Friday, December 18, 2009

Q&A: Hukum bulu kucing yang gugur

Soalan: Di rumah saya ada seekor kucing yang kadangkala gugur jadi bulunya yang gugur ke dalam makanan atau minuman. Adakah memakan makanan atau meminum minuman ini haram kerana bulunya sudah tenggelam dan susah untuk dilihat mahupun untuk mengeluarkannya. Adakah memakan bulu kucing itu haram?

Jawapan: Segala pujian bagi Allah, serta selawat dan salam bagi Rasulullah, keluarganya, dan sahabat-sahabatnya, dan seterusnya:

Kucing-kucing bukan najis. Kitab-kitab hadith Sunan ada meriwayatkan daripada Kabshah binti Ka'b bin Malik yang merupakan isteri kepada anak Abu Qatadah, bahawa Abu Qatadah masuk ke dalam biliknya dan Kabshah menyediakan air wudhu untuk Abu Qatadah. Datang seekor kucing lalu minum daripada air itu, lalu Abu Qatadah menyuakan bekas air itu kepadanya sehinggalah kucing itu selesai minum. Kabshah berkata: Beliau perasan Kabshah melihatnya kaku berkata: "Adakah kamu takjub, wahai anak saudaraku?" Aku berkata: "Ya!" Katanya: "Sesungguhnya Rasulullah (sallallahu 'alayhi wasallam) bersabda: 'Ianya (kucing) bukan najis. Ianya sentiasa berlegar-legar di sekeliling kamu."

Dengan ini, maka bulu-bulunya yang gugur adalah suci dan bulu yang jatuh ke dalam makanan dan minuman tidak merosakkan. Tetapi hendaklah seseorang itu membersihkan makanan dan minumannya sebaik mungkin demi kesihatan.

Allahu A'lam.

Dr. Abdullah al-Faqih
Mazkaz Fatwa

No comments:

Post a Comment