terjemahkan sahaja bahagian yang relevan dengan soalan di atas:

Soalan: Adakah wujud cara tertentu untuk berdoa ketika solat?
Jawapan: "Alhamdulillah. Mungkin penyoal bermaksud dengan soalannya itu tentang doa di dalam solat. Oleh itu, ketahuilah, wahai saudaraku, bahawa sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (SAW), maka sebaik-baik doa adalah apa sahaja yang tepat dengan sunnah nabi (SAW). Sepatutnya, seseorang muslim itu menjaga dan mempertahankan lafaz nabawi tanpa menambah atau mengurang atau mengubah. [Kemudian hadith al-Baraa' di atas disebut sebagai dalil]

Pengarang Tuhfat ul-Ahwazi (sharh Sunan at-Tirmizhi) menulis:
"Mereka menyebut berbagai pendapat tentang teguran nabi ini... Berkata al-Haafiz (Ibn Hajr al-'Asqalani): 'Sebaik-baik hikmah yang disebut tentang teguran nabi itu ke atas orang yang menyebut 'Rasul' berbanding dengan 'Nabi' adalah lafaz-lafaz zikir adalah tauqifiyah dan ianya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan rahsia-rahsia yang tidak dapat dikiaskan, dan wajib mempertahan lafaz yang datang (daripada nas-nas).

Inilah pilihan al-Maziri, katanya: "Maka hendaklah memadai dengan lafaz yang datang (daripada nas-nas) dengan huruf-hurufnya, dan kemungkinannya ganjarannya berkaitan dengan huruf-huruf itu dan barangkali ianya diwahyukan kepada dengan perkataan-perkataan itu maka mestilah menyebutnya dengan huruf-hurufnya.'"