Saya telah menerima satu sms merupakan soalan tentang korban dan Aqiqah.
Soalan: Ustaz Abu Khadijah yang dihormati, saya nak tanya satu soalan yang sangat penting, boleh tak korban dan aqiqah dibuat sekali maksudnya seekor dikongsi korban dan aqiqah, ada nas tak yang membenar atau melarang, minta perhatian dari ustaz untuk menjawabnya. Terima kasih.
Jawapan: Ulama berbeza pendapat dalam persoalan ini, di antara yang membenarkan dan yang melarang. Ringkasnya:
1. Tidak boleh dikongsikan – Pendapat ini adalah Mazhab Shafi’e, Maliki dan satu riwayat daripada Imam Ahmad.
Shaikh Muhamad bin Saleh al-Uthaimin telah ditanya: tentang hukum menggabungkan antara korban dan Aqiqah sekiranya hati Raya Aidil Adha jatuh pada hari ketujuh bayi yang baru lahir?
Jawab beliau: “Sebahagian Ahl al-Ilm (ulama) berpendapat bahawa sekiranya Hari Raya jatuh pada hari ketujuh kelahiran seorang bayi dan dikorbankan, sudah memadai untuk Aqiqah (juga), sepertimana seorang itu sekiranya masuk ke dalam masjid dan solat Fardu, maka ianya memadai untuk Solat Tahiyatul-Masjid, kerana kedua-duanya adalah ibadat daripada jenis yang sama dan jatuh pada waktu yang sama, maka cukup satu untuk yang satu lagi. Tetapi saya berpendapat sekiranya Allah telah memberikan kekayaan kepadanya, agar dia menjadikan sembelihan seekor kambing untuk korban, dan seekor kambing untuk Aqiqah sekiranya anak perempuan, atau dua ekor kambing sekiranya anak lelaki, bermaknanya sekiranya anak lelaki dia sembelih 3 ekor (termasuk seekor untuk korban).”
Di dalam jawapan beliau yang lain, Shaikh menjawab: “Pendapat yang sahih adalah tidak harus menggabungkan niat korban dan Aqiqah, dan begitu juga niat korban dan walimah.”
Shaikh Husam ‘Afanah juga sependapat dengan beliau, dan beliau menyunting kata-kata Ibn Hajr al-Haythami dalam menyatakan ianya tidak boleh digabungkan.
Sila rujuk: http://www.yasaloonak.net/2008-09-18-11-36-26/2009-08-19-10-33-37/2009-07-07-12-17-53/333-2008-11-21-07-06-57.html
2. Boleh dikongsikan – Pendapat ini adalah pendapat Mazhab Ahmad dan Hanafi. Ianya juga pendapat Shaikh Muhammad bin Ibrahim (bekas Mufti Saudi)
(Masalah) disatukan sembelihan korban dan Aqiqah: Ulama Mazhab Hanbali berkata: “Apabila Hari an-Nahr (Raya Korban) jatuh pada hari Aqiqah, mungkin memadai dengan satu sembelihan untuk kedua-duanya, sepertimana sekiranya Hari Eid (Raya) dan Hari Jumaat jatuh pada hari yang sama, memadai dengan mandi (sunat) untuk salah satu daripadanya."[Fiqh as-Sunnah]
Dalam perkara ini, tiada nas yang jelas yang berkaitan, oleh itu para ulama terpaksa berijtihad untuk menentukan hukumnya, dan ini membawa kepada perbezaan pendapat.
Setelah kita mengetahui perbezaan pendapat antara para ulama, pendapat yang lebih dekat kepada hati saya adalah pendapat jumhur, iaitu ianya tidak boleh digabungkan. Sekurang-kurangnya, ianya pendapat yang terkeluar daripada khilaf. Dan pendapat yang mengatakan harus lebih berbunyi harapan ianya memadai.
Perbezaan antara korban dan Aqiqah jelas. Sebagai contoh, nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) menyebutkan secara jelas bahawa Aqiqah dengan seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki, sedangkan korban boleh disembelih kambing, atau lembu dibahagi tujuh, atau unta dibahagi sepuluh.
Kalau dikatakan harus, ini membuka pintu kepada orang Islam mengambil ringan dan melambatkan perlaksanaan Aqiqah untuk dilakukan pada hari raya Korban, supaya boleh digabungkan dalam satu sembelihan. Maka ini akan menyebabkan sunnah melakukan Aqiqah pada hari ketujuh, atau keempat belas atau kedua puluh satu akan hilang, seperti di dalam hadith:
العقيقة تذبح لسبع أو لأربع عشرة أو لإحدى و عشرين
"Aqiqah disembelih pada hari ketujuh, atau keempat belas atau kedua puluh satu."
[Sahih Jami' as-Saghir (no. 4132)]
Allahu ‘alam.
Sharing my thoughts for a better world... Kongsi buah fikiran saya untuk dunia yang lebih baik...
Monday, November 8, 2010
Q&A: Bolehkah digabungkan niat Korban dan Aqiqah pada satu sembelihan?
Friday, November 5, 2010
Hukum Ibadat Korban

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا". أخرجه ابن ماجه (2/1044 ، رقم 3123) ، والحاكم (4/258 ، رقم 7565) وقال : صحيح الإسناد. وصححه الألباني (صحيح الجامع ، رقم 6490). قال شيخنا العلامة علي بن حسن الحلبي: والنبيُّ -صلى اللهُ عليه وسلَّم- يقول: "مَن لم يضحِّ؛ فلا يَقربَنَّ مُصلَّانا". ويقول -عليهِ الصَّلاةُ والسَّلام-: "على أهلِ كلِّ بيتٍ في كلِّ عامٍ أُضحية" -وإن اختلف أهلُ العلم في حُكم الأضحية على قولَين: قول الجمهور: أنها سُنَّة مؤكَّدة، وذهبت الحنفيَّة-وانتصر شيخُ الإسلام ابن تيميَّة إلى الوجوب. لكن: ثبت عن الصَّحابيَّين الجليلَين أبو بكر وعمررضيَ الله تعالى عنهُما: أنهما كانا لا يُضحِّيان في بعض السِّنين؛ قال: (حتى لا يظنها النَّاسُ واجبَةً). فهذا من أبي بكرٍ وعمر في أوَّل وقتِ التشريع؛ حيث قد يَظن الناسُ شيئًا على غير ما هو عليهِ في شرعِ الله؛ كانا يفعلان ذلك رضي اللهُ عنهما توضيحًا وبيانًا وإظهارًا لِما يَريانِه مِن حُكم الشَّرع في هذه الأُضحية. لكن: هذا لا يجعل القادر المتمكِّن المتموِّل أن يَزهَد في الأُضحية؛ بل عليهِ أن يفعلَ هذه السُّنَّة حتى لا تموت. بل: سمعتُ شيخَنا الشيخَ الألبانيَّ رحمهُ الله يقول: إن كثيرًا مِن النَّاس يستدينون من أجلِ الكماليَّات في حياتهم الدُّنيا؛ فلا مانعَ من أن تستدينَ مِن أجل الشَّرعيَّات؛ كأُضحِيَتك، وإن لم تكنْ واجبةً عليكَ في أصل الحُكم، وليست واجبةً عليك بِحُكم عدم القُدرة؛ لكن: إذا استدنتَ؛ لا مانع -ولا نقول: واجب. (من محاضرة "حكم الأضحية" للشيخ علي الحلبي)
Daripada Abu Hurairah (radiyallahu ‘anhu) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan (ibadat) korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kita.”
[Diriwayatkan oleh Ibn Majah (2/1044 no. 3123), al-Hakim (4/258 no. 7565) dan dia berkata: Sahih isnadnya. Disahihkan oleh al-Albani (Sahih al-Jami’ (no. 6490))]
Shaikh kami, al-‘Allamah Ali bin Hasan al-Halabi (hafizhahulllah), telah berkata:
“Dan nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam) telah bersabda: “Sesiapa yang tidak melakukan (ibadat) korban,maka janganlah dia mendekati tempat solat kita.”. Dan sabdanya (sallallahu ‘alayhi wasallam) lagi: “Wajib ke atas setiap rumahtangga di setiap tahun (sembelihan) korban.”
Para Ahli ilmu (ulama) berselisih pendapat tentang hukum sembelihan korban kepada dua pendapat: Jumhur (Majoriti) ulama berpendapat bahawa ianya sunat muakkadah, sementara ulama mazhab Hanafi, serta Shaikh al-Islam Ibn Taymiyah menyokong pendapat ini, berpendapat bahawa ianya wajib.
Tetapi, telah sabit daripada dua orang sahabat yang mulia, Abu Bakr dan Umar (radiayallahu ‘anhuma) bahawa mereka berdua tidak menyembelih korban beberapa tahun, katanya: “Agar orangramai tidak menyangka ianya (sembelihan korban) adalah wajib.” Ini (perbuatan) Abu Bakr dan Umar ketika mula-mula Islam (waktu tashri’), di mana orangramai mungkin percaya sesuatu yang tidak benar di dalam syariat Allah. Mereka melakukan demikian untuk menerangkan dan menjelaskan dan menzahirkan pendapat mereka tentang hukum syara’ ini berkenaan dengan sembelihan korban.
Akan tetapi, ini tidak (sepatutnya) menyebabkan yang mampu, lagi kuat, lagi berduit agar menjauhkan diri daripada (ibadat) korban. Malah, mestilah dia melakukan sunnah ini agar ianya tidak mati (hilang). Malah, saya telah mendengar Shaikh kamu, Shaikh al-Albani (rahimahullah) berkata: Sesungguhnya ramai di kalangan orangramai yang (sanggup) berhutang untuk kesempurnaan hidup mereka di dunia, maka tidak salah jika kamu berhutang untuk perkara-perkara syariat, seperti sembelihan korban. Walaupun ianya tidak wajib ke atasmu dari segi asas hukum, dan ianya tidak wajib dengan hukum tidak berkemampuan, tetapi sekiranya kamu berhutang (untuk melakukannya), tiada halangan, dan kami tidak pula kata ianya wajib!
[Daripada ceramah “Hukum sembelihan korban” oleh Shaikh Ali al-Halabi]
Tuesday, November 2, 2010
Solat Sunat Zuhur
عَنْ أُمَّ حَبِيبَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ". أخرجه أبو داود (2/23 رقم 1269) والترمذي (2/292 رقم 428) وقال : حسن صحيح غريب . وابن ماجه والحاكم (1/456 رقم 1175) ، والطبرانى(23/232 ، رقم 441) ، والبيهقى (2/472 ، رقم 4264) . وأخرجه أيضًا : النسائى (3/265 ، رقم 1816) ، والطبرانى فى الأوسط (3/259 ، رقم3083) ، والطبرانى فى الشاميين (2/240
، رقم 1263) . وصححه الألباني ( صحيح ابن ماجه ، رقم 1160 ).
Daripada Umm Habibah, isteri nabi (sallallahu 'alayhi wasallam), radiyallahu 'anha: Aku telah mendengar Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda:
"Sesiapa yang menjaga (amalan) 4 rakaat (solat sunat) sebelum Zuhur dan 4 rakaat (solat sunat) selepasnya, Allah akan haramkan ke atasnya Api Neraka."
[Riwayat Abu Daud, Tirmizhi (2/292 no. 428), dan dia berkata : (Hadith ini) Hasan Sahih gharib, dan disahihkan oleh al-Albani]
Subscribe to:
Posts (Atom)